Ini artikel yang tok kutip dari seberang untuk kita kongsi bersama.
Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesungguhnya jin itu sangat takut kepada manusia sebagaimana manusia juga takut kepada mereka. Demikian dengan syatan yang lebih takut kepada salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana itu jika ia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi"
Aku (Muhajid) pernah menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dalam solat malam) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.
Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pada suatu waktu melihat seorang laki-laki yang pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib".
Ibn Zubair bertanya, "Izib tu aoa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dengan cepat Ibn Zubir memukul jin itu dengan cambuk sehingga ia lari tunggang langgang.
Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kepada mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yang ada di hati manusia. Qatadah berkata, " Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dengan demikian jin tersebut bertambah berani kepada mereka".
Rasa takut manusia itu seolah-olah memberikan kekuatan atau membantu syaitan memperlihatkan diri dalam bentuk yang menakutkan manusia. Demikian juga bila seseorang itu jauh dari berzikir kepada Allah, lalai dari melaksanakan tuntutan syariat (seperti meringan-ringankan sembahyang, membuka aurat dan sebagainya), dalam hadas berjalan di tempat-tempat sunyi atau kuburan pada malam hari tanpa kawan maka ia mudah terdedah kepada gangguan jin.
Nabi s.a.w. pernah menegah seorang sahabat dari mengucapkan , "Nafsasy-syaitan".(kejadian itu disebabkan oleh perbuatan syaitan) selepas Baginda s.a.w. terjatuh dari keledainya.
"Maka janganlah kami berkata, musibah itu (atau sebarang penyakit) dikeranakan oleh jin atau syaitan, kerana apabila engkau mengucapkan 'Nafsasy-syaitan', maka ia akan bertambah besar. Dan syaitan akan berkata, "Dengan kekuatan akulah, aku dapat membanting (menimpakan demikian ke atasnya)."
"Akan tetapi apabila engkau mengucapkan Bismillah (boleh juga diucapkan MasyaAllah, Subhanallah) pastilah dia akan menjadi semakin kecil iaitu sebesar lalat." Imaan Ahmad bersendiri dalam riwayat ini dan isnadnya adalah 'Jayyid'(bagus).
kredit: nura
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan