Bacaan Popular

Selasa, 11 September 2012

Al Quran Sebagai Jalan Keluar Dari Fitnah


Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma meriwayatkan, "Hazrat Jibril a.s. telah turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa banyak fitnah (huru-hara) akan pasti berlaku. Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibril?" Jibril a.s. menjawab. "Kitab Allah s.w.t."
(Hadith riwayat Razain demikian dinyatakan dalam kitab Rahmatul Muhdat)

Beramal dengan al Quran adalah penjamin keselamatan daripada segala fitnah. Keberkatan daripada membacanya juga menjadi sebab kelepasan daripada fitnah. Telah disebut pada hadith ke dua puluh dua, jikalau al Quran dibacakan di dalam rumah, ketenangan dan rahmat akan turun ke dalam rumah tersebut dan syaitan-syaitan akan meninggalkan rumah itu.

Para ulama menyatakan yang dimaksudkan dengan 'fitnah' itu ialah kedatangan Dajjal, pencerobohan orang Tatar dan peristiwa-peristiwa yang seumpama itu. Satu riwayat yang panjang daripada Hazrat 'Ali r.a. juga memaksudkan kanduingan hadith ini.

Dalam riwayat Hazrat 'Ali r.a. itu terdapat kenyataan bahawa Hazrat Yahya a.s. memberitahu kepada Bani Israel, "Allah s.w.t. telah memerintahkan kamu membaca kitabNya. Bandingannya adalah seumpama satu golongan yang berlindung daripada serangan musuh di dalam sebuah kota. dari arah mana pun musuh datang menyerang, mereka mendapati dari arah itu terdapat kalimat Allah s.w.t. sebagai pengawal yang menolak kemaraan mereka"

kredit: Fadhilat Amal


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan