Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 1 September 2011
Rasulullah Berpoligami Untuk Kebaikan Masyarakat
POLIGAMI sering menjadi isu kontroversi dalam masyarakat kita. Islam membolehkan umatnya berpoligami namun ia bukan boleh berlaku sewenang-wenangnya.
Antara faktor yang menyumbang lelaki berkahwin lagi mungkin disebabkan kesihatan isteri gagal melahirkan zuriat, sering kali bekerja di luar kawasan atau memiliki dorongan nafsu seks yang kuat.
Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam. Poligami bertujuan menghalang terjadinya perceraian antara pasangan.
Selain itu, poligami dapat menyelesaikan jumlah ‘gadis berumur’ supaya mereka juga dapat merasa nikmat kehidupan berumah tangga dan berkeluarga.
Jika itu berlaku, jelaslah poligami dibolehkan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks bagi lelaki semata-mata tetapi ia mempunyai maksud serta tujuan kemaslahatan umat Islam seluruhnya.
Islam tidak memandang mudah syarat yang dikenakan kepada suami yang ingin berpoligami. Sebab itulah tanggungjawab yang mereka perlu pikul bukan satu tugas mudah.
Rasulullah s.a.w sendiri bernikah dengan isteri-isterinya atas dasar untuk membantu dan memberi perlindungan kepada mereka. Contohnya Rasulullah menikahi Siti Saudah binti Zam’ah kerana beliau kematian suami.
Seluruh kaum kerabat Siti Saudah adalah orang musyrik. Usia Siti Saudah ketika itu 66 tahun. Namun baginda tidak mahu membiarkan Siti Saudah bersendirian kerana bimbang Islamnya terancam.
Rasulullah juga berkahwin dengan Siti Aisyah dan Siti Hafsah sebagai penghargaan kepada orang tua mereka. Ibu bapa mereka adalah sahabat dan menteri Rasulullah iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khatab.
Begitu juga halnya ketika Rasulullah berkahwin dengan Ummu Salamah (Hindun binti Abi Umayah bin Almuqirah). Ummu Salamah adalah salah seorang yang turut serta dalam penghijrahan ke Habsyah dan Madinah.
Suaminya, Abu Salamah meninggal dunia dan mereka mempunyai anak yang masih memerlukan didikan. Rasulullah mengahwini Ummu Salamah demi memuliakannya.
Selain itu, Ummu Salamah juga memiliki sifat terpuji dan termasuk daripada golongan yang awal menganut Islam. Jelas, Rasulullah berpoligami demi menguatkan ikatan kasih sayang antara kerabat dan kabilah isteri-isterinya supaya mereka memeluk Islam.
Poligami yang dilaksanakan Rasulullah sarat dengan pengajaran penting serta hikmahnya. Baginda tidak melakukannya secara sesuka hati atau tanpa pertimbangan yang wajar.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja” (Surah An-Nisa’ ayat 3).
Dalam ayat berkenaan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat wanita dengan syarat yang berat sekali iaitu mesti berlaku adil antara isterinya mengenai nafkah serta giliran.
Tetapi jika kita tidak dapat berlaku adil maka hendaklah seseorang itu beristeri seorang saja. Hikmahnya ialah orang lelaki pada zaman Nabi Muhammad bilangannya sedikit berbanding wanita disebabkan ramai yang mati dalam peperangan.
Oleh itu dibolehkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang supaya janda yang kematian suami mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya. Rasulullah cuma berkahwin dengan seorang gadis manakala yang lain semuanya janda bagi membantu kehidupan mereka.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara perempuan-perempuan itu meskipun kamu sangat ingin perempuan-perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian itu, sebab itu janganlah kamu terlalu cenderung sehingga kamu tinggalkan perempuan yang lain sebagai seorang yang tergantung. Jika kamu perbaiki (kesalahanmu) dan bertakwa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang” (Surah An-Nisaa’ ayat 129).
Poligami sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah. Ia sama juga seperti talak yang dibolehkan kerana mahu mencari jalan keluar daripada kesulitan.
Bermakna, poligami tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tetapi perlu berdasarkan nas syariat serta realiti keadaan masyarakat.
Menjadi lumrah kehidupan di dunia, tidak semestinya semuanya indah belaka tetapi Allah akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai dugaan bagi menilai kesabaran dan ketabahan hamba-Nya.
Dengan tegas diterangkan tuntutan supaya suami bersikap adil jika ingin berpoligami. Seorang suami yang sering kali sakit dan mengalami kesukaran keluar mencari rezeki sudah tentu tidak dapat menanggung isteri-isterinya.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing daripada suaminya. Dalam soal ini, suami tidak boleh mengurangi nafkah seorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sumber kewangan sendiri.
Prinsip adil tidak mengira sama ada mereka gadis atau janda, muda atau tua atau taraf pendidikan. Semuanya mempunyai hak sama rata sebagai isteri.
Adil dalam memberikan tempat tinggal dan ulama sepakat mengatakan suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal masing-masing kepada setiap isteri dan anak sesuai dengan kemampuannya.
Jangan sampai berlaku pertengkaran atau saling cemburu antara mereka. Menyusun giliran aspek yang begitu penting jika hidup berpoligami.
Isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama dengan waktu menginap di rumah isteri yang lain. Tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan hubungan seks dengan isteri semata-mata tetapi ia bermaksud menyempurnakan ikatan kasih sayang, kemesraan dan kerukunan antara suami isteri.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah ar-Ruum ayat 21).
Anak juga mempunyai hak mendapatkan perlindungan serta kasih sayang daripada ayahnya. Sebab itu disyaratkan agar setiap suami yang mahu berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak mereka yang berlainan ibu itu.
Siti ‘Aisyah r.a menerangkan, maksudnya:
Bahawa Rasulullah s.a.w selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya.
Beliau berkata dalam doanya:
“Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku.”
Peruntukan undang-undang di Malaysia tidak melarang seseorang itu berkahwin lagi tetapi dengan syarat mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah.
Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, dalam Islam lelaki yang ingin berpoligami perlu ada kemampuan dari segenap segi.
“Ia bukan dilakukan atas dasar nafsu semata-mata. Lelaki yang berhajat mengahwini lebih daripada seorang wanita perlu berkemampuan dari sudut material dan paling penting mereka memiliki asas iman jitu supaya dapat membimbing isteri-isteri mereka.
“Ada betulnya isteri tidak bersetuju suaminya berkahwin lain jika suami mereka tidak berkemampuan. Bantahan isteri itu bertujuan menyelamatkan suami daripada gagal menjalankan tanggungjawab kelak.
“Berbeza dengan suami yang mampu dalam situasi mereka tidak mampu melawan kehendak nafsunya, isteri tidak boleh membantah jika mereka ingin berpoligami kerana dibimbangi mereka terjebak dengan dosa,” katanya.
Beliau berkata, poligami adalah perkongsian hidup yang memerlukan komitmen tanpa berbelah bagi kepada setiap isteri dan anak mereka.
“Maka di sini terletaknya tanggungjawab besar dalam menyediakan peruntukan wang ringgit bagi perbelanjaan setiap isi rumah, memberikan kasih sayang sama rata serta didikan buat isteri dan anak-anak.
“Jadi amat malang sekali kepada suami yang ingin mempraktikkan poligami namun kelak amanah itu tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh,” katanya.
Mohd Zawawi berkata, antara hikmah yang terkandung dalam poligami apabila ia dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seseorang.
“Contohnya, poligami itu menjadikan seorang janda dan anak yatim hidup lebih terbela. Selepas kematian suami, sudah pasti mereka hilang tempat bergantung harap.
“Tambahan pula anak-anak masih kecil untuk ditanggung. Jadi sudah tentu kehadiran suami memberi sinar kepada mereka untuk terus menikmati kehidupan dengan lebih sempurna,” katanya.
Beliau berkata, memang dalam masyarakat kita suami yang ingin berpoligami sukar diterima wanita dan isteri menganggap kebahagiaan mereka dirampas.
“Itu sebabnya poligami dipandang serong sesetengah orang kerana golongan yang melaksanakan poligami berkenaan menunjukkan contoh tidak baik serta memberi gambaran mereka semakin bermasalah.
“Contoh yang baik pula jarang diketengahkan dalam masyarakat kita.
“Oleh itu, wanita perlu menukar persepsi bahawa suami yang berpoligami memikul pengorbanan tinggi kerana bukan mudah memperuntukkan masa serta kasih sayang sama rata antara setiap isteri dan anak-anak.
“Pada masa sama, lelaki perlu membuktikan kelayakan sebenar mereka memimpin sebuah keluarga besar yang berlandaskan prinsip adil selain ibadat mereka turut hebat.
“Itulah yang diamalkan Rasulullah antara tujuan baginda berpoligami untuk memberi perlindungan dan martabat kepada wanita,” katanya.
kredit: metro
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih infonya ToK wAN !
BalasPadamSama-sama..~
BalasPadam