Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 29 September 2011
Kebaikan Kacang Pistachio
Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia.
Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini.
Selain kacang pistachio, buah kismes juga makanan genius. Tok Wan sendiri sejak dari darjah 6 sekolah dulu sering makan buah kismes setiap pagi 3 biji sambil selawat keatas Nabi saw. Hasilnya daya ingatan meningkat. Cendekiawan serta ilmuan sering memakan kacang pistachio bersama buah kismes dan dicampur susu dan madu.
Bagi pelajar tahfiz, kacang pistachio dan buah kismes memang tidak dapat dipisahkan kerana makanan ini mempunyai rasa yang lazat serta khasiat yang elok untuk akal fikiran kita.
Memang harganya lebih mahal. Di Kuala Lumpur kalau beli borong harganya RM 70 setiap 1 kg. Kalau beli yang dah siap dalam peket kecil (50 gram) harganya antara RM 3 ke RM 3.20 sen. Namun kerana khasiatnya yang baik apalah sangat dengan harga. Sebab ia mahal sebab pokoknya tak tumbuh kat Malaysia.
Pokok pistachio
Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.
Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.
Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.
Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.
Kerana usia pistachio tidak lama sebaiknya pilihlah pistachio yang warna kacangnya hijau terang. Kalau sudah terlalu tua atau lama di kedai atau dalam bungkusan, warnanya akan pudar, dan kacang akan berubah layu.
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sangat berguna info ni.. t.kasih tok wan.. sedappp pitascio ni.. khasiatnya pon bagus...
BalasPadamSya selalu beli kacang ni di perlis harga rm23 sekilogram sya sgt suka mkn kacang pitascio.
BalasPadamMurahnye...kedai Arab 75rm sekilo
PadamSya selalu beli kacang ni di perlis harga rm23 sekilogram sya sgt suka mkn kacang pitascio.
BalasPadamSya selalu beli kacang ni di perlis harga rm23 sekilogram sya sgt suka mkn kacang pitascio.
BalasPadamKalau asma boleh makan x kacang ni?
BalasPadam