Bacaan Popular

Isnin, 25 April 2011

Cara Nak Banyakkan Susu Badan


Ada banayk cara untuk memperbanyakkan susu badan untuk anak kecil anda. Dan ada banyak petua, ada banyak cara serta kaedah yang boleh atau tak boleh anda ikut. Subab ada orang susah nak jumpa daun sireh, ada orang tak makan lobak puteh dan ada orang tak makan kacang elegik katanya. Jadi disini tok cuba himpunkan sebanyak mungkin kaedah untuk memperbanyakkan susu badan.

Kaedah Daun Sireh

Ambil sehelai daun sireh Melayu (dalam gambar)sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih tersebut. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Nak pakai sterika pun boleh juga. Setelah suam, tekapkan pada payudara dibahagian keliling termasuk puting. Bila didapati sudah sejuk layur semula supaya suam2 panas semula. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. Cara ini dapat memperbanyak susu badan disamping mencegah penyakit barah payudara.


Kaedah Nasi Panas bersama Halia Muda dan Air Asam

Makanlah nasi masa nasi tersebut tengah panas panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa. Tapi janganlah nasi terlampau panas sehingga nak telah pun payah.


Kaedah Longan Kering

Dapatkan buah longan kering dari kedai ubatan tradisional China kemudian rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya semasa ianya masih panas atau panas suam-suam. Ini adalah cara tradisional orang-orang keturunan China hinggalah ke Vietnam dan Laos.


Kaedah Lobak Puteh

Dapatkan sebatang lobak putih bersaiz agak sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.


Kaedah Bunga Melor dan Daun Pucok Manis

Dapatkan segengam bunga melor yang sedang kembang serta segengam daun pucok manis. Giling atau blend (jika blend pastikan tidak dicampur air dengan banyak....ini bagi mempastikan kepekatan) daun bunga melur dan daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi anda.


Kaedah Meminum Susu

Banyakkanlah meminum susu. Tapi jangan minum susu kacang soya (susu kacang soya banyak yang tak elok dari yang eloknya) Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari. Dan kalau dapat susu kambing yang segar. Tak dapat susu kambing susu lembu yang segar pun kira okey jugaklah.


Rasa-rasanya cukuplah kot 6 kaedah yang Tok Wan dah kemukakan dalam entry ini. Kalau nak lebih lagi rasa-rasanya elok bertanya pada emak-mak kita atau makcik-makcik yang berhampirang dengan rumah kita. Mereka lebih berpengalaman. Tok Wan ni cuma berkongsi jer. Pengalaman langsung takder.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan