Bacaan Popular

Ahad, 11 September 2011

15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk


Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?

Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.

1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)

2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.

3. Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)

4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)

5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).

6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).

7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).

8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).

9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).

10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)

11. Spesis nyamuk yang paling agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)

12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)

13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.

14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).

15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)



Pernahkah kita berfikir, apa gunanya Allah mencipta nyamuk, lebah dan sebagainya? Ironinya, semua ciptaanNYA pasti ada peranan tersendiri dan tidak sia-sia. Antaranya ialah:

Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan kepada kita. Sesekali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa kecil kita? Subhanallah.

Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?

Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita contohi. Kalau kita ingin ‘survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita)
rupa-rupanya nyamuk pun ada tugas yang spesifik pada pencipta. Kita?

kredit: Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan