Bacaan Popular

Sabtu, 24 September 2011

Tanamkan Roh Islam Pada Anak2


Anak adalah anugerah Allah yang cukup bermana kepada kita yang bergelar ibu dan ayah. Anak juga merupakan penyeri rumahtangga kita dengan tangisan, gelak tawa mereka. Pada masa yang sama juga kita tak dapat lari dari diuji oleh Allah swt dengan pelbagai kerenah mereka, adakalanya hilang sabar dibuatnya.

Di sini ingin ana kongsi bersama apa yang ana perolehi dari usrah yang disampaikan oleh ustazah. Apa yang menariknya adalah penerapan nilai-nilai islam terhadap anak-anak dari kecil lagi.


Tahu tak ?

Apabila anak-anak kita buat sesuatu yang kita tak suka, apa yang kita cakap. Kita akan cakap "umi tak suka kak buat macam tu". betul tak ?

Pernah tak kita cakap kat dia bahawa Allah tak suka kak buat macam tu dan kalau Allah tak suka umi pun tak suka.


Kenapa?

Apabila kita megatakan Allah tak suka, dia akan meletakkan sampai bila-bila, sampai besar dan keluar dari rumah apa yang dibuat yang menyebabkan apa-apa perkara yang terutamanya orang tak suka agi-lagi perkara yang Allah tegah dia akan ingat cakap umi tak suka, tapi apabila ia keluar dari rumah dan melakukan apa-apa perkara yang tak baik dia akan fikir "ala tak pe umi aku tak de" dengan sewanag-wenangnya dia boleh buat sesuka hati.


Pernah tak ?

Apabila anak-anak kita yg berusiah 1-5 tahun, pernah tak kita menceritakan pada mereka tentang Kewujudan Allah dan kemulian Nabi Muhammad saw. Kalau difikirkan nak ceritakan mengenai Allah dan Rasulallah bukannya dia orang tu faham sangat. Tapi kita kena cerita tentang kebesaran Allah dan Muhammad saw itu supaya dijadikan contoh dan ikutan yg baik. Memanglah bila kita cerita dia akan tanya seribu satu persoalan yang rasanya sukar untuk kita jawab. sebagai seorang ibu yang baik kita kenalah menjawab dengan cara yang terbaik yang mudah anak-anak kita faham.


Sebab....

Apabila kita menceritakan tentang kewujudan Allah dan kebesaran serta kemulian Nabi Muhammad saw kepada mereka dari kecil lagi akan memudahkan mereka memahami atau lebih excited lagi bila cikgunya mengajar Tauhid, akidah, akhlak dll, sebab dia dah tahu. Berbezalah pula dengan anak-anak yang hanya belajar di sekolah dan mendengar apa yang diajar oleh cikgunya sahaja. Dia akan terpinga-pinga sebab masa kat sekolah baru belajar. Jika kita ajar anak-anak kita dari awal lagi dan ditambah di sekolah dia akan lagi seronok nak tahu lagi dan lagi...


Perasan tak?

Bila kita suruh anak kita ambil barang kat dalam bilik ke dapur ke sorang-sorang dia kata "tak nak takut ada hantu".sebab apa jadi gitu. Perasan tak kadang-kadang bila kita tak nak anak kita pergi kesesuatu tempat, kita akan cakap " gilah gi...gi ambilah momok tu, ha. ada hantu kat situ".

Sebenarnya kita yg mengajar anak kita pasal tu, betul tak?.


Jadi...

Tanamkan dalam fikiran anak-anak kita supaya sebut nama Allah dan baca Bismillah hirohmannirahim apabila dia takut untuk pergi tempat yg dirasa ada hantu. Cakap dengan dia "kalau kak baca Bismillah banyak kali tentu tak ade hantu". Dengan pujukan kita yang baik dia akan pergi dengan lintang pukang untuk ambil barang yang disuruh. Jadi bila dia dah selamat mengambil barang tu, tanyalah kat dia "ha.. ada tak hantu", tentu dia cakap "yelah umi tak ada hantulah pun". So dari situlah kita akan cakap bahawa Allah itu ada kat mana-mana dan akan tolong kita.

So, itu saja yang ana boleh sampaikan untuk renungan kita bersama. Marilah kita sama-sama untuk menjadi seorang ibu yang baik.

Didiklah anak kita dengan nilai-nilai Islam, sebab jika kita tak didik anak-anak kita dengan nilai-nilai Islam cuba kita lihat dunia hari ini semakin mengoncang dan bergegar dengan pelbagai jenis penyakit sosial.

Walaupun kadang-kadangnya ada diantara kita boleh dikatakan dah didik anak dengan cara Islam tapi, environment diluar sana tu yang menyebabkan mereka terpengaruh, siapa yang harus dipersalahkan?. Apa yang pentingnya adalah kita kena usaha dan berdoa dan terus berdoa supaya anak-anak kita tergolong dikalangan anak-anak yang soleh dan soleha.

kredit: Junhairi bin Abd Jalil


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan