Kajian mendapati bahawa perkahwinan mendorong seseorang itu untuk hidup, baik dari golongan lelaki mahupun wanita.
"Itulah perbezaan yang amat ketara buat mereka yang berstatus bujang terhadap kadar untuk meneruskan kehidupan, iaitu tempoh pemulihan setelah pembedahan yang merupakan saat paling kritikal buat mereka," kata Ellen Idler, seorang ahli sosiologi di Universiti Emory dan pengarang utama bagi kajian tersebut.
Dalam kajian itu, para penyelidik menemuramah 500 pesakit sebelum mereka menjalani pembedahan pintasan koronari kecemasan atau elektif. Kemudian, mereka menganalisis jawapan pesakit menerusi data meneruskan kehidupan yang diperolehi dari Indeks Kematian Kebangsaan.
Apa yang menyedihkan bagi golongan bujang adalah kajian mendapati bahawa kadar untuk bertahan setelah pembedahan jantung agak suram berbanding dengan pesakit yang sudah berkahwin. Di kalangan pesakit yang dapat bertahan, kira-kira 71% pesakit bujang lebih cenderung untuk mati dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Kesan Pelukan Suami Isteri
Malah kebanyakan saintis berpendapat bahawa hubungan suami isteri yang banyak melibatkan sentuhan dan pelukan membantu mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti kortisol dan adrenalin. Hormon oksitosin turut dikeluarkan ketika berpelukan, yang mana hormone tersebut berperanan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan tekanan.
Selain itu, kelanjar di otak juga akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamin yang memberikan rasa tenang dan tenteram serta mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, dan seterusnya mengurangkan risiko seseorang dari mengalami penyakit jantung.
Takut Bercerai Punca Terus Membujang?
Sekalipun secara sahihnya tidak dapat menentukan mengapa orang yang berkahwin dapat bertahan hidup lebih lama, para penyelidik telah mendedahkannya menerusi wawancara yang dibuat bersama pesakit. "Para pesakit yang berkahwin mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap pembedahan, berbanding dengan pesakit bujang. Apabila ditanya sama ada mereka mampu untuk menghadapi kesakitan dan ketidakselesaan atau mengatasi kebimbangan terhadap pembedahan, ternyata pesakit yang mempunyai pasangan lebih cenderung untuk mengatakan, ya," ujar Idler.
Namun, kebahagiaan bukanlah ramalan untuk terus hidup. Para penyelidik juga mendapati bahawa kadar merokok amat berbeza antara bujang dan orang yang berkahwin. Sejarah merokok turut diambil kira. Secara keseluruhannya, mereka yang berkahwin adalah kurang cenderung untuk merokok berbanding rakan-rakannya yang bujang. Ini menunjukkan bahawa pasangan hidup memberi kesan terhadap tabiat merokok seterusnya kesihatan jangka masa panjang.
Rata-rata pasangan pasti akan mengingatkan agar mengambil ubat seperti yang telah ditetapkan selain mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Menurut Richard Contrada, salah seorang penulis kajian dan profesor psikologi di Universiti Rutgers, perkahwinan boleh memberi manfaat agar bertahan pada jangka masa panjang kerana pasangan sering melengkapi antara satu sama lain dengan sokongan sosial apabila menghadapi tekanan, "Perkahwinan boleh meningkatkan kesihatan apabila berkongsi rasa. Sekalipun tidak memahami, tetapi ia mampu melibatkan emosi secara fizikalnya dengan menggengam tangan atau berpelukan dan menyentuh, serta berkongsi dari segi mental dan tingkah laku."
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan