Bacaan Popular

Khamis, 1 September 2011

Berkenaan Buang Bayi


Bila difikir2 kenapa ada manusia yang sanggup bertindak sebegini? Akan keluarlah jawapan seperti saudara Mujahid di bawah. Tidak mengikut Hukum Islam.

Saya bersetuju dengan saudara Mujahid. Ada lagi jawapan yang biasa kita dengar seperti kurang didikan agama , keruntuhan institusi kekeluargaan dan yang sewaktu dengannya.

Apa yang saya nak sampaikan di sini hanyalah apa yang bermain di fikiran saya sahaja.


Sebab2 pembuangan bayi

1) Kurang didikan agama : Berapa banyak orang yang takde agama ataupun yang bukan beragama Islam membuang bayi?

2) Pelacuran : Pelacur ke yang banyak buang anak ni? Seperti kes di atas yang membuang bayi ini seorang remaja perempuan biasa.

3) Penzinaan : Saya rasa inilah yang paling banyak menyumbang kepada pembuangan bayi.



Sebut jer zina semua orang fikir ape ha? Keji ? Zina memang ditegah dalam Islam kerana hubungan seks di luar nikah? Hubungan Seks ini fitrah manusia, ade ke orang yang cakap bukanlah? Tepuk dada tanya akal, berapa ramai antara kita terutama lelaki mula berfantasi tentang hubungan seks? Berapa ramai pulak yang selalu buat 5 lwn 1? Sejak umur berapa?



Saya nak bawa anda jawapan saya :



Sebab2 pembuangan bayi.



1) Masyarakat Melayu Islam : Hipokrit … Hidup seolah2 hubungan seks itu tidak wujud. Pendidikan seks tidak diberi pada anak menyebabkan anak2 ini mengeksplorasi dengan sendiri.

2) Masyarakat Melayu Islam : Menyusahkan hubungan seks ….. Hubungan seks perlukan pernikahan. Tanya pada orang yang kahwin , berapa banyak habis? Apa pandangan masyarakat jika pasangan tu buat majlis pernikahan sahaja dengan kenduri jemput org surau jer? Ada kes anak perempuan dah keluar 3 org anak luar nikah dengan lelaki yang sama si bapa perempuan masih tidak benarkan lelaki itu mengahwini anaknya kerana kerja tak bagus. Tepuk dada tanya fikiran.

3) Masyarakat Melayu Islam : Pantang keturunan aku ade anak luar nikah……. penerimaan masyarakat terhadap anak luar nikah di Malaysia pikir2lah sendiri.

kredit: Mujahid


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan