Gambar sekadar hiasan
"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dhab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga."
(HADITH RIWAYAT MUSLIM)
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari kiamat,dan barangsiapa mengadaka suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari kiamat."
(HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
JELASLAH BAHAWA MENURUT HADITH TERSEBUT ,PERKATAAN SUNNAH ITU DIERTIKAN DENGAN PERJALANAN, SAMA ADA BAIK ATAU PUN JAHAT SEBAGAIMANA YANG DIMAKSUDKAN OLEH BAHASA.
SUNNAH MENGIKUT ISTILAH AL HADITH IALAH: SEGALA YANG DIPINDAHKAN DARI NABI SAW BAIK YANG MERUPAKAN PERKATAAN, PERBUATAN MAHUPUN YANG MERUPAKAN TAQRIR, SEBELUM NABI DIBANGKITKAN MENJADI RASUL MAHUPUN SESUDAHNYA. KEBANYAKKAN AHLI HADITH MENETAPKAN BAHAWA PENGERTIAAN YANG DEMIKIAN SAMA DENGAN PENGERTIAN HADITH.
SUNNAH MENURUT PENGERTIAN DAN ISTILAH AHLI USUL IALAH: SEGALA YANG DIPINDAHKAN DARI NABI SAW SAMA ADA PERKATAANNYA DAN PERBUATANNYA, MAHUPUN TAQRIRNYA YANG BERSANGKUTAN DENGAN HUKUM.INILAH PENGERTIAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDANYA INI:
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya:iaitu kitab allah dan sunnah rasul-nya."
(HADITH RIWAYAT MALIK)
1.CONTOH SUNNAH (HADITH) PERKATAAN IALAH: RIWAYAT BUKHARI, MUSLIM DAN SEKELIAN ULAMA HADITH. "Segala amal itu dengan niat."
2.CONTOH SUNNAH (HADITH) PERBUATAN IALAH : RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM. "Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."
3.CONTOH SUNNAH(TAQRIR) IALAH;
a) Nabi s.a.w. membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya.
b) Menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
CONTOH YANG PERTAMA IALAH SEBAGAIMANA NABI MEMBENARKAN IJTIHAD PARA SAHABAT MENGENAI URUSAN SEMBAHYANG ASAR DI BANI QURAIZAH DENGAN SABDANYA :
"Janganlah bersembahyang seorang kamu melainkan di bani quraizah."-RIWAYAT BUKHARI.
SEBAHAGIAN SAHABAT MEMAHAMKAN PERKATAAN ITU MENURUT HAKIKAT LARANGANNYA LALU MENTAKHIRKAN SEMBAHYANG ASAR ITU SAMPAI SELEPAS MAGHRIB. DAN ADA SEBAHAGIAN YANG LAIN TIDAK MEMAHAMKAN DEMIKIAN. MEREKA MEMAHAMKAN BAHAWA YANG DIMAKSUDKAN NABI BERCEPAT-CEPAT PERGI KE BANI QURAIZAH, KERANA ITU MEREKA MENGERJAKAN SEMBAHYANG ASAR PADA WAKTUNYA SEBELUM TIBA KE BANI QURAIZAH.
KEDUA-DUA PERBUATAN SAHABAT YANG BERLAINAN OLEH IJTIHAD* SAMPAI KEPADA NABI BERITANYA, DAN NABI TINGGAL BERDIAM DIRI TIDAK MEMBANTAH APA-APA.
(*ijtihad ialah menggunakan seluruh kesanggupan untuk mengeluarkan atau menetapkan hukum.)
CONTOH YANG KEDUA SEBAGAIMANA YANG DIRIWAYATKAN BAHAWA BAHAWA KHALID BIN WALID PERNAH MEMAKAN DHAB (SERUPA BIAWAK) KEMUDIAN DIKEMUKAKAN ORANG KEPADA NABI. NABI SENDIRI ENGGAN MEMAKANNYA, MAKA BERTANYA SEBAHAGIAN SAHABAT:
"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu Baginda s.a.w. bersabda tidak, cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."
SELANJUTNYA PERNAH JUGA DINAMAKAN SUNNAH ITU SUATU YANG DITUNJUKI OLEH DALIL SYARAK, BAIK BERDASARKAN DALIL QURAN ATAU PUN BERDASARKAN HADITH, MAHU PUN BERDASARKAN IJTIHAD PARA SAHABAT, SEPERTI MENGUMPULKAN MASHAF (QURAN) DAN MENYURUH MANUSIA MEMBACA MENURUT SUHUF UTHMAN DAN SEPERTI MEMBUKUKAN ILMU (MENYUSUN DAN MENGARANGNYA).
LAWAN BAGI SUNNAH IALAH BIDAAH. INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH HADITH:
"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk sesudahku."
SEMENTARA ITU ULAMA FIQH BERPENDAPAT BAHAWA SUATU YANG DITERIMA DARI NABI DENGAN TIDAK DIFARDHUKAN DAN TIDAK DIWAJIBKAN DINAMAKAN SUNNNAH. IMBANGANNYA IALAH WAJIB, HARAM, MAKRUH DAN MUBAH. LAWANNYA IALAH BIDAAH. TALAK YANG DIJATUHKAN DALAM HAID MENURUT MEREKA DINAMAKAN TALAK BIDAAH.
IMAM SYAFIE MENGATAKAN BAHAWA SUNNAH ITU IALAH SESUATU YANG DIPAHALAI ORANG YANG MENGERJAKANNYA, TIDAK DISIKSAI ORANG YANG MENINGGALKANNYA*.
(*menurut ulama mazhab hanafi sunnah itu ialah sesuatu yang disunnahkan Nabi s,a,w, atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya seperti azan dan berjamaah)
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan