Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Isnin, 18 April 2011
Statistik Umat Islam Di Malaysia
Assalamualaikum...
Tok paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:
1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya
2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS
3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan
4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya
5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan
6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama
7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji
8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang ketat dan memakai T-Shirt yg ketat
9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang
10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri
11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam/hakim
12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon, Wonder Pets dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda
13. 50% umat islam adalah kaki botol, judi dan minum arak
14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur
15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak
16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu
17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari
18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang
19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit
20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan
21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH
Tok paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri tok sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"
Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,
Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam
BalasPadammintak share ye :)
assalamualaikum.boleh saya tanya sikit.statistik ni dapat dari mana?sumber mana?sahih ka statistik ni?ada buat kajian mnyeluruh?bukan apa,saya kira2 mau minta share,tapi takut2 pula salah fakta.harap dapat dijelaskan ya.
BalasPadam