Bacaan Popular

Ahad, 11 Ogos 2013

Rahsia Kokok Ayam Jantan



"Jika anda mendengar kokokan ayam... mohonlah kepada Allah s w.t. atas kurniaNya kerana ketika itu... ayam itu sedang melihat malaikat dan bila anda mendengar rengekan suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah s.w.t. ... kerana ketika itu keldai itu sedang melihat syaitan" - HR Bukhari.

Dan...ada satu lagi yang disebut oleh Abu Daud...

"Ketika anda mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta kepada Allah s.w.t. kerana mereka nampak apa yang manusia tidak nampak".

Perkara ini adalah tidak mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah s.w.t. untuk memperlihatkan kekuasaan dengan kebesaranNya... didalam alam ini tidak semua yang boleh nampak dengan mata kasar manusia.

Ada 3 ekor haiwan yang disebut oleh hadis tersebut iaitu yang pertama ayam dan keldai... manakala hadis berikutnya pula menyebut anjing... kenapa ketiga-tiga disebut oleh Rasulullah s.a.w. dan ketika itu juga kita dianjurkan agar meminta DOA kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w. menyebut ayam jantan dan fitrahnya bahawa seluruh dunia mengetahui ayam akan mula berkokok menjelang dinihari... pada kebiasaannya kokokan itu saling bersahut-sahutan dari pukul 2 pagi sehingga matahari terbit... pada masa ini malaikat sentiasa berada dibumi dan pada waktu itu untuk mengaminkan DOA kita.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim...dari Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama". Lalu Allah berfirman: "Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya. Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia. Dan siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar".

Dalam hadis lain juga... "Siapa yang diantara kalian yang khuatir tidak mampu bangun malam, hendaklah ia witir dan baru kemudian tidur. Dan siapa yang yakin akan terbangun diakhir malam hendaklah ia witir diakhir malam, kerana bacaan di akhir malam dihadiri oleh para malaikat kerana itu adalah paling utama" - HR Muslim.

Menurut hadis itu jelas bahawa lewat sepertiga malam itu adalah saatnya malaikat berada dibumi... namun bukan bermaksud pada waktu lain malaikat tidak ada dibumi.

Dalam hadis lain juga ada disebutkan..."Sesungguhnya ada malaikat yang sentiasa bersama-sama kamu dan tidak pernah meninggalkan kamu melainkan ketika membuang air dan berjimak. Oleh itu hendaklah kamu malu kepada mereka dan muliakanlah mereka".

"Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling-keliling di jalan-jalan dan mencari-cari majlis zikir" - HR Bukhari.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan