Gambar sejadar hiasan sahaja.
Wahai anakku,
Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang.
Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang.
Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah
menarik balik kata-kata tersebut.
Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.
Wahai anakku,
Sebab itu, bila engkau marah elok kamu diam.
Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja.
Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang
kamu bertahun lamanya sehingga kamu
menyesal satu hari nanti.
Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu
tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul.
Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai
kepedihan mereka apabila mereka
mengambil keputusan
meninggalkan kamu.
Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu
untuk kegunaan di hari-hari biasa.
Senyumlah.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan