Bacaan Popular

Jumaat, 24 Ogos 2012

Ganjaran Untuk Kaum Wanita

Gambar hiasan dua orang gadis Muslim di hadapan sebuah Masjid di Negara China.

Hazrat Asma' binti Yazad r.anha ialah seorang wanita Ansar. Beliau telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibubapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai Nabi untuk kaum lelaki dan juga wamita. Sebab itulah kami jema'ah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah s.w.t. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolah Juma'at, mereka dapat solah berjema'ah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah s.w.t. Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?"

Setelah mendengar ini, Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah para sahabat r.a. lalu bersabda. "Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?'

Para sahabat r.a. menjawab, ""Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian."

Selepas itu Rasulullah s.a.w. berpaling kepada Hazrat Asma'r.anha dan bersabda. "Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka." Maka kembalilah Hazrat Asma' r.anha dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.


Keterangan:

Kaum wanita hendaklah mengadakan hubungan yang baik dengan suami mereka serta menta'ati mereka. Keta'atan terhadap suami merupakan satu amalan yang berharga tetapi kaum wanita terlalu lalai dalam perkara ini.

Suatu ketika para sahabat r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.. "Orang-orang 'Ajam (selain daripada bangsa 'Arab) sujud kepada raja-raja dan ketua-ketua mereka. Sepatutnya tuan lebih layak untuk di sujud. Izinkanlah kami sujud kepada tuan."

Rasulullah s.a.w. melarang mereka daripada sujud dan bersabda, "Sekiranya saya memerintahkan seseorang untuk sujud kepada sesuatu selain daripada Allah s,w,t, sudah pasti saya akan memerintahkan wanita sujud kepada suami mereka."

Diriwayatkan dalam satu hadith, seekor unta datang dan sujud kepada Rasulullah s.a.w. lalu para sahabat berkata, "Unta ini pun telah sujud kepada Rasulullah s.a.w. sedangkan kami lebih layak sujud kepada Baginda s.a.w.. Rasulullah s.a.w. melarang mereka dan memberi jawapan yang sama iaitu, "Kalau saya memerintahkan kepada sesiapa untuk sujud kepada sesuatu selain daripada Allah s.w.t. maka saya akan memerintahkan wanita untuk sujud kepada suami mereka."

Dalam satu riwayat hadith yang lain, sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha dengannya maka dia akan memasuki syurga.

Dalam satu riwayat yang lain, sekiranya seseorang wanita marah kepada suaminya dan tidur berasingan pada malam itu maka para malaikat mengutuk-ngutuknya (melaknat).

Solah daripada dua golongan tidak akan naik ke langit melepasi kepala mereka iaitu seorang hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan seorang wanita yang tidak ta'at kepada suaminya.

kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan