Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Selasa, 5 April 2011
Tebuan Kunyit Merbahaya
‘TEBUAN kunyit bawa maut pada kanak-kanak berusia tujuh tahun’.
Kalau terbaca tajuk laporan sebegitu, tentu seseorang yang punya perasaan akan jatuh simpati dan sedih. Begitulah yang terjadi kepada sepasang suami isteri di Teluk Intan, Perak yang kehilangan anak kesayangan mereka akibat disengat tebuan kunyit.
Kematian yang sangat tidak disangka itu mewujudkan seribu persoalan bukan sahaja tentang kehilangan nyawa anak kecil yang tidak berdosa malah mengenai tebuan tersebut yang selalu dianggap sebagai serangga biasa oleh kebanyakan orang.
Mengimbas kembali kejadian itu, Asyhraff Nabil Abdullah, 7, dari Kampung Parit Che Maja, Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak iaitu anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Abdullah Yusoff, 53, dan Noraini Samijo, 42, telah disengat tebuan kunyit pada hari Isnin 31 Januari lalu.
Menurut Abdullah, anaknya sebelum kejadian telah pergi ke bilik air untuk membuang air kecil dan mencuci muka. Beberapa minit kemudian, arwah dikatakan menjerit kesakitan.
Isteri Abdullah yang bergegas ke bilik air itu segera mengibas-ngibas tuala yang digunakan anaknya untuk menghalau serangga yang dilihat berwarna kuning berbelang-belang di badan dan berbentuk bulat seperti kumbang hitam.
Asyhraff sebenarnya telah disengat seekor tebuan kunyit di hidungnya ketika mengelap muka dengan tuala.
“Kami ingatkan gigitan serangga biasa dan tidak berbuat apa-apa. Pada lewat malam kejadian itu, badan anak saya menjadi panas dan mukanya bengkak. Kami menggegaskan dia ke sebuah klinik kesihatan di Sungai Batang kira-kira pukul 9 pagi keesokan harinya.
“Doktor yang memeriksa Asyhraff memberikan ubat sapu dan meminta agar dia dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut. Mukanya semakin membengkak manakala demam kuat masih tidak beransur kurang. Dia juga hilang upaya untuk berjalan,” imbas Abdullah.
Dalam perasaan hiba Noraini menceritakan semula, anaknya dikejarkan ke wad kecemasan sekitar pukul 2 petang oleh doktor dan jururawat HTI. Melihatkan keadaannya, kumpulan petugas perubatan itu memberi rawatan kecemasan di samping pengambilan ujian darah.
“Saya berada di sisi anak saya ketika doktor dan jururawat memeriksanya. Doktor memberi tiga dos suntikan kepada Asyhraff selain menekan jantungnya bagi menstabilkan semula kadar pernafasan yang ketika itu dilihat semakin lemah. Tiba-tiba anak saya muntah darah.
“Selama lebih lima jam doktor cuba menyelamatkan anak saya. Kami jadi kaku apabila doktor akhirnya memberitahu bahawa anak kami telah meninggal dunia ekoran racun tebuan itu sudah sampai ke sistem saraf otak,” katanya yang tidak dapat menahan tangisan.
Noraini memberitahu, tebuan kunyit itu mempunyai sarang yang dibina dengan daun-daun kering di bawah pokok pisang yang terdapat di halaman belakang kediaman mereka.
Kuasa sengatan
Kejadian menyayat hati tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa serangga itu amat berbahaya ekoran sengatannya yang membawa maut terhadap seorang kanak-kanak.
Persoalan mula timbul. Sejauh manakah daya ketahanan seseorang untuk ia melepasi risiko maut sekiranya disengat tebuan? Adakah ia berkaitan dengan faktor kesihatan dan usia? Paling utama, ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai serangga itu yang selama ini sekadar dianggap ‘kumbang biasa dengan bisa yang lebih’.
Kosmo! telah menemui seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar untuk menjelaskan kejadian itu.
“Tebuan tergolong dalam keluarga Order Hymenoptera, daripada keluarga Vespidae yang terdiri dari lebih 5,000 spesies tebuan dan serangga lain.
TEBUAN kunyit boleh dikenali melalui belang kuning pada badannya.
“Spesies utama di Malaysia ialah Vespa tropica iaitu tebuan kunyit yang membuat sarang daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas di dalam hutan tebal,” terang A. Morganasunderam, 51, yang berkhidmat dengan Perhilitan sejak 31 tahun lalu.
Dia yang mempunyai pengalaman mengenali spesies hidupan khususnya melibatkan ekosistem dan habitat serangga termasuk tebuan memberitahu, tebuan kunyit merupakan spesies yang boleh dianggap berbahaya jika kawasannya diganggu manusia dan hidupan liar lain.
“Seperti tebuan tanah, ia juga sangat beracun dan sengatan amat menyakitkan. Tebuan kunyit mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih empat sentimeter (sm).
“Sengatan tebuan kunyit memang berbahaya. Seseorang yang terkena sengatannya perlu mendapatkan rawatan segera, terutama kalau melibatkan kanak-kanak,” katanya.
Menurut Morganasunderam, racun yang dilepaskan, walau setitik, mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa.
“Akan tetapi jika kanak-kanak disengat tebuan, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota tubuh yang disengat.
“Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, maut boleh terjadi,” terangnya.
Morganasunderam menambah, tebuan kunyit atau tebuan tanah adalah spesies biasa yang tinggal dalam habitat hutan serta belukar. Ia hanya keluar pada waktu malam dan ia amat sensitif pada pergerakan manusia.
“Mengenai kes Asyhraff, kemungkinan ketika dia sedang mengelap muka, tekanan pada tuala menyebabkan tebuan yang secara kebetulan melekat di tuala itu terasa terancam lalu menyengat di bahagian hidung mangsa.
“Saya berpendapat, sengatan tebuan kunyit itu menjadi lebih serius kerana rawatan yang sepatutnya diterima mangsa dilengahkan sehingga sehari. Toksik dalam bisa tebuan itu sudah menyerang saraf dan bahagian otak hingga melumpuhkan mangsa sebelum maut,” jelasnya.
Selain berpesan agar setiap sengatan serangga, baik di rumah atau di habitat semula jadi, perlu diberikan rawatan asas agar tidak membawa kemudaratan, Morganasunderam turut menasihatkan supaya kanak-kanak yang terkena sengatan serangga berbisa di bahagian sensitif anggota badan perlu segera dirujuk ke hospital.
Menekap ais
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak, Dr. Chin Wai Seong, berpendapat, sengatan tebuan pada seseorang manusia dewasa atau kanak-kanak sebenarnya tidak serius kecuali beberapa faktor tertentu.
Menurutnya, sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak, adalah tindakan kecemasan pertama.
TEBUAN boleh menjadi peracun dan mempunyai sifat agresif seperti menyerang manusia sekiranya diancam.
“Tindakan pertama adalah dengan meletakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan itu untuk membekukan tempat sengatan seterusnya menghalang racun itu merebak dalam tempoh tertentu,” ujar Wai Seong.
Satu kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan menyapu minyak angin pada tempat sengatan. Tindakan itu hakikatnya tidak berkesan untuk meredakan kesakitan tersebut.
“Ini kerana sengatan serangga seperti tebuan atau lebah ganas akan menyebabkan badan mangsa terasa panas, gatal dan bengkak di tempat gigitan. Jika ubat seperti minyak angin digunakan, ia akan menambah kepedihan dan kepanasan pada badan. Itu hanya memburukkan lagi keadaan.
“Langkah kedua selepas meletakkan ais atau air sejuk adalah mereka perlu membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa dua jam untuk mengelak racun itu merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah,” jelasnya.
Di klinik, mangsa akan diberi ubat sapu untuk bengkak dan mengurangkan gatal dan ia seharusnya memadai bagi mengatasi masalah ini.
Namun bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius alergi. Antara simptom yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan yang lemah.
“Sekiranya tanda-tanda itu dikenal pasti, doktor akan memeriksa tekanan darah, membuat ujian darah, memeriksa paru-paru dan sistem antibodinya sebelum bertindak memberi suntikan dan tindakan sewajarnya.
Mengulas kes kematian Asyhraff, Wai Seong berpendapat, kanak-kanak itu mungkin tidak mempunyai daya ketahanan melawan penyakit disebabkan reaksi dan tindak balas alergi yang dialami selepas terkena sengatan pada malam kejadian tersebut.
“Ekoran itu, sejenis cecair protein yang terkandung dalam racun tebuan itu telah ‘disuntik’ ke dalam badan sejurus ia menyengat hidung mangsa. Malangnya, sengatan itu terlalu hampir dengan sistem sarat otak dan mata.
“Keadaan ini mengundang sistem imunisasi kanak-kanak itu bekerja keras untuk melawan tindak balas cecair itu dan akhirnya mengalah ekoran tiada tindakan kecemasan malam itu,” katanya.
Biasanya, hanya sengatan melibatkan lebih daripada dua ekor tebuan boleh membawa situasi cemas. Asyhraff yang hanya disengat seekor tebuan itu adalah bukti nyata betapa rawatan segera tidak boleh dipandang ringan. Secara teorinya, kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi mangsa itu sendiri telah mengorbankan nyawanya.

kredit: Kosmo
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan