Bacaan Popular

Sabtu, 11 Ogos 2012

Fadhilat Ramadhan Bhg ke 2

Nabi saw bersabda;" Orang yang muflis dikalangan umat Ku ialah dia yang datang bersama amal kebaikan yang banyak. Dia membawa bersamanya solat, puasa, sedekah dan segala macam amalan baik tetapi dia pernah mencaci seseorang, pernah memfitnah seseorang dan pernah memukul seseorang. Semua pendakwa-pendakwa itu akan datang dan menuntut amalan kebaikannya sebagai ganti terhadap perbuatannya yang lalu. Apabila amalannya yang baik telah habis, kejahatan pendkwa-pendakwa itu akan dibebankan ke atasnya sebagai ganti terhadap perbuatannya. Kemudian dia akan diheret kedalam neraka dengan sebab himpunan kejahatannya itu. Walaupun banyak amal kebaikannya tetapi akhirnya betapa hebat suasana kesedihan dan penyesalannya tidaklah dapat dikatakan lagi.

Perkara kedua yang perlu direnungkan ialah terdapat beberapa tempat di dalam risalah ini yang menyebutkan tentang pengampunan. Selain dari itu ada banyak lagi perkara-perkara lain yang menjadi pengampunan dan dosa-dosa akan dimaafkan kerananya. Disebabkan keadaan ini, timbul satu kemusykilan iaitu apabila dosa-dosa telah diampunkan pada kali pertama, maka apa pula makna kemaafan untuk kali kedua? Jawapannya ialah ~ kaedah pengampunan (maghfirah) ialah apabila ia tujukan kepada mana-mana hamba, sekiranya terdapat dosa padanya maka pengampunan itu akan menghapuskan dosa itu. Sekiranya tiada sebarang dosa lagi maka rahmat dan nikmat-nikmat lain akan ditambahkan kepadanya mengikut kadar pengampunan itu.

Perkara ketiga ialah terdapat di beberapa tempat daripada hadith-hadith lain yang telah didalam hadith ini juga bahawa Allah snt telah menjadikan para malaikat sebagai saksi terhadap pengampunan yang diberikanNya. Sebabnya ialah urusan-urusan pengadilan dihari kiamat telah ditentukan dengan satu cara yang tetap. Para Nabi a.s. pun akan diminta sksi terhadap dakwah yang telah dijalankan oleh mereka lantaran itu banyak terdapat didalam kitab-kitab hadith sabdaan Nabi saw, "Kamu semua akan ditanya tentang daku, dari itu hendaklah kamu bersaksi bahawa aku telah sampaikan".

Didalam riwayat Bukhari dan lain-lain ada hadith yang menyatakan bahawa pada hari kiamat Hazrat Nuh a.s. akan dipanggil dan Baginda akan ditanya, "Adakah kamu telah tunaikan tanggungjawab kerasulan? Adakah kamu telah sampaikan perintah-perintah Kami?" Baginda akan menjawab, "Ya saya telah sampaikan." Kemudian umatnya pula akan ditanya adakah perintah-perintah Allah telah disampaikan kepada kamu?" Mereka akan menjawab,

"Ma ja ana min basir wala nazir"

"Tiada pemberi berita gembira dan tiada pemberi amaran
yang telah datang kepada kami."

Hazrat Nuh a.s. akan disoal lagi, "Datangkanlah saksi-saksi kamu. "Baginda akan membawa Nabi Muhammad saw dan umatnya sebagai saksi. Lalu umat Muhammad saw akan dipanggil dan mereka memberi penyaksian. Didalam sesetengah riwayat dinyatakan bahawa peraksian mereka akan dipertikaikan, "Bagaimana kamu dapat tahu bahawa Hazrat Nuh a.s. telah sampaikan hukum-hukum Allah snt kepada umatnya" Mereka menjawab, "Rasul kami telah memberitahu kami dan Kitab yang benar, yang telah diturunkan kepada Rasul kami pun telah memberitahu kami." Demikianlah keadaan yang dihadapi Nabi-nabi lain dengan umat-umat mereka. Berkenaan perkara ini Allah snt telah berfirman didalam al Quran surah al Baqarah ayat ke 143 yang bermaksud;

"Dan demikianlah (sebagaiman kami telah meminpin kamu kejalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) sebagai umat pilihan yang adil supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).

Imam Fakhruddin Razi rah. menulis pada hari kiamat terdapat empat jenis saksi.


Pertama ialah malaikat;

" Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi.

Surah Qaf ayat 21

"Tidak ada sebarang perkatan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)"

Surah Qaf ayat 18

"Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (disisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan."

Surah al Infitar ayat 10, 11 dan 12.



Kedua ialah Nabi-nabi a.s. Tentangnya terdapat firman-firman Allah snt.

"Dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka"

Surah al Maidah ayat 117

"Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari kiamat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini.

Surah an Nisa ayat 41.

Ketiga ialah penyaksian umat Muhammad saw. Allah snt berfirman berkenaan dengannya.

"Dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi"

Surah az Zumar ayat 69


akan bersambung dalam bahagian akhir esok pagi. Insya'Allah...


kredit: fadhilat amal



Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan