Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Isnin, 2 April 2012
Puak Khawarij Moden
Dalam sejarah, Puak Khawarij adalah asalnya sekumpulan orang Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali Abu Talib tetapi kemudian menolak kepimipinannya. Maka boleh lah kita mengambil pengertian bahawa maksud khawarij ialah : kumpulan orang Muslim yang keluar dan mengistiharkan penentangan terhadap penguasa atau pemerintah Muslim yang dulunya mereka sokong dengan melabelkan diri mereka lebih Islamik. (Namun pengertian ini mungkin tidak tepat kerana ada bermacam tafsiran lagi yang boleh di dapati dalam kitab kitab, buku dan kamus). Saya guna istilah tersebut untuk mempermudahkan fahaman pembaca.
Ulama dan kerajaan negara Islam hari ini melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan "Khawarij Moden" kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui Takfir.
*(Takfir atau Takfeer adalah amalan mengkafirkan atau memurtadkan seseorang atau kumpulan orang Islam. Pengistiharan takfir dibuat hanya jika seseorang Muslim itu mengisytiharkan dirinya sebagai kafir, tetapi lazimnya berlaku apabila tindakan atau kenyataan individu / kumpulan terbabit menunjukkan secara terang-terangan meninggalkan ajaran Islam. Hukum bagi mereka yang meninggalkan Islam atau murtad, mengikut tafsiran adalah bunuh. Bagaimanapun, syarat-syarat menjatuhkan hukuman takfir sangat ketat selalunya memerlukan bukti yang kukuh, dan mahkamah atau seorang alim untuk mengjatuhkan hukum takfir ke atas individu atau kumpulan terbabit).
Puak Khawarij di anggap tersesat dari ajaran Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Walaupun pada zahirnya mereka kelihatan hebat dalam pengamalan beragama.
HADIS TENTANG KHAWARIJ.
Kata Abu Said al-Khudriyy r.a.:
Maksudnya: “Ali r.a. telah menghantar ketulan emas yang belum dibersihkan dari tanah, hasil kemenanganya dari Yaman kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda membahagikannya kepada al-Aqra Ibn Habis al-Hanzaliyy, Uyainah Ibn Badr al-Fazariyy, Alqamah Ibn Ulathah al-Amiriyy dan Zaid at-Taiyy. Tetapi pembahagian itu telah membangkitkan kemarahan Quraisy kerana mereka menganggap Baginda s.a.w. lebih mengutamakan pembesar-pembesar Najd daripada mereka. Mengetahui hal itu, Baginda s.a.w. menegur mereka:
“Kenapa kamu tidak mempercayai kejujuranku, sedangkan aku adalah pemegang amanah (agama) bagi pihak langit, wahyu datang kepadaku pagi dan petang, sesungguhnya hanya sanya aku lakukan itu untuk menjinakkan (hati) mereka".
Tiba-tiba bangun seorang lelaki dari Bani Tamim yang dikenali sebagai Zu al-Khuwaisirah, berjanggut lebat, bertulang pipi tinggi, bermata dalam, berdahi nonjol, berkepala botak, berkain singkat, seraya berkata: “Bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Muhammad!’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Celakalah kamu! Bukankah aku orang yang paling berhak untuk bertaqwa? Siapakah lagi yang taat kepada Allah jika aku menderhakaiNya? Kenapa Dia boleh mempercayaiku atas sekelian penduduk bumi sedangkan kamu tidak percaya kepadaku, siapakah lagi yang adil jika aku tidak adil, sesungguhnya rugilah aku jika aku tidak berlaku adil?"
Kemudian lelaki itupun beredar dan Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) r.a. berkata: “Izinkan aku memenggal lehernya”. Baginda s.a.w. menjawab:
“Jangan, boleh jadi dia bersolat, minta dilindungi Allah daripada orang bercakap-cakap bahawa aku telah membunuh sahabatku, biarkan dia kerana dia ada pengikut”.
Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) r.a. berkata: “Berapa ramai orang bersolat tetapi dia bercakap apa yang tidak dicakap oleh hatinya? Baginda s.a.w. menjawab:
“Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk membelah perut manusia dan menebuk hati mereka".
Kemudian Baginda s.a.w. memandang kepada lelaki yang sedang beredar itu seraya bersabda;
“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), baca'an quran, solat dan puasa kamu tidak setanding baca'an, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. pada Hari Kiamat. Petanda hal itu ialah di kalangan mereka ada seorang lelaki hitam bertangan pendek tanpa lengan, di hujung labu lengannya terdapat lebihan daging seperti payu dara perempuan yang ada beberapa helai bulu putih dan bergerak-gerak. Tanda pengenalan mereka ialah at-tahliq (bercukur kepala), mereka adalah sejahat-jahat makhluk, mereka akan diperangi oleh salah satu daripada dua kumpulan yang lebih dekat kepada kebenaran. Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”.
Kata Ali r.a: “Jika tidak kerana bimbangkan kamu mengurangkan amalan, nescaya aku akan beritahu apa (ganjaran) yang Allah telah janjikan untuk orang yang memerangi mereka melalui lidah Nabi Muhammad s.a.w.”. Kata Abu Sa’id r.a: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku mendengar (hadith) ini daripada Rasulullah s.a.w. dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku bersama (Khalifah) Ali Ibn Abi Talib r.a. telah membunuh mereka, lalu beliau perintahkan agar dicari (mayat) lelaki tersebut sehingga ia djumpai dan dibawa kepadanya, sesungguhnya aku telah melihat tanda-tandanya betul sebagaimana yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w.”.
Di sini saya bentangkan di antara ciri ciri Puak Khawarij Moden.
Kelompok khawarij moden telah berkembang pesat ke bahagian besar negara negara Islam seluruh dunia samada secara individu, kelompok, kumpulan atau jema'ah (samada di sedari atau tidak).
Sifat Khawarij yang paling keji ialah mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan fahaman kelompoknya.
Khawarij gemar mencabar secara egois, emosional, sentimen dan menyerang pemerintah (kerajaan) Islam serta penyokongnya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis lemah dan palsu serta memberi fatwa yang keliru untuk mengaburi fikiran masyarakat Islam.
Mereka pakar spin, memutar-belit, mentakwil, merubah maksud atau menyelewengkan tafsiran Al-Quran mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka demi mencapai matlamat iaitu untuk memenuhi selera dan kepentingan mereka.
Mereka gemar menghalalkan cara.
Mereka pakar menyelindung kebatilan dengan kebenaran.
Mereka mengaburi masyarakat dengan slogan dan gelaran indah, seperti gelaran yang arif, ulama, mursyid dan al-allamah al-muhaddith (ulama hadith) bagi Tok Tok guru atau pemimpin mereka saperti yang berlaku dalam kumpulan Ahbash di Lubnan.
*(Kemunculan kumpulan Ahbash di Lubnan ketika negara itu berada dalam konflik perang saudara sama seperti puak Khawarij dahulu yang muncul ketika umat Islam berpecah belah. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):
“Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah”.
Sebagaimana puak Khawarij mengambil kesempatan untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika keadaan umat Islam di zaman khalifah Ali r.a. berpecah belah, maka demikianlah juga kumpulan Ahbash mengambil peluang untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika Negara Lubnan berada dalam keadaan huru-hara akibat perang saudara).
Mereka gemar di gelar al-Muhakkimah misalnya. Diberi kerana slogan yang sering mereka laungkan ialah ‘tiada hukum melainkan bagi Allah’, kononnya hanya mereka sahaja yang berhukum dengan hukum Allah. Hakikatnya semua itu hanyalah gimik yang bertujuan untuk mengaburi kebatilan yang mereka lakukan terhadap umat Islam.
Perbuatan mereka yang buruk dan keji itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w.,
“Adapun sesudah itu: Sesungguhnya kamu akan melihat sikap (ahli bid’ah) yang suka menyalahkan orang lain, maka bersabarlah sampai kamu berjumpa dengan aku.” (Hadis sahih dalam As-Sunan Ibn Abi ‘Asim. No. 1102).
Khawarij mudah menimbulkan kekecohan, malah suka melakukan demonstrasi dan pemberontakan.
Ingatlah! Pemberontakan terhadap pemimpin Islam adalah ditegah oleh para Salaf as-Soleh. Abu Al-Haris Ahmad bin Muhammad As-Saigh berkata, “Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hambal) mengingkari memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: Aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahkannya.” (As-Sunnah, hlm. 89. Hadis Riwayat Abu Bakar Al-Khallal dengan sanadnya yang sahih).
Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, “Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka.” (Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).
Atas dasar inilah golongan Khawarij menghukum kafir bagi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud.
Mereka gemar menghina dan menjatuhkan maruah para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.
Dan Khawarij menghalalkan pemberontakan terhadap penguasa yang melakukan dosa besar.
Mereka gemar bertakalluf. Takalluf bermaksud menimbulkan persoalan yang remeh temeh dan tidak perlu.
Banyak lagi ciri ciri Khawarij moden yang tak sempat saya paparkan di sini.
Kesimpulannya:
Berdasarkan fakta-fakta di atas, maka dapat disimpulkan bahawa sesiapa sahaja individu atau kumpulan yang mempunyai ciri dan sifat seperti khawarij, maka dialah yang layak untuk digelar khawarij moden.
Demikian juga sebarang perkumpulan yang memiliki dasar dan pegangan yang sama dengan dasar dan pegangan khawarij, maka merekalah yang layak untuk digelar puak khawarij moden.
Semakin banyak aspek persamaan, maka semakin dekatlah mereka dengan golongan tersebut. Meskipun mereka juga tidak pernah mengaku mereka khawarij, namun jika ideologi dan cirinya sama, maka mereka tetap khawarij.
Ya, mereka adalah khawarij dari segi amalan dan pegangan, meskipun mereka bukan khawarij dari segi nama. Nama khawarij tentu tidak wujud pada mana-mana jama'ah pada hari ini, kerana tiada sesiapa pun yang begitu bodoh untuk memakai nama kumpulan yang telah disepakati sebagai sesat. Tetapi amalan dan pegangan khawarij mungkin wujud sama ada dalam konteks individu atau kumpulan. Justeru, tulisan ini mengajak pembaca sekelian supaya bermuhasabah agar kita dapat menjauhkan diri, keluarga dan masyarakat daripada terpalit dengan sebarang ciri dan ideologi khawarij yang sesat dan menyesatkan itu.
kredit: Amri el Wahab
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan