Bacaan Popular

Rabu, 27 April 2011

Bangganya Saya Ada Love Bite


Minggu lepas semasa berlegar-legar di Carrefour Subang. Bukan membeli belah, tapi ada urusan kerja yang perlu dilaksanakan. Sedang duduk sendirian menanti seseorang di dalam sebuah cafe, sekumpulan budak lelaki sekolah menengah ada 4 orang kesemuanya datang dan duduk berhampiran.

Kemudian salah seorang bertanya " Joe (bukan nama sebenar), mak kau tak marah ke tengok ada love bite kat leher kau tu?". Joe menjawab "Aku cakap dengan mak aku, ni si Jie (bukan nama sebenar) punya kerja. Dia main cubit-cubit leher aku ni". Kemudian mereka ketawa berdekah-dekah.

Tak perlulah di perincikan perbualan budak-budak dibawah umur ni. Yang ingin di ketengahkan ialah bila si Joe dengan bangganya berkata "Aku memang sengaja suruh si Siti (bukan nama sebenar) buat love bite kat sini..."

Astaghfirullahhal'azim...

Budak sekolah ada love bite dan berasa sangat bangganya. Kita yang dah kahwin ni pun tau segan dan silu jika ada love bite di leher. Teringat kawan-kawan yang baru kawin siap bertampal koyok dileher kerana ada love bite. Tapi seorang pelajar sekolah dengan bangganya dan tanpa rasa bersalah menayangkan love bite dilehernya untuk tontonan kawan-kawan sebayanya.

Mujurlah dia tak lumpuh masa aksi buat love bite berlangsung. Jika tidak, tentu lain ceritanya. Yang jadi kemusykilan, jika pasangannya buat love bite untuknya dileher, apakah ada balasan love bite untuk pasangannya juga? Dimana?

Moga Allah pelihara seluruh keturunan kita dari perkara sebegini.

kredit: rakan yahoo


Salam Ukhuwah..~

7 ulasan:

  1. Macam edisi copy & paste je. Siapa tiru siapa ni?

    BalasPadam
  2. Memang copy & paste dan repair error spelling. Tapi tak salah untuk mendatangkan kebaikan yang dipanjangkan dari rakan2 sekumpulan kepada khalayak yang lebih ramai agar ilmu pengetahuan itu lebih berpanjangan. Macam buat jalan empat lorong atas jalan lama, lepas tu buat pintu tol daa. Tapi dalam blog ni takder pintu tol daa. he he..~

    BalasPadam
  3. budak3 skunk memang teruk~~dulu mak ayah gi antar skulah..skunk naik moto ngan kapel dworang dah....da berbulu aku tgok ea...ntah natar balik umah trus k ntah ke mane ~~ptot la byak love bite kat bdak2....

    BalasPadam