Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 14 April 2011
Tentang Bahagia (himpunan)
Bahagia itu adalah tunduk dan patuh mengikuti garis-garis yang ditentukan Allah dan perikemanusiaan.(Ibnu Khaldun)
Kebahagiaan tidak terletak dengan memiliki apa yang kita inginkan, melainkan kerana kita tidak menginginkan apa yang tidak dapat kita miliki.(Princess Karaja)
Anda tidak berbahagia apabila anda berfikir diri anda tidak berbahagia.(Marcus A. Antonius)
Bahagia itu adalah kesenangan yang dicapai oleh manusia menurut kehendak masing-masing.(Aristotles)
Hancurnya kebahagiaan bukan kerana kecelakaan besar melainkan kerana hal-hal kecil yang membahayakan yang datang berulang-ulang.(E. Dimnet)
Jalan menuju kebahagiaan:
-bebaskan hatimu daripada rasa dendam dan rasa takut
-hidup sederhana yang mengharap sedikit tetapi banyak memberi.
-mengisi penuh harapanmu dengan kasih sayang.
-pancarkanlah cahaya mentari.
-lupakanlah dirimu sendiri dan ingatlah orang lain.
-perlakukanlah sesama manusia seperti yang anda ingin diperlakukan.(Mattern)
Jangan anda membuat kehancuran atas kebahagiaan orang lain melainkan bangunkanlah kebahagiaan itu atas kehancuran seseorang.(Shakespeare)
Kebanyakan orang memperoleh bahagia ataupun tidak, sesuai dengan kemahuannya sendiri.(Lincoln)
Kebahagiaan hidup yang tertinggi adalah keyakinan yang diri
kita dicintai.(Victor Hugo)
Kebahagiaan dirasakan oleh orang yang biasa berasa puas pada dirinya sendiri.(Aristotles)
Kebahagiaan bukan timbul daripada kekayaan yang melimpah-
limpah, melainkan daripada kebiasaan hidup yang sederhana dan wajar.(James Wood)
Kita sering terpesona oleh kebahagiaan yang tampak dari jauh, akan tetapi keterpesonaan itu menjadi kurang apabila kebahagiaan itu didekati.(T.H. Valden)
Salah satu alasan besar mengapa tidak berasa bahagia, adalah mengharapkan kebahagiaan yang terlalu besar.(Fontanelle)
Saat berbahagia sebaiknya jangan tinggi hati, apabila dalam kesusahan jangan hilang semangat.(K. von Lindos)
Setiap orang adalah pencipta kebahagiaannya sendiri.(Theoreau)
Tidak ada kosmetik yang mujarabnya dapat menyamai kebahagiaan hidup. (Lady Blassington)
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum. Tok Wan, saya suka dengan post ni. TQ. Saya dah copy masuk dlm post di blog saya selepas saya baca kenyataan Tok Wan ni : "Kalau dah masuk n baca apa2 yang berkenan serta berhajat nak salin atau copy atau share silakan...sebab bagi tok wan senang saja...ilmu hak Allah,".
BalasPadamSaya doakan semoga Tok Wan berbahagia selalu.