Salah satu dari 5 amal masjid adalah menghidupkan ta’alim fadha’il di masjid / surau dan juga di rumah pada setiap hari.
Berdasarkan kisah para Sahabat Radhiallahu ‘anhum, apabila Baginda Nabi S.A.W menyampaikan firman Allah Taala dan juga sabdaan Baginda, maka mereka akan berada disamping baginda dan mendengar dengan penuh tawajuh.
Pada kebiasaannya Baginda S.A.W akan mengulangi sabdaan Baginda sebanyak 3 kali dan setiap apa yang disabdakan oleh Baginda S.A.W akan terus dapat diingati oleh para Sahabat r.’anhum di Masjid Nabi. (Ta’alim Masjid)
Para sahabat r.’anhum pula akan kembali ke rumah dan menyampaikan sabdaan Baginda S.A.W. kepada isteri dan juga anak-anak mereka yang sentiasa menunggu-nunggu wahyu dari langit dan sabdaan Baginda Nabi S.A.W untuk mereka amalkan. (Ta’alim Rumah)
Persoalannya, bagaimana kita boleh menghidupkan kembali amalan para sahabat yang kebanyakan orang mengatakan amalan taalim rumah ini bidaah? Kerana pada pengetahuan mereka Nabi SAW tidak pernah buat di rumah Baginda sendiri.
Jika diteliti, pada hari ini terdapat banyak riwayat hadith dari A’isyah R.anha. Maka sudah semestinya Nabi SAW telah mengajarkan kepada isteri kesayangannya di rumah. Kerana kita tidak faham akan sirah Nabi SAW, maka kita terus menghukum bidaah. Minta ampun dan perlindungan dari Allah Taala.
Taalim Masjid pula berdasarkan ramai periwayat-periwayat hadith terutama Abu Hurairah R.anhu yang dapat meriwayatkan beribu hadith. Jika tiada sesi taalim di Masjid Nabawi, bagaimana beliau boleh meriwayatkan beribu hadith jika Nabi SAW tidak mengajarkan wahyu dan hadith di Masjid Nabawi?
Oleh kerana kelemahan kita pada hari ini, kekuatan ingatan kita tidak begitu kuat walau kita telah mendengar sabdaan Baginda S.A.W berkali-kali.
Oleh yang demikian, berkat kesungguhan Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi rah., beberapa kitab tentang kelebihan amal telah dikarang dan disusun untuk kita orang ‘ajam (bukan arab).
Hasil pengorbanan Maulana Zakariyya rah., terdapat kitab yang dapat diterbitkan:
Fadhilat Solat
Fadhilat Al-Quran
Fadhilat Zikir
Fadhilat Tabligh
Fadhilat Ramadhan (Dibaca sebelum dan semasa Ramadhan)
Fadhilat Haji
Fadhilat Sedekah (Dibaca secara infiradi atau sendiri)
Kisah Para Sahabat
Bagi orang arab, buku taalim kitab Riadhus Shalihin karangan Imam Nawawi dijadikan kitab kelebihan amal untuk mereka.
Video di bawah adalah sebagai kupasan ulama bahawa karangan Maulana Zakariyya rah. boleh dibaca oleh orang Islam bukan arab (‘ajam).
Maka, saya ingin pesan pada diri saya dan semua umat Muhammad SAW hingga kiamat, bahawa hindarkan diri kita dari bercakaran dalam hal uslub yang tidak mendatangkan kebaikan malah keburukan yang akan kita dapat.
Jika kita kata amalan ini bidaah, cuba kita semak diri kita sendiri, amalan makan hingga kenyang adalah bidaah, memakai pakaian hingga melepasi tumit kaki bagi lelaki adalah bidaah, tidak menutup kepala adalah bidaah, menyimpan misai adalah bidaah, membuang janggut adalah bidaah, makan menggunakan meja adalah bidaah, etc., etc. dan banyak lagi.
Pada hari ini, himpunan kitab-kitab Fadhilat Amal telah dapat disatukan menjadi satu kitab dan boleh didapati dikedai-kedai buku orang Islam.
Semoga Allah beri saya dan tuan-tuan taufik untuk kita amal dan sampaikan.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Kih kih kih 10% pun okey lah. Alhamdulillah..~
BalasPadamDi manakah boleh dapatkan buku fadhilat amal ini,jika boleh sila sertakan link ataupun num contact.sekian terima kasih
BalasPadamBuku fadhilat solat saya dah upload di scribd.dalam bentuk pdf.untuk kitab fadhilat amal dalam bentuk pdf sudah separuh jalan.boleh download secara percuma di http://www.scribd.com/doc/88477579 buku asli fazilat solat.insyaallah.
BalasPadamKami jemaah masturat malaysia tengah bergerak di atlanta georgia..making efforts on burmese refugees yang dah jadi warga US..they talk malay..and eager to read daily taklim in their house..unfortunatelly tiada buku taklim bahasa melayu ..so were gonna try to print it..anyway jazzakallah
BalasPadamAssalamualaikum nak tanya mana boleh dapat buku ni
BalasPadamAssalam
BalasPadamPaling mudah dapatkn di masjid tabligh sri petaling insyaAllah ada.
Terbaik..
BalasPadam