Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 14 April 2012
Fadzilat Solat Berjemaah
Pada satu hari saya berjumpa dengen sahabat lama. Sahabat dari sekolah rendah lagi. Beliau datang dan kami minum di sebuah kedai mamak. Kami berbicara tentang agama dan beribadah. Bagaimana mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Saya terdetik bersyukur kerana beliau agak banyak ilmu tentang islam dan saya jangkakan beliau mengikuti tabligh. Alhamdulillah....bagi saya inilah ilmu Allah SWT. Allah SWT membuka hati sahabat saya untuk mengajak minum dan sanggup datang dari subang ke Cheras untuk berbual. Pada saya itu ilmu yang Allah SWT nak sampaikan kepada saya melalui perantaranya sahabat saya itu, dan pahala juga untuk sahabat saya itu. Di sini saya bercerita satu daripada isi penceritaan kami iaitu solat berjemaah.
Di dalam Islam, Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya menjaga solat. Bukan menunaikan solat. Namun menunaikan solat itu bukanlah haram. Apa itu menjaga solat? apa itu pula menunaikan solat? Menunaikan solat bermaksud kita bersolat. Contoh solat zohor, kita solat jam 2pm...3pm...3.37pm..4pm...itu menunaikan solat. Bagaimana menjaga solat? Menjaga solat ialah solat tepat pada waktunya dan berjemaah. Sebaiknya dimasjid atau surau.
Rasulullah SAW bersabda : " Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat."
Sesungguhnya solat berjemaah ini besar pahalanya, sesuai untuk kita mendapat dan mengumpulkan banyak pahala memandangkan kita tidak mengetahui tarikh sebenar bila malaikat maut akan datang menjenguk kita, juga telah berkata Usman ra dalam satu hadis marfu', " Siapa solat Isya' berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat Subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam." Rasulullah SAW bersabda : " Siapa solat berjemaah sesungguhnya dia telah memenuhi lautannya dengan ibadah "
Begitulah besarnya pahala berjemaah. Tetapi agak sukar orang zaman sekarang untuk buka langkah, berjalan menuju ke masjid dengan tujuan berjemaah.
Hatim mengatakan, " Suatu ketika aku tertinggal solat berjemaah. Selepas itu hanya Abu Ishaq sahaja yang bertakziah kepadaku. Namun jika anakku mati, tentu lebih 10 ribu orang yang bertakziah kepadaku. kerana orang menganggap lebih ringan terhadap musibah agama daripada musibah dunia"
Kebesaran dan kehebatan solat berjemaah pada Allah SWT ditunjukkan lagi melalui sabda Rasulullah SAW, " Siapa solat berjemaah 40 hari berturut2 iaitu takbiratul ihram bersama imam, Allah menuliskan untuknya 2 kebebasan. Bebas dari kemunafikan dan bebas dari Neraka."
Dan dikatakan, " Pada hari kiamat, suatu kaum dihimpunkan, wajah mereka bagai bintang. Maka Malaikat bertanya padanya, " Apa yg kau amalkan?" Mereka berkata " Manakala kami mendengar azan, segera berwudhuk dan tidak lagi membuat perkara lain.". Sekelompok lagi dihimpunkan dengan wajah bagai bulan. Mereka setelah ditanya mereka berkata, " Kami telah berwudhuk sebelum masuk waktu." Kemudian yang lain lagi dengan wajah bagaikan matahari. Mereka berkata," Sewaktu mendengar azan, kami telah berada di masjid".
Oleh itu saya berharap kepada diri saya dan kita semua agar dapat memenuhi masjid untuk berjemaah. Saya terbayang alangkah baiknya jika jema'ah waktu solat zohor, asar dan lain2 seperti jema'ah solat jumaat...Subhanallah....saya ada terdengar ceramah seprang ustaz dan juga satu ustaz yang lain di masjid yang menyampaikan tajuk sebab Allah akan turunnya bala...kata ustaz tersebut sepatutnya kita sudah lama diturunkan bala, tetapi mungkin disebabkan beberapa kerat yang masih mencintai masjid dan berjemaah di masjid, Allah SWT tangguhkan..Allahualam....kerana lain2 sebab sudah banyak terdapat di negara kita ini seperti derhaka kepada ibubapa, mengutamakan sahabat daripada bapa sendiri, zakat perlu dituntut, amanah digunakan untuk kekayaan dll....semoga Allah SWT memberkati kita. Saya juga teringat 11 tahun lepas di mana saya ke umrah. Saya suka melihat peniaga2 di mekah di mana azan dibunyikan, mereka segera menutup bahan jualan dengan kain2 dan bergegas ke masjid untuk berjemaah. Alangkah baiknya sekiranya kita juga dapat mencontohi mereka.
Jelas disini betapa besarnya pahala solat berjema'ah dan tepat waktunya. Jadi ini adalah peluang bagi kita. Peluang yang amat senang direbut untuk mengumpul bekalan akhirat. Saya sentiasa mengingatkan diri saya dan berharap kita semua boleh amalkan. Saya selalu ingat bila saya akan mati. Mungkin esok, adakah amalan dan pahala dikumpulkan sudah cukup untuk diletakkan di atas neraca Mizan? Sebagaimana sabda Rasulullah SAW," Banyak-banyaklah mengingati mati. Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia."
kredit: saiful gomez
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan