Bacaan Popular

Sabtu, 18 Ogos 2012

Amaran Dan Celaan Ke Atas Mereka Yang Meninggalkan Solah Bhg Akhir

HADITH 6


Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Amr r.a.huma katanya suatu hari Rasulullah s.a.w. menyebut tentang solah. Baginda s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang menjaga solah maka pada hari kiamat, solahnya akan menjadi nur, pem,bela dan penyelamat baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solahnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat. Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan ubai bin Khalaf."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

Keterangan:

Semua orang yang mengetahui kekufuran Firaun yang begitu dasyat, sehingga dia telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Haman pula adalah Perdana Menterinya dan Ubai bin Khalaf merupakan musuh ketat Islam dikalangan musyrikin Mekah.

Sebelum hijrah Ubai bin Khalaf selalu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Saya memelihara seekor kuda yang diberi makanan yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti." Nabi s.a.w. sekali pernah menjawab dan memberitahunya, "Insyaallah, saya yang akan membunuh kamu." 

Dalam peperangan Uhud dia berkeliaran di medan pertempuran mencari Rasulullah s.a.w. sambil berkata, "Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada keselamatan lagi bagiku." Lalu dia pun mara menghampiri Nabi s.a.w. dengan niat untuk menyerang Baginda s.a.w. Para sahabat r.a. dari jauh lagi ingin menamatkan riwayat hidupnya tetapi Baginda s.a.w.  berkata, "Biarkan dia datang." Apabila dia telah hampir, Baginda s.a.w. mengambil lembing daripada salah seorang sahabat lalu membaling kearahnya.

Lembing itu terkena pada lehernya dan terguris sedikit. Dia terhoyong-hayang lalu jatuh dari kudanya. Dia lari lintang-pukang sehingga sampai kepada tenteranya sambil berteriak, "Demi Tuhan, Muhammad telah membunuh aku." Orang kafir cuba menenangkannya sambil berkata. "Itu cuma melecir sahaja. Tidak usah dibimbangkan sangat." Namun dia berulang kali menjawab, "Muhammad telah memberitahu kepadaku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku. Demi Tuhan, jika dia meludahi aku pun nescaya aku mati." Dikatakan bahawa jeritannya seperti seekor lembu jantan. Abu Sufian yang begitu bersemangat dalam peperangan itu telah mengejeknya, "Kamu begitu sekali menjerit hanya kerana luka yang sedikit." Kata Ubai. "Tahukah kamu pukulan siapakah ini? Ini adalah pukulan Muhammad. Demi Lat dan Uzza (nama dua berhala yang masyur), kesakitan yang aku alami daripada luka ini begitu dasyat. Sekiranya kesakitan ini dibahagikan kepada seluruh penduduk Hijaz maka semuanya akan binasa. Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku tidak akan terlepas daripadanya. Setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja pun, pati aku akan mati." Dia mati semasa dalam perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah.

Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi kita umat Islam. Seorang kafir yang sangat kuat kekufurannya terhadap Nabi s.a.w. begitu yakin dengan ucapan Rasulullah s.a.w., sehingga sedikit pun tidak ragu-ragu terhadap kematiannya sendiri. Sungguhpun kita mengakui kebenaran Baginda s.a.w. bahawa Baginda s.a.w. adalah seorang Rasul, mengakui kebenaran sabdan s.a.w., mendakwa mencintai s.a.w. namun, banyak manakah nasihat Baginda s.a.w. yang telah kita ikuti dan sejauh manakah kita takut terhadap azab-azab seperti yang telah diberitahu oleh Baginda s.a.w.?

Ini adalah satu perkara yang perlu kita selidiki dalam diri kita masing-masing dan lantaran itu tiada sesiapa pun yang boleh memperkatakan sesuatu tentang diri orang lain.

Dalam kitab 'Azzawajir' yang dikarang oleh Ibnu Hajar rah. Qarun juga disebut bersama dengan firaun dan lain-lain. Beliau menulis bahawa mereka yang melengah-lengahkan solah akan dibangkitkan di padang masyar bersama-sama dengan Firaun dan lain-lain kerana alasan mereka melengah-lengahkan solah adalah sama seperti yang terdapat pada Firaun dan lain-lain.

Sekiranya solah dilengahkan disebabkan oleh harta, maka akan dibangkitkan bersama Qarun, jika disebabkan oleh pemerintahan dan kekuasaan maka akan dibangkitkan bersama Firaun, jika disebabkan oleh kedudukan sebagai menteri dan sebagainya maka akan dibangkitkan di padang masyar bersama Haman dan jika kerana perniagaan maka akan dibangkitkan bersama-sama Ubai bin Khalaf.

Apabila seseorang itu dibangkitkan bersama-sama mereka maka pastilah dia akan mengalami berbagai-bagai jenis azab neraka yang amat pedih, sebagaimana yang disebut dalam banyak hadith. Namun lantaran iman yang dimiliki oleh seseorang Islam, lambat laun mereka pasti akan dibebaskan daripada azab neraka. Manakala Firaun dan lain-lain kekal dalam neraka. Walau bagaimanapun tempoh masa sebelum mereka dibebaskan daripada api neraka bukanlah suatu perkara yang main-main. Kemungkinan tempoh tersebut memakan masa beribu-ribu tahun lamanya.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433
Maaf Zahir dan Bathin
daripada Tok Wan

jangan lupa teruskan berpuasa dalam Puasa Enam...

kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan