Bacaan Popular

Ahad, 15 April 2012

Tsunami Pun Tak Jadi


Mendengar berita jam 8 malam 11..4.2012 (hari pertabalan Yang Dipertuan Agong dan Gempa bumi di Sumatera) baru rasa lega. Apa tidaknya bila melihat ada amaran dari Pusat Amaran Tsunami Rantau Pasifik mengatakan akan berlaku tsunami dengan ombak yang sangat laju. Ramalan juga menyatakan kawasan pantai Semenanjung Malaysia akan kena tsunami tersebut. Amaran ditarik balik, tak jadi tsunami.


Kenapa tak jadi tsunami ?

Yang pertama nak sentuh ialah Firman Allah ta'ala dalam al Quran (tak ingat surah yang mana satu, tapi maksudnya lebih kurang Allah swt menguji manusia dengan doz yang sesuai dengan fizikal manusia itu.

Yang kedua agaknya doa orang Mukmin dari seluruh pelusuk dunia telah meminta perlindungan kepada Allah swt waktu itu. Minta supaya tiada tsunami. Kalau ada bermakna luka baru tersayat diatas luka lama. Memang aku pernah dengar 'Senjata orang Mukmin ialah doa'. Alhamdulillah... Tuhan telah memakbulkan doa kita semua.

Tapi kalau dilihat seimbas lalu keadaan di Acheh juga jauh berubah dari sebelum 2004, sebelum tsunami yang pertama. Pihak pemerintah di Acheh Nagara telah memperhebat operasi menghapuskan maksiat termasuk operasi menahan dan memberi hukuman kepada orang yang berpakaian tidak menutup aurat dengan betul.

Gambar diatas menjelaskan kepada kita di Malaysia bagaimana Pasukan Penguatkuasa disana menahan sesiapa saja dijalan raya dan didalam bandar Banda Acheh. Itulah perintah Allah swt yang telah mereka laksanakan disana.

Berita terbaru ialah melarang menjual pakaian perempuan yang ketat, skirt, pakaian jarang, pakaian singkat dan beberapa jenis lagi pakaian yang mendedahkan aurat kaum wanita disana. Memakai atau menjualnya juga akan dikenakan denda. Jadi ianya seolah-olah dadah yang diharamkan di Malaysia, menyimpan salah, membawa pun salah, meenagihnya pun salah apalagi menjualnya.

Agaknya undang-undang atau 'Enekmen' (Enekmen Keluarga Islam) jenis ini bila pulak nak diperkenalkan di Malaysia seterusnya dikuatkuasakan. Jikalau kita lambat membuat undang-undang sebegini pasti kita menempa Kemurkaan Allah swt, kerana ini semua adalah perintah dariNya.

Kita masih tidak berkuasa melarang wanita-wanita kita berpakaian seperti lelaki atau berpakaian seksi atau berpakaian tetapi masih bertelanjang. Kita masih belum mampu menegur wanita kita yang memakai tudung dikepala namun masih bertelanjang pada bahagian yang lain. Disekolah kita sudah menetapkan bahawa labuh baju bagi pelajar perempuan ialah sehingga menutup paras ponggong, sementara labuh tudong pula sehingga menutup bahagian dada, tapi selepas tamat sekolah atau waktu persekolahan mereka tidak bertudong lagi bahkan kalaau bertudong pun berleluasa pula mendedahkan aurat di bahagian yang lain.

Kekadang aku merasa takut, takut sekiranya Allah menurunkan balasan diatas kedegilan mereka itu. Kerana lazimnya jika berlaku KemurkaanNya pasti anak kecil yang belum melakukan apa-apa dosa akan merasai sama, akan ditimpakan apa yang orang lain ditimpakan.

barangkali sudah sampai masanya kita di Malaysia mencontohi Acheh Nagara kerana itu contoh yang baik lagipun ianya adalah perintah dari Allah swt dalam al Quran. Duli Yang Mulia Yang Di Pertuan Agong pun tak boleh nak kata tidak sebab Kebawah Duli Tuaanku sendiri mengangkat sumpah jawatan guna al Quran juga. Ahli Parlimen dah tentu kena ikut sebab pembukaan penggal persidangan Dewan Parlimen pun bawa masuk Al Quran dulu baru titah ucapan perasmian oleh Duli Tuanku.

Mudah2an suatu hari nanti kita dapat berubah...Subhanallah...


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan