Bacaan Popular

Jumaat, 29 April 2011

Dunia Ibarat Kebun Ibadah (tempat menanam amal soleh)


KEHIDUPAN manusia akan berakhir dengan kematian. Panjang mana sekalipun umur seseorang akan ada titik tamatnya dan seterusnya kita akan menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.


Dunia umpama ladang akhirat dan dunia juga adalah simulasi akhirat.


Demikian peringatan buat manusia beriman dan kita mesti yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa setiap amal perbuatan di dunia akan diberikan ganjaran di akhirat nanti. Besar atau kecil amal seseorang semua dihitung.

Siapa pun kita, pemimpin atau rakyat, raja atau hamba sahaya semua akan ‘pergi’ menghadap Yang Maha Esa. Jadi apakah bekalan yang kita bawa untuk dipersembahkan nanti?


Oleh itu, kita hendaklah menjadi mukmin cemerlang di dunia. Cemerlang dari segi akhlak. Cemerlang dalam lapangan ilmu pengetahuan. Cemerlang dengan amal ibadah dan amal soleh.

Ini kerana kecemerlangan dalam hakikat sebenar yang berpaksikan keimanan, ketakwaan dan menyusuri alur agama akan memberikan impak besar di akhirat nanti.

Dengan itu, selagi kita bernafas dan kudrat yang dipinjamkan Allah kepada kita ini masih bertenaga maka pergunakanlah ia untuk mengumpul perbendaharaan akhirat. Maksudnya melakukan segala amar makruf dan nahi mungkar.


Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan kepada kita yang katanya,
“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, kelapangan sebelum sibuk, hidup sebelum mati.’ (Hadis riwayat Hakim).


Ini adalah pesanan terbaik buat umat manusia. Peringatan supaya kita tidak lalai dengan nikmat kerana sifat manusia cepat lupa dan terlalu ghairah dengan dunia sehingga pesanan Nabi s.a.w ini kita pandang remeh saja.

Bak kata orang tua ‘Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.’

Sebab itulah Nabi s.a.w menyentuh lagi soal kelalaian manusia ini sebagaimana terdapat dalam sabda Baginda yang bermaksud,

“Dua nikmat yang manusia terpedaya dengannya, iaitu sihat dan kelapangan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Memang tepat apa yang Nabi s.a.w kata kerana sudah menjadi lumrah bagi sesetengah manusia mudah dihanyutkan oleh waktu sihat dan masa lapang. Sedangkan kedua-duanya adalah nikmat Allah yang sepatutnya kita gunakan anugerah tersebut dengan pengisian amal ibadah dan amal soleh. Alangkah beruntungnya orang yang dapat melalui kehidupan dengan amal ibadah dan amal soleh sehingga ke akhir hayat.

Ini kerana bekalan yang penuh berisi dengan ganjaran pahala itu akan menjadi bekal diri bagi menghadapi detik cemas di akhirat nanti. Ingatlah, duka dunia duka sementara tetapi sengsara akhirat kekal selamanya. Jadi, isi kehidupan dengan amal menggunung dan pahala melangit.

Sekali lagi marilah menghayati wasiat Rasulullah s.a.w yang ditujukan buat kita semua dalam melayari kehidupan dunia.

Sabda Baginda,
“Seseorang yang meninggal diikuti (dihantar) oleh tiga hal. Maka dua hal pulang dan tinggallah satu. Dia dihantar keluarganya, hartanya dan amalnya. Maka keluarga dan hartanya pulang dan tinggallah amalnya.’ (Hadis riwayat Bukhari).

Inilah hakikat yang mesti semua manusia akui. Harta menimbun sekalipun semua akan kita tinggalkan. Ramai anak pun, semua kita tinggalkan. Hanya amalan yang kita bawa bersama memasuki liang lahad.

Apakah ini masih tidak menginsafkan kita? Apakah kita masih mahu terus dibuai keghairahan dunia sehingga lupa kepada ‘pelabuhan’ terakhir kita iaitu akhirat?

Jadi, kita sebagai mukmin yang beriman kepada Allah seharus menyeimbangkan kedua-duanya, dunia dan akhirat. Dunia dikejar tetapi akhirat tetap tidak dilupai.

Dalam hal ini, Allah ada mengingatkan kita sebagaimana terkandung dalam Surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud,

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.”

Inilah panduan Allah kepada kita supaya mengambil dunia untuk mendapat pahala dan bukannya mengambil dunia dengan mengisi dosa! Di sini juga ada baiknya kita merenungi mutiara hikmah Saidina Ali Abi Talib sebagai pembuka mata hati menginsafi diri.

Kata Saidina Ali,

“Seharusnya mereka yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan di dalam tiga perkara; berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka di dalam perkara yang tidak haram.”

Jadikanlah pesanan ini sebagai perisai pembenteng diri dalam memacu ketulenan roh keimanan dan insya-Allah ketiga-tiga perkara itu memandu setiap insan mukmin ke mercu kegemilangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Justeru, binalah diri kita sebagai mukmin setiap hari dan setiap masa supaya memenuhi ruang lingkup penghidupan dengan perkara bermanfaat berteraskan syariat beragama yang luhur. Budayakan diri dengan amar makruf dan nahi mungkar, biasakan diri dengan beramal kebajikan untuk kesejahteraan ummah.

Inilah landasan yang membawa bekalan pahala buat kita. Allah berfirman melalui Surah An-Nisa’ ayat 40 bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tiada menzalimi seberat zarahpun kalau ada (yang mengerjakan) satu kebaikan, nescaya Allah akan melipat- gandakannya dan memberikan daripada sisi-Nya pahala yang besar.”

Kita susuri lagi Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 115, Allah memberi jaminan pahala buat insan yang melakukan kebaikan di dunia.



Firman Allah,

“Apa- apa kebaikan yang mereka buat, nescaya tiadalah dikurangkan pahalanya dan Allah Maha Mengetahui orang- orang yang bertakwa.”

Yakinlah dengan jaminan Allah ini. Imam Ibnu Taimiyah mengingatkan kita dengan katanya, “Sangat berbeza antara yang menjadikan agama sebagai tujuan dan dunia sebagai sarana, dengan orang yang menjadikan dunia sebagai tujuan dan agama sebagai sarana. Orang yang kedua inilah yang tidak mempunyai bahagian apa- apa di akhirat.”

Oleh yang demikian, bersama-samalah kita menjadikan dunia yang kita diami ini sebagai kebun buat beramal ibadah dan beramal soleh dengan satu visi mengumpul dana akhirat dan menjadikan segala gerak laku kita sesuatu yang bermanfaat dan berpahala di sisi Allah.

kredit: ct nafisa


Salam Ukhuwah..~

Sate Siput Babi


Article kali ini aku ingin bicara tentang siput babi, nama siput babi ini diberikan oleh orang Melayu, dalam BI snail. Sekiranya anda masih ingat " Kisah Bersamamu'' menerusi TV3 pernah memaparkan kisah sebuah keluarga miskin yang memakan siput babi bakar. Walaupun Malaysia telah merdeka hampir 54 tahun, tapi kemiskinan tegar masih
ada, juga masih ada yang tinggal di hutan (terkecuali orang asli).



Tapi bagi sesetengah negara lain siput babi bukanlah makanan orang miskin. Lihat saja pelbagai menu di bawah ini adalah dari siput babi. Masakan ini sinonim di Indonesia. Dan aku kira munkin aku pun pernah termakan sate siput babi ini, maklum sajalah bila berada di perantauan ingatkan seperti sate di Malaysia, sewaktu aku menguyah terasa seperti kenyal dan kuah pun jauh berbeza seperti kari tapi kekuningan, mulalah
tekak aku mual, tapi belum sempat menelan. Bila aku teringat terasa kembang tekak...



Menurut rakan Indonesian ada belacan yang dibuat dari siput babi. Bagi penggemar makanan yang berasaskan siput babi mereka merasakan dagingnya memang enak. Kalau di Indonesian ia dikenali sebagai bekisot.

Bagi anda yang ke Indonesian sebelum makan sate atau sop pastikan bertanya dahulu.







Khasiat Siput Babi

Antara khasiatnya seperti berikut:

(1) Memanaskan badan kita terutamanya dalam musim sejuk.

(2) Dikatakan ianya juga salah satu ubat untuk tubuh sentiasa sihat.

(3) Meningkatkan tenaga batin.


kredit: Badrulhisham Othman


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 28 April 2011

12 Peringatan Untuk Kita Semua / 12 เตือนให้พวกเราทุกคน


Selalulah menggunakan telinga sebelah kiri apabila menggunakan henset.


Jangan minum kopi sehingga 2 kali dalam sehari


Jangan mengambil pill atau ubat2 lain dengan air sejuk atau ais


Jangan mengambil makanan berat selepas jam 5 petang


Kurangkan makanan berlemak serta berminyak seminima yang mungkin


Minum lebih air disebelah pagi dan kurangkannya disebelah malam


Jarakkan diri anda dengan pengecas telefon bimbit ketika ia sedang dicas


Jangan gunakan headfon pada henset terlalu lama


Waktu tidor yang paling sesuai ialah antara jam 10 malam hingga 6 pagi


Jangan serta merta masuk tidor apabila mengambil ubat


Semasa bateri henset lemah jangan jawab panggilan telefon sebab kadar radiasi 1000 kali lebih tinggi dari biasa.


Hantarkan mesej ini (share)kepada rakan yang anda peduli


Salam Ukhuwah..~

Canteknya Dia


Jika seorang lelaki memiliki isteri yang cantik, biasanya timbul perasaan ujub dan sombong. Kemana-mana ketika jalan berdua, ia akan merasa bangga sehingga mendabik dada.... Lelaki itu akan berkata dalam hatinya, “emmm cantiknya isteri aku.” kemudian ia akan melirik-lirik memperhatikan siapa saja yang memperhatikan isterinya. Semakin bangga dan seronok ketika isteri banyak diperhatikan orang dengan kagum dan terpesona oleh orang lain.

Bagaikan boneka cantik, kemana pun ia pergi, siisteri akan dibawa, dengan rasa bangganya, ia akan tunjukkan pada kenalannya dalam setiap pertemuan atau pesta. Seakan-akan ketika itu ia berkata, “Ini dia isteriku, cantik ‘kan? Kalau cari isteri seperti isteri aku. ada class gitu.


Dia tak tahu bahawa isteri cantik adalah ujian yang berat. Lebih-lebih jika wajah suami tidak kacak. Isteri pasti selalu mendapat bisikan syaitan, “sayakan cantik, saya mudah mendapatkan lelaki tampan dan kaya, apa lagi suami yang ada kekurangan dan tidak mampu memenuhi segala keinginannya dari segi material, akan terlintas rasa penyelasalan, dan juga sekiranya suami itu merupakan pilihan keluarga. Akhirnya pelbagai kelemahan dan keburukan akan dicari. Apatah lagi sekiranya terjumpa lelaki yang lebih mempesonakannya. Isteri akan mulai melayani suami dengan setengah hati (tanpa sepenuh jiwa). Yang mana akhirnya suami diperlakukan seperti budak suruhan .Permintaan cerai tidak mustahil terlontar dari siisteri cantik ini.



Sekiranya kita lihat keadaan sekarang ada isteri yang berlaku curang, mempunyai kekasih gelap yang lebih menjijikan membuat hubungan terlarang dengan lelaki lain. Mereka begitu senang mempunyai kekasih gelap malah ada yang terang-terang melakukannya tanpa rasa malu atau bersalah. Cuba bayangkan sebagai seorang islam, adakah sanggup bermaian, menyentuh dan memakan daging babi dengan sengaja dan terang-terang?....



Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Janganlah kalian menikahi wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata , boleh jadi
kecantikannya itu akan membawa kehancuran” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

"Jauhi oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat yang kotor. 'Mereka bertanya,
'Apa yang dimaksud rumput hijau yang berada di tempat yang kotor itu, wahai Rasulullah?'

Beliau menjawab, 'Yaitu wanita yang sangat cantik yang tumbuh (berkembang) di tempat
yang tidak baik."

(HR ad-Daruquthni, Askari dan Ibnu Adi).

kredit: fiarlady Shanis


Salam Ukhuwah..~

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear


Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.



Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG

Ulasan GB

Sesungguhnya tidak ada satu pun yang Allah ciptakan itu sia-sia walau sebutir habuk sekalipun.

kredit: greenpoc


Salam Ukhuwah..~

Paul Martin Mengucap Syahadah Di Kedai Ais Krim


Paul Martin masih seorang mahasiswa ketika beliau memutuskan untuk memeluk Islam di Manchester empat tahun lalu. Bosan dari apa yang ia lihat sebagai gaya hidup hedonistik dari banyak teman-temannya di universiti, ia mulai tertarik kepada apa yang dia sebut "penekanan Islam pada mencari pengetahuan".

Seperti yang dilaporkan oleh lamanweb The Independent, pertemuan pertama kalinya dengan seorang Muslim telah mengubah hidupnya.

"Aku menyukai cara para mahasiswa Islam mengatur diri mereka sendiri. Sangat menyenangkan untuk berfikir terhadap orang yang memiliki satu pasangan untuk hidup dan tidak melakukan apapun yang berbahaya untuk diri mereka," katanya.

Suatu hari, secara ia suka-suka membaca terjemahan Alquran. "Aku kagum melihat penekanan besar Islam terhadap ilmu pengetahuan," akunya.

"Lalu aku diperkenalkan oleh seorang teman Muslim, seorang doktor yang beberapa tahun lebih tua dariku. Kami pergi minum kopi dan kemudian beberapa minggu kemudian berjanji bertemu di sebuah kedai ais krim," ujarnya.

Dalam pertemuan itulah, ia menyatakan hasrat ingin menjadi seorang Muslim. "Aku bersyahadat saya di sana, di kedai ais krim itu," ujarnya. Ia mengakui beberapa orang ingin menjadikan semuanya dengan cara formal dan melakukannya di masjid, tapi baginya, agama bukanlah sesuatu hal yang fizikal. "Agama adalah tentang apa yang ada dalam hatimu."

Ia mengaku tidak pernah ke masjid sebelum menjadi seorang Muslim. Baginya, masjid sedikit "menakutkan". Ia pernah mendengar pendapat, ke masjid dilarang mengenakan seluar jins, T-shirt, dan jaket. "Sekarang di masjid saya di Leeds, berbagai bahasa yang diucapkan dan ada banyak mualaf," katanya.

Ia mengaku tak ada pegangan yang berarti di dalam keluarganya. "Dengan keluarga, aku melakukannya secara bertahap. Tidak terus pulang dan menyatakan bahawa aku telah menjadi seorang Muslim. Ada proses yang panjang sebelum aku bersyahadat, di mana aku tidak mau makan babi dan minum," ujarnya, yang mengaku selalu menghabiskan akhir minggu dengan makan malam bersama. bahkan, ibunyalah yang berinisiatif selalu mencari daging domba halal untuk keperluan itu.

Paul kini main mantap berislam. Apalagi beberapa tahun setelah bersyahadat, ia berkesempatan menunaikan ibadah haji.

kredit: greenboc


Salam Ukhuwah..~

Bahaya Minum Teh Panas atau Teh Ais Bagi Kesihatan


Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran menyebutkan, meminum teh dalam keadaan masih panas (lebih dari hangat) dapat menyebabkan Barah Kerongkong.

Pada penelitian terdahulu, dalam British Medical Journal dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan temperatur di atas 70 derajat celcius sama dengan meningkatkan resiko barah kerongkong lapan kali lipat lebih besar jika dibandingkan Anda meminumnya dalam keadaan hangat, yaitu di bawah 65 derajat, demikian penjelasan peneliti seperti yang dilansir Reuters.

Bersama teamnya, Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti kebiasaan minum 300 orang yang didiagnosa mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel penelitian karena Golestan merupakan salah satu daerah dengan tingkat barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tingkat kebiasaan merokok dan minum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir semua penduduknya meminum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap harinya.

Hasilnya, orang yang rutin meminum teh kurang dari dua minit setelah dituangkan, beresiko memicu berkembangnya barah lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu empat minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.

Dibandingkan dengan meminum teh hangat atau suam kuku pada temperatur 65 derajat Celsius atau kurang, meminum teh panas, antara 65 dan 68 derajat Celsius, berkaitan dengan dua kali resiko barah kerongkong, dan meminum teh yang sangat panas pada 70 derajat Celsius atau lebih berkaitan dengan peningkatan lapan kali lipat.

Akibat barah kerongkong cukup mengerikan. Tercatat setiap tahunnya lebih dari 500.000 orang di dunia meninggal akibat penyakit ini. Penyakit ini tumbuh subur terutama di daerah Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk mematikan, dengan rata-rata kesembuhan sekira 12 hingga 31 persen, itu pun memerlukan waktu yang cukup lama, sekitar 5 tahun.

"Hasil penelitian memperlihatkan peningkatan kuat resiko OSCC yang berhubungan dengan meminum teh panas atau sangat panas,". Mereka menyarankan orang mesti menunggu beberapa minit sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air mendidih.

Laporan itu juga memberi dukungan kepada pendapat bahwa cedera karena tersengat hawa panas mungkin menjadi penyebab barah"epithelium", kendati cara panas meningkatkan perkembangan tumor belum diketahui.

Dari penelitian tersebut dapat disimpulkan bahwa mengkonsumsi minuman dalam keaadaan panas berbahaya bagi kesehatan Anda. Apalagi ditambah dengan makanan yang panas pula, seperti bakso dll. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan hangat.

Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesehatan Ginjal

Siapa diantara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui dimanapun tempat kita makan, dari warung pinggir jalan sampai restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah mendarah daging di masyarakat kita, meski dikemas dalam bentuk apapun itu, Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, kesegaranlah yang kita dapatkan, apalagi di Bulan Puasa , menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais.

Tapi tahukah Anda, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merugikan bagi kesehatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahwa konsumsi teh ais berlebih meningkatkan risiko menderita batu ginjal.

Seperti dikutip dari laman Times of India, teh ais mengandung konsentrasi tinggi oksalat, salah satu bahan kimia kunci yang memicu pembentukan batu ginjal. "Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten profesor Departemen Urologi, yang tergabung dalam penelitian.

Milner mengatakan, teh panas sebenarnya juga menyimpan efek buruk yang sama. Hanya, takaran penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logikanya, orang meminum teh panas tak akan sebanyak minum teh ais. Jarang orang yang mengonsumsi teh panas saat haus. Berbeda dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas saat haus dan udara panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkat estrogen rendah, dan wanita yang pernah menjalani pembedahan pengangkatan indung telur paling rentan terpapar akibat buruk teh ais. Oleh karenanya, Milner menyarankan, mengganti konsumsi minuman itu dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. "Lemon kaya kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu ginjal," kata Milner.

Batu ginjal adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemukan dalam air seni, ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing .

Peneliti juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan efek buruk. Mereka menyebut antara lain: bayam, cokelat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, konsumsi teh ais dan makanan-makanan itu secara moderat demi kesehatan ginjal. Padukan pula dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu saja perbanyak minum air putih.

kredit: Sirajuddin Abbas


Salam Ukhuwah..~

Apabila Orang Mengata, Apakah Tindakan Kita?


Salam untuk semua..

Tok ingin kongsikan satu artikel mengenai motivasi diri dengan sahabat semua melalui hasil penulisan Dr. HM Tuah Islandar Al-Haj dalam sebuah majalah mingguan wanita. Apa yang menariknya isi kandungan tersebut?

Ayuh kita baca entri dibawah ini bersama-sama. Semoga sedikit sebanyak kita akan dapat mengawal kemarahan dengan lebih baik dari yang sebelumnya.

Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.

Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan dan dilayan memang tak akan habis-habis jadinya.


Suami anda marah, diam saja. Biar dia rasa dia betul, biar dia keluarkan apa-apa yang hendak keluarkan. Nanti bila ia sudah habis, akan diamlah dia. Kalau di lawan atau dilayan itu macam memberi modal baru kepadanya. Suami yang suka marah-marah memang tidak akan mudah mengalah.

Kalau dah marah gila yang nahas nanti diri anda juga.

Dengar-dengar dikata orang, pilihlah sikap diam, kecuali orang datang minta penjelasan secara tertib kita jelaskan secara tertib. Kalau orang datang maki hamun diam atau senyum saja dan pergi dari situ. Memang susah nak buat, tetapi itulah senjata untuk memadamkan semua cakap-cakap yang tidak sedap didengar.

Apa ruginya dikata orang? Lagi banyak dikata, lagi banyak dapat pahala. Dikata orang itu sakit tetapi kalau hujungnya nanti terserlah kebenaran nikmatnya, masya-ALLAH, indah.

Tak ada manusia bebas dari dikata orang. Siapa pun akan dapat. Semakin besar orang itu, semakin berpengaruh orang itu, semakin kaya dan ternama orang itu, semakin banyak dan semakin keraplah dikata orang.

Nak dilayan semua? Buat apa buang masa. Daripada melayan kata-kata orang lebih baik buat kerja lain. Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Kalau tak berhasil pun�ia mendatangkan pengalaman paling berharga. Lama-lama berhasillah.

Layan orang gila akan jadi gila. Layan suka orang mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata, Lebih baik diam dan sabar. Nak lawan dan nak layan memang tak terlayan kita.


Pilihlah sabar

At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, “Sukakah aku beritakan padamu orang yang diharamkan masuk neraka?”

Jawab sahabat, “Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah.”

Bersabda Nabi s.a.w.,“Neraka itu haram atas tiap orang yang lunak, ramah, lapang dada dan mudah baik hubungannya.”

Bermakna kalau dikata macam mana pun, sambut dengan senyum. Kalau tak boleh senyum pun, relaks saja, jangan kelam-kabut, jangan mengamuk.

Al-Khatib dalam kitab “Irsyadul llasabilirrasyad” meriwayatkan, “Orang yang sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat. Bahkan orang yang sabar itu hampir-hampir menjadi Nabi.”

Jadi, pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati. Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan, sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.

Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w. yang ketika itu memakai serban buatan Najran yang agak tebal pinggiran serban itu, tiba-tiba datang seorang Badwi yang menarik serban Nabi s.a.w. itu dari belakang hingga berbekas pinggiran serban itu di leher Nabi s.a.w. kerana sangat keras tarikan Badwi itu lalu dia berkata, “Ya Muhammad, berikan padaku dari harta ALLAH yang ada di tanganmu”.

Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.

Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dengan sikap-sikap yang tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan.

Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup anda juga akan aman oleh berbanding pertentangan. Hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang-buang waktu berdepan dengan kekalutan manusia sebab kekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak , sabar dan mubar adalah benteng segalanya.

Sekarang fikirkan, apakah sikap kita selama ini apabila ada orang mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak mengamuk? Mahu belasah orang itu?

Mampukah kita senyum dan berdiam diri seperti Nabi SAW?

kredit: nina mazrina


Salam Ukhuwah..~

Makna Cinta Pada Allah Untuk Seorang Wanita Berkeluarga


Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila Anda terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah. Anda melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah, untuk meraih kasih sayangnya. Anda berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang Anda buat.

Wanita adalah golongan paling mudah mendapat pahala terutama jika wanita itu adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang anak kepada ibu dan bapanya. Jika Anda seorang wanita,Anda boleh menerapkan rasa cinta pada Allah ni dalam segenap aktiiviti harian Anda.

Bagaimana? Caranya, niatkan berbuat sesuatu kerana Allah. Apa saja yang Anda buat, niatkan kerana Allah, niatkan mahu berbuat kebaikan moga dengan kebaikan itu Allah mampu memberi perhatian kepada Anda lantas merahmati kehidupan Anda.

Elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.

Lebihkan peranan. Lebihkan memberi bakti, bukan mempersoalkan hak. Elak mempersoalkan apa yang sepatutnya Anda dapat.

Kenapa perlu elak? Sebab apabila Anda mempersoalkan hak, Anda akan diapi-apikan oleh EGO. Ego adalah salah satu pendorong konflik rumahtangga kerana ego membangkitkan kemarahan

Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk menerapkan rasa cinta pada Allah sebagai seorang wanita berkeluarga:

1. Turunkan ego.


Mulai saat ini, sebagai seorang wanita, Anda kena turunkan level ego Anda. Jangan bercakap pasal hak,jawatan, pangkat, pendapatan, jumlah duit yang Anda ada, pencapaian Anda dan kebaikan-kebaikan Anda. Ubah prespektif.


Sebaliknya, banyakkan berbuat kebaikan pada suami, pada anak-anak, pada mentua, pada ipar duai, pada adik-beradik Anda, pada jiran-jiran, pada orang-orang di sekeliling Anda. Zahirkan rasa cinta pada Allah dengan merajinkan diri berbuat kebaikan. Berbuat baiklah dengan niat kerana mahu menambah rasa takwa. Anda berbuat baik kerana Anda mahu Tuhan melihat perbuatan baik Anda. Moga dari itu, rasa bertuhan di dalam hati semakin kuat, semakin berakar, semakin utuh.

2. Niatkan segala perbuatan 100% kerana Allah.

Apabila Anda melayan suami, niatkan layanan Anda tu untuk Allah, maksudnya, berbuat baik pada suami supaya Anda melihat apa yang Anda buat, supaya dari perbuatan baik Anda pada suami tu kesannya hidup Anda diberkati. Anda buat semua tu kerana Anda mahu Allah redha pada Anda, supaya apabila Allah redha, Dia menurunkan kebahagiaan dalam rumah tangga Anda.

Sebagai contoh, apabila Anda memasak, niatkan masakan itu kerana Allah iaitu dengan memasak untuk menggembirakan hati suami, untuk menggembirakan hati anak-anak juga untuk menggembirakan hati orang-orang yang tinggal serumah dengan Anda.

Jika Anda sedang menyediakan sarapan pagi niatkan perbuatan Anda itu untuk Allah, maksudnya Anda menyediakan sarapan pagi didorong oleh rasa takwa, iaitu berbuat baik kerana mahu perbuatan Anda dapat memancing ‘special attention’ daripada Allah. Bila Allah sudah memberi perhatian, pasti rahmatnya melimpah ke dalam hidup Anda sekeluarga. Kesannya, pasti suami bahagia menjalani hidup bersama Anda, pasti anak-anak bahagia beribukan Anda.

3. Jaga hubungan dengan Allah, jangan hubungan dengan suami serta orang-orang di sekeliling.

Jaga hubungan Anda dengan Allah dengan bersembahyang, membaca Quran, berpuasa. Hati Anda kena dikemudi. Lakukan semua tu kerana Allah, iaitu kerana mahu menambah rasa takwa kepada Allah, bukan sekadar mahu beribadah untuk menambah pahala. Jaga hubungan Anda dengan suami, dengan anak-anak, dengan orang lain. Buatlah kebaikan selalu pada mereka supaya dengan itu hubungan Anda dengan mereka sentiasa terjaga. Inilah caranya bagaimana Anda menerapkan rasa cinta pada Allah dalam segenap kehidupan Anda. Hati Anda biar difokuskan untuk memberi kegembiraan. Gembirakan suami dan anak-anak simply kerana Anda mahu melihat keceriaan terpancar di wajah mereka kesan dari peranan Anda.

Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.

kredit: nina mazrina


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 27 April 2011

Petua Sakit Gigi (tips)


Mengikut sejarah Tok Wan yang sudah berumur 56 tahun pada tahun ini belomlah lagi merasai sakit gigi. Tapi kalau ada orang yang mengatakan lebih baik sakit gigi daripada sakit hati, tentu ia belum pernah merasakan sakit yang sebenar-benarnya. Padahal, sakit gigi merupakan gangguan kesehatan yang umum terjadi dan seringkali muncul tanpa gejala sebelumnya. Rasa sakitnya yang bervariasi mulai dari tajam, berdenyut, hingga konstan. Dari rasa sakit yang ditimbulkannya, tentu saja akan mengganngu pekerjaan seharian kita. Selain itu, jika dibiarkan tanpa tindakan yang tepat, kerusakan gigi akan bertambah parah sehingga harus dicabut. Untuk membantu menghindari hal tersebut, berikut beberapa tips untuk anda cuba dirumah.


1. Bunga Cengkih

Ambil beberapa bunga cengkih dan kunyah . Letakkan bunga cengkih yang dikunyah terkena pada gigi yang berlubang atau sakit tu. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

2. Air Garam

Lagi satu petua ialah, cuba berkumur dengan air garam beberapa ketika. InsyaAllah ia mengurangkan rasa sakit gigi juga.

3. Bawang Merah

Mengunyah bawang merah selama 3 menit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut. Meredakan gigi yang sedang sakit dengan cara menempatkan sepotong kecil bawang merah di area gigi atau gusi yang sakit.

4. Bawang Putih

Haluskan satu ulas bawang putih dan campurkan dengan sedikit garam kasar kemudian tempatkan di area yang sakit. Cara ini didapati dapat meredakan rasa sakit, bahkan kadang-kadang menyembuhkan. Selain itu, ada baiknya mengunyah satu ulas bawang putih setiap pagi. Cara ini dapat menjaga gigi yang telah disembuhkan semakin kuat dan sehat.



Salam Ukhuwah..~

Manis Itu Pahit


Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh semua orang. Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani. Maka mereka mempamerkan kekayaan dan juga keupayaan mereka.

Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2 yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat.

Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.

Bagi saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang terbaik untuknya mengambil ikhtibar dan pelajaran.

Orang dahulu telah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.

Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang2 yang baru akan mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah2 tiada apa2.

Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.

Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan2 manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan2 yang pernah kita miliki?

Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah2 dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibarat pampers, pakai dan buang.

Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memamg bukan semua yg dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.”

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberi masaalah. Adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia lebih mengerti.

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila2, adakalanya menjadi hitam dan menyusahkan.

Semuanya yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Adakalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagiaan kita, lantaran jika kita mendapat bermakna bertambahlah masalah, menjadi penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk2 pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

Jangan mudah membuang tambah2 lagi jika ia bukan barang tapi ORANG.


Salam Ukhuwah..~

Bangganya Saya Ada Love Bite


Minggu lepas semasa berlegar-legar di Carrefour Subang. Bukan membeli belah, tapi ada urusan kerja yang perlu dilaksanakan. Sedang duduk sendirian menanti seseorang di dalam sebuah cafe, sekumpulan budak lelaki sekolah menengah ada 4 orang kesemuanya datang dan duduk berhampiran.

Kemudian salah seorang bertanya " Joe (bukan nama sebenar), mak kau tak marah ke tengok ada love bite kat leher kau tu?". Joe menjawab "Aku cakap dengan mak aku, ni si Jie (bukan nama sebenar) punya kerja. Dia main cubit-cubit leher aku ni". Kemudian mereka ketawa berdekah-dekah.

Tak perlulah di perincikan perbualan budak-budak dibawah umur ni. Yang ingin di ketengahkan ialah bila si Joe dengan bangganya berkata "Aku memang sengaja suruh si Siti (bukan nama sebenar) buat love bite kat sini..."

Astaghfirullahhal'azim...

Budak sekolah ada love bite dan berasa sangat bangganya. Kita yang dah kahwin ni pun tau segan dan silu jika ada love bite di leher. Teringat kawan-kawan yang baru kawin siap bertampal koyok dileher kerana ada love bite. Tapi seorang pelajar sekolah dengan bangganya dan tanpa rasa bersalah menayangkan love bite dilehernya untuk tontonan kawan-kawan sebayanya.

Mujurlah dia tak lumpuh masa aksi buat love bite berlangsung. Jika tidak, tentu lain ceritanya. Yang jadi kemusykilan, jika pasangannya buat love bite untuknya dileher, apakah ada balasan love bite untuk pasangannya juga? Dimana?

Moga Allah pelihara seluruh keturunan kita dari perkara sebegini.

kredit: rakan yahoo


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 26 April 2011

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, Ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipan menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah, tak tahu, kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insya'Allah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah swt,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga. Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik. Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya. Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)


30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)



31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur : Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir ketukan keyboard, wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.



Salam Ukhuwah..~

Isnin, 25 April 2011

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam


Setiap ujian dan musibah yang Allah swt timpakan kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan bacalah doa dibawah ini:



Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar ra, bahawa Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Membaca Ruqyah

Rasulullah saw juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah saw pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:



Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas ra katanya: “Rasulullah saw menemui Aisyah rha ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:



Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”

“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi saw “Demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah saw pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”

Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah swt.

Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah swt mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah swt juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi saw “Sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda saw menyebut, ‘Air zamzam.’”

Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.

Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)

Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah ra secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.

Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah saw sendiri apabila demam, Baginda saw meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah ra bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah saw, tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

kredit: solusi


Salam Ukhuwah..~

Jangan Berputus Asa Dalam Berdoa


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"Berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

Jadi, mengapa masih perlu berdoa?

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.

"Cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)

Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan keadaan diri pada masakini. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.

Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya seumpama setitis air di lautan yang luas dimuka bumi ini.




Salam Ukhuwah..~

Cara Nak Banyakkan Susu Badan


Ada banayk cara untuk memperbanyakkan susu badan untuk anak kecil anda. Dan ada banyak petua, ada banyak cara serta kaedah yang boleh atau tak boleh anda ikut. Subab ada orang susah nak jumpa daun sireh, ada orang tak makan lobak puteh dan ada orang tak makan kacang elegik katanya. Jadi disini tok cuba himpunkan sebanyak mungkin kaedah untuk memperbanyakkan susu badan.

Kaedah Daun Sireh

Ambil sehelai daun sireh Melayu (dalam gambar)sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih tersebut. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Nak pakai sterika pun boleh juga. Setelah suam, tekapkan pada payudara dibahagian keliling termasuk puting. Bila didapati sudah sejuk layur semula supaya suam2 panas semula. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. Cara ini dapat memperbanyak susu badan disamping mencegah penyakit barah payudara.


Kaedah Nasi Panas bersama Halia Muda dan Air Asam

Makanlah nasi masa nasi tersebut tengah panas panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa. Tapi janganlah nasi terlampau panas sehingga nak telah pun payah.


Kaedah Longan Kering

Dapatkan buah longan kering dari kedai ubatan tradisional China kemudian rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya semasa ianya masih panas atau panas suam-suam. Ini adalah cara tradisional orang-orang keturunan China hinggalah ke Vietnam dan Laos.


Kaedah Lobak Puteh

Dapatkan sebatang lobak putih bersaiz agak sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.


Kaedah Bunga Melor dan Daun Pucok Manis

Dapatkan segengam bunga melor yang sedang kembang serta segengam daun pucok manis. Giling atau blend (jika blend pastikan tidak dicampur air dengan banyak....ini bagi mempastikan kepekatan) daun bunga melur dan daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi anda.


Kaedah Meminum Susu

Banyakkanlah meminum susu. Tapi jangan minum susu kacang soya (susu kacang soya banyak yang tak elok dari yang eloknya) Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari. Dan kalau dapat susu kambing yang segar. Tak dapat susu kambing susu lembu yang segar pun kira okey jugaklah.


Rasa-rasanya cukuplah kot 6 kaedah yang Tok Wan dah kemukakan dalam entry ini. Kalau nak lebih lagi rasa-rasanya elok bertanya pada emak-mak kita atau makcik-makcik yang berhampirang dengan rumah kita. Mereka lebih berpengalaman. Tok Wan ni cuma berkongsi jer. Pengalaman langsung takder.


Salam Ukhuwah..~

Nabi Idris AS Naik ke Langit


Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. naik ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran surah Maryam, bermaksud:

“Dan ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat Maut pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.

Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?"

"Saya adalah Malaikat Maut.”

“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”

“Benar ya Idris.”

“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan maut ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kewafatan Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.

Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."

" Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu."

" Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT."

" Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar semula. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

kredit: rakan yahoogroup


Salam Ukhuwah..~

Solat Berjama'ah Di Perancis Akan Dilarang


Pemerintah Perancis mulakan semula fahaman anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang kontroversial melarang pemakaian jilbab, mendapat protes hebat dari umat Islam.

Dengan alasan kerana warga Muslim menunaikan solat di pinggir jalan, pemerintah Perancis berniat menghalang kebebasan warga Muslim menunaikan kewajiban agama mereka.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah seorang think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di pinggir jalan.

IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami sedang mencari jalan untuk melarang penunaian solat berjamaah di pinggir jalan."

Menteri Dalam Negeri Perancis mengemukakan pernyataan itu ketika penunaian solat berjamaah di pinggir jalan, yang sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki kemudahan sangat terhad atau sekatan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan solat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain.

Menjawab pertanyaan mengenai sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis boleh dibangunkan masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih lanjut bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangunkan.

Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahwa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjamaah.

Berkait dengan perlaksanaan larangan solat berjamaah di tepi jalan itu, Guéant menjelaskan, "Harus ada cara untuk menghentikan solat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara peribadi menggalakan penggunaan "kekuasaan" dalam menjalankan ketentuan tersebut.

Guéant hingga kini telah berulangkali meletakkan umat Islam sebagai sasaran, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Keadaan ini menurut Guéant sangat diberi perhatian dan akan menjadi halangan serius bagi Perancis.

Sejumlah politik anti-Islam dalam pemerintahan Perancis yang beberapa waktu lalu melarang penggunaan burka, telah memasuki tahap baru yang lebih serius. Langkah itu mendapat riaksi negatif oleh pendapat umum Barat.

Laurent Booth, saudara perempuan isteri mantan perdana menteri Inggris, Tony Blair, dalam wawancaranya dengan IRNA, menepis dakwaan para pejabat Perancis bahwa kaum perempuan yang mengenakan burka merupakan ancaman pengganas dan keselamatan.

Dikatakannya, "Kaum perempuan berjilbab sebetulnya memang merupakan ancaman bagi negara-negara Barat. Namun ancamannya tidak dalam bentuk kekerasan seperti yang didakwa oleh para ahli politik Barat, melainkan kerana busana Muslimah pada hakikatnya telah menyoal kebebasan kaum perempuan di Eropah dan Amerika."

kredit: republika


Salam Ukhuwah..~

Kajian Hadith Rasulullah S.A.W - A Days of Dajjal

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujuraat 49:6)



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?. Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud disebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.


Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajjal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah
dunia melalui Great Britain.


Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat


Ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu
Dajjal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem (Israel)


Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.


Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh Dr. Mahathir adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat.


Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajjal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000? George W. Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ketika inilah, Amerika Syarikat dilihat oleh dunia sebagai 'budak suruhan' pada Israel.

Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu. Mengikut formula kiraan yang sama, "sehari seperti seminggu" patut menjadi 83 tahun bahagi 4, yang hampir bersamaan dengan 21 tahun. Ini akan membawa kita di antara tahun 2020-2023 (jika mengikut tahun masihi atau hijrah). Pada tahun ini, kumpulan Illuminati sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pemerintahan dunia terletak pada negara Israel.

"Selamat datang ke tahap-tahap akhir rancangan Dajjal"!

Kenyataan oleh Presiden George Bush (bapa George W. Bush) pada 11th September 1990 :
"..Apa yang lebih penting ialah lebih dari satu negara kecil. Ia merupakan sebuah idea besar. Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)."
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam masa yang singkat. Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.

2001

World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang
umat Islam. Osama bin Laden talibarut pada 'tentera Dajjal' ini

2002



Tentera Bersekutu Menyerang Afghanistan

Osama tahu bahawa seluruh tahu dia berada di Afghanistan, tetapi dengan
sengaja dia 'mengaku' bertanggungjawap terhadap serangan WTC.

2003


Pencerobohan ke atas Iraq

Serangan dilakukan atas alasan mencari senjata pemusnah milik Iraq.
Walhal yang berlaku di Iraq ; tembakan rambang, pencabulan, penyeksaan tahanan dll

2006


Serangan Israel ke atas Lubnan

Perang meletus di antara Israel-Hezbollah (Syiah), namun serangan banyak
disasarkan pada orang awam. Buktinya, 'bom berangkai' digunakan oleh Israel dalam serangan ini. Pemerhati mendapati, ketika serangan, ramai tentera Hezbollah telah mendapatkan perlindungan di kawasan sekitar bukit sedangkan orang awam dibom.

2009


Serangan hebat ke atas Gaza, Palestin

Seperti biasa, banyak negara Islam membentangkan usul di parlimen untuk
mengutuk Israel, termasuk Malaysia. Iran (Syiah) pula hanya lantang bersuara.

Selepas 9/11, Amerika Syarikat telah menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat dan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order!

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya sama seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mengikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah (dajjal).


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

kredit: Uda Firdaus Abd Rahim


Salam Ukhuwah..~