Bacaan Popular

Isnin, 19 September 2011

Setiap Hari Yang Baru


Setiap hari adalah hari baru.

Jangan cemarkan hari ini dengan mengingat balik kesilapan-kesilapan lalu. Anda akan hidup di masa lalu, menjadikan Anda sukar untuk bersemangat pada hari ini. Anda terhalang mencipta kehebatan pada dari ini dan hari di masa depan.

Segala yang dah berlaku, biarkanlah berlalu. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Tetapi, Anda masih boleh mengubah hari ini dan hari di masa depan Anda. Anda masih ada peluang melakar kecemerlangan bila-bila masa pada hari ini.

Bertekadlah cemerlang hari ini. Buat yang terbaik!

Jika Anda menyediakan sarapan untuk keluarga, hasilkanlah yang terbaik.

Jika Anda menggoreng mee dan membancuh kopi untuk santapan keluarga di pagi ini, hidangkahlah mee yang paling sedap pernah Anda hasilkan.

Bukan buang tebiat, tapi untuk melatih diri Anda menghasilkan tahap terbaik dalam apa jua yang Anda lakukan, bermula dari perkara-perkara kecil dan perbuatan asas bermula dari rumah.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan