Bacaan Popular

Khamis, 20 Jun 2013

Kenangan Masjid Alam Shah Kuala Lumpur


Ini adalah batu asas untuk acara perasmian masjid Alam Shah.

Masjid Alam Shah Kuala Lumpur yang terletak di persimpangan Jalan Pasar dengan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur sudah berusia 63 tahun. Ia mula dibina 13.7.1950 dan siap lapan bulan kemudian.



Ianya kemudian dirasmikan oleh Sultan Selangor pada waktu itu pada 23.7.1951. 

Pada zaman persekolahan dulu sewaktu Tok Wan belajar di Sekolah Aminuddin Baki Jalan Kampong Pandan, bila tiba hari jumaat kami akan berbaris panjang berjalan kaki beramai-ramai dari Sekolah Aminuddin Baki ke Masjid Alam Shah untuk solat jumaat. Waktu itu (1969) Masjid Kampong Pandan belum dibina lagi.

Walaupun jauh berjalan tapi tak terasa penat sebab dikiri kanan Jalan Kampong Pandan dan Jalan Tun Razak pada masa itu tidak panas kerana terdapat banyak pokok yang besar-besar. Kini semuanya telah berlalu...


Tok Wan sempat bergambar dengan kereta Jenazah Masjid di perkarangan masjid tersebut pada 21.3.2013 (hari Khamis), yakni 1 hari sebelum masjid tersebut ditutup kepada umum. Selepas itu ditutup pada 22.3.2013 selepas solat jumaat, ia kemudian dirobohkan bagi mendirikan sebuah masjid yang baru, yang lebih besar dan boleh memuatkan lebih ramai jemaah untuk kegunaan serta menampung keperluan jangka masa yang lebih jauh dan panjang.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan