Bacaan Popular

Khamis, 23 Ogos 2012

Kesah Abu Talhah Dan Kebunnya


Hazrat Abu Talhah r.a. Mewakafkan Tanah Beliau Kerana Terlalai Dalam Solah

Suatu ketika Hazrat Abu Talhah r.a. sedang bersolah dalam kebunnya. Seekor burong telah terbang. Oleh kerana pohon-pohon di kebunnya itu rendang, burong itu tidak menemui jalan keluar dengan cepat. Burong itu berterbangan ke sana ke mari sambil mencari jalan keluar. Beliau terpandang burong itu. Oleh kerana pandangan itu, tumpuan hatinya beralih kepada burong itu dan mata beliau bergerak menurut burong itu.

Tiba-tiba beliau teringat akan solahnya dan beliau telah terlupa bilangan raka'at yang beliau telah kerjakan pada masa itu. Beliau begitu sedih kerana kebun itulah beliau terkena musibah tersebut yakni terlupa dalam solah. Dengan segera beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kisah yang sebenarnya. "Disebabkan kebun itu, saya terkena musibah yang sedemikian. Oleh kerana itu, saya serahkan kebun itu untuk jalan Allah s.w.t. Tuan belanjakanlah kebun itu mengikut jalan yang tuan suka."

Demikian juga telah berlaku pada zaman pemerintahan Hazrat 'Uthman r.a. Seorang sahabat Ansari r.a. sedang bersolah dalam kebunnya. Pada musim itu buah tamar sedang masak di tandan. Disebabkan buah yang banyak dan berat, tandan-tandan itu tunduk ke bawah. Beliau telah terpandang tandan-tandan itu. Beliau gembira melihat tandan-tandan yang dipenuhi buah sehingga menyebabkan hatinya tertumpu kepada tandan-tandan itu.

Oleh kerana itu, beliau tidak ingat lagi bilangan raka'at yang telah berlalu. Kesedihan dan kerunsingan begitu hebat sekali lalu beliau telah membuat keputusan nekad bahawa kebun itu tidak boleh dimilikinya lagi. Kebun itu telah menyebabkan musibah yang sedemikian menimpa ke atas beliau. Oleh sebab itu beliau telah berjumpa Hazrat 'Uthman r.a. Setiba di sana beliau pun berkata. " Saya ingin membelanjakan kebun ini di jalan Allah s.w.t. Lakukanlah apa-apa yang tuan suka."

Hazrat 'Uthman r.a. telah menjual kebun itu dengan harga lima puluh ribu dirham dan membelanjakan wang itu untuk kerja-kerja agama. (Muwatto' Imam Malik).


Keterangan:

Inilah tahap keimanan para sahabat r.anhum. Apabila terlalai dalam amalan yang begitu penting seperti solah, dengan segera mereka menyedekahkan kebun yang berharga lima puluh ribu dirham.

Hazrat Shah Waliullah rah. menulis dalam kitab beliau al-Qaulul Jamil, bahawa berdasarkan amalan salafussolehin, ahli tasawwuf mementingkan keta'atan kepada Allah s.w.t. lebih daripada segala sesuatu yang lain. Oleh kerana itulah para sahabat r.a. begitu malu apabila tumpuan hati mereka telah beralih sedikit kepada perkara lain.



Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan