Bacaan Popular

Jumaat, 28 Jun 2013

Sujud Syukur



DEFINASI 

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar.


Waktunya 

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya


Dalilnya 

Daripada Saiyidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah ta'ala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.


Rukunnya 

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam



Syarat-syaratnya 

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat


Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat



Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan