Bacaan Popular

Khamis, 14 April 2011

Sifat Pengaseh


Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. (Muslim)

Allah itu bersifat Ar-Rahman iaitu maha pemurah. Allah juga bersifat A-Rahim iaitu maha Pengasihani. Dia jugalah yang menciptakan rahim ibu. Malaikat juga melaporkan kepada Allah apabila air benih berada di dalam rahim.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Anas r.a)

Oleh kerana Allah bersifat Ar-Rahim, maha pengasihani maka dia juga menyukai orang yang bersifat pengasih. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang pengasih akan dikasihi Zat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”(HR. Tirmidzi).

Kasihilah semua makhluk Allah samada manusia atau binatang. Bersifatlah dengan sifat pengasihani dan leraikanlah pergaduhan, sekalipun perbalahan diantara dua ekor kucing. Rasulullah saw bersabda “Apabila seorang lelaki dipukul dan kamu berada di antara sekumpulan orang (yang memukulnya), jadilah kamu sebagai penolong lelaki itu dan cegahlah mereka (yang memukulnya), selepas itu tinggalkanlah mereka (Riwayat Ibnu Dunya dari Anas r.a.)

Bantulah orang yang dipukul terutamanya saudara sesama Islam. Jangan dibiarkan atau “buat tidak tahu” dan melihat sahaja saudara kita dipukul dan dibelasah secara beramai-ramai. Hadith ini adalah “order” daripada Rasulullah s.a.w., berdosa sekiranya kita “pejam mata” dan tidak menolongnya. Sekurang-kurangnya halanglah atau buat “report”, damaikan, leraikan pergaduhan dan suruh mereka berhenti dari memukulnya. Kita perlu campurtangan dalam hal sebegini kerana umat Islam adalah bersaudara.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan