Bacaan Popular

Sabtu, 18 Mei 2013

Hidup Ini Cuma...



Hidup kita cuma dalam 3 hari: 

1. Semalam, sudah menjadi sejarah. 
2. Hari ini, apa yang sedang kita lakukan. 
3. Esok, hari yang belum pasti.


Hisablah hari pertama,
semoga hari kedua kita lebih baik,
kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


Hidup cuma dalam dua nafas: 

1. Nafas naik 
2. Nafas turun 

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah ta'ala secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



Hidup yang abadi hanya ada dua tempat:

1. Kekal di dalam neraka 
2. Kekal di dalam syurga 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terfikir oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang lima itu dan puncaknya adalah SOLAT.  Amat sukar dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seseorang yang ingin menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai 'boarding pass'. Mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem, apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar Kemudian. 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini: 

1.Dia mungkin didenda 
2.Segala suratnya masuk tong sampah 

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah ta'ala kurniakan kepada kita. Sekurang-nya Allah ta'ala telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke syurga dalam keadaan kita redha dan Allah ta'ala meredhai.



10 PERINGATAN BUMI 

Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya setiap hari,
bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara: 

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalam perutku.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab dan diseksa di dalam perutku. 

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah engkau akan menangis dan meraung di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku. 

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku. Tetapi ingatlah engkau akan papa kedana dan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dimakan oleh ulat-ulat cacing dan ular di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. salam tokwan

    peringatan dan tazkirah yang baik! moga Allah tempat kita bersama golongan soleh.

    BalasPadam