Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Sabtu, 7 April 2012
Nasihat Imam Ghazali R.T. Berkenaan Waktu
Disebutkan dalam satu hadits Rasulullah s.a.w. bahawa ada dua bentuk ni'mat yang diabaikan oleh kebanyakan manusia; ya'ni ni'mat pada masa lapang dan ni'mat kesihatan.
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Didoakan agar semua para pembaca dan penulis sendiri sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sejahtera. Insya Allah pada kali ini, perbincangan kita akan sekali lagi berbicara soal waktu. Perbincangan kali ini akan mengambil penulisan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahullahu ta'ala yang dipetik daripada kitab "ايها الولد" (Ayyuhal Walad - Wahai Anakku) yang diterjemahkan oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.
Saya mula berkenalan dengan kitab ini ketika berada di alam sekolah menengah apabila terlihat sahabat seperjuangan sedang membacanya. Pada pendapat saya, kitab Ayyuhal Walad ini sudah menjadi bahan bacaan yang sudah biasa di Maktab Mahmud. Bagi saya pula, saat tersebutlah menjadi saat perkenalan saya dengan kitab tersebut.
Apabila dibaca, saya mula merasai keseronokan isi kandungan yang dimuatkan oleh Imam Ghazali rohimahullah ta'ala (r.t.). Boleh dikatakan, penulisan kitab ini adalah lebih bertujuan untuk mendidik anak kecil dalam pembentukan budi pekerti yang mulia. Kitab ini sememangnya sangat berguna untuk dijadikan bahan bacaan dan perbincangan pada peringkat sekolah dan lain-lain.
Berikut adalah penulisan Imam Ghazali r.t. yang diambil daripada Nasihat Pertama.
Waktu Itu Ialah Kehidupan
Wahai anakku yang tercinta,
Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah sabdaan Baginda yang berbunyi:
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta'ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu".
[Tamat penulisan Imam Ghazali]
Sememangnya nasihat ini jika diteliti mempunyai peringatan yang sangat berat dan besar. Apa yang dinyatakan di atas apabila umur kita melebihi 40 tahun namun jika kebaikan masih lagi belum melebihi keburukan maka dikatakan perlu bersedia untuk berada di dalam neraka adalah selari dengan hadits Rasulullah s.a.w. yang menyatakan Allah s.w.t. tidak menerima keuzuran seseorang insan yang tidak dapat beramal dengan sebaik-baiknya walupun telah diberi usia untuk hidup selama 60 tahun. Turut dikatakan kepada kita bahawa umur bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah dalam lingkungan 60 hingga 70 tahun.
Oleh sebab yang demikian, maka tidak hairanlah jika kita menelusuri kisah orang-orang soleh sebelum ini ternyata umur mereka adalah sangat penuh dengan amal 'ibadat. Ada disebut dalam kitab Bustanul Arifin susunan Imam An-Nawawi rohimahullahi ta'ala bahawa ada seorang 'alim yang mempunyai anak-anak murid. Ketika umurnya meningkat tua, maka 'amal ibadatnya menjadi berkurang, bersesuaian dengan keuzuran yang dialami. Namun apa yang menginsafkan kita ialah kuantiti 'amalnya yang berkurang semasa umur tua itu tidak dapat pun ditandingi oleh anak-anak muridnya yang masih muda.
Moga-moga saya dan anda semua mendapat keberkatan daripada ilmu ini dan masa kita akan menjadi lebih terisi dengan manfaat.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.
kredit: Pertemuan Agung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan