Bacaan Popular

Jumaat, 31 Ogos 2012

Al Quran Dalam Solah


Hazrat 'Aishah r.anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Membaca al Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al Quran di luar solah. Membaca al Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah s.w.t.). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka."
(Hadith riwayat Baihaqi)

 Ketinggian membaca al Quran daripada zikrullah adalah jelas kerana al Quran adalah perkataan Allah s.w.t. Sebelum ini pun telah di jelaskan bahawa kemuliaan perkataan Allah s.w.t. ke atas segala perkataan adalah sama sebagaimana kemuliaan Allah s.w.t. ke atas makhluknya.

Keutamaan zikrullah ke atas sedekah telah dinyatakan juga dalam hadith-hadith yang lain. Keutamaan sedekah ke atas puasa, sebagaimana dinyatakan dalam hadith ini, adalah bertentangan dengan sebahagian hadith lain yang menukilkan bahawa puasa sunat adalah lebih afdal daripada sedekah. Perbezaan ini adalah disebabkan keadaan tertentu.

Dalam sesetengah keadaan, puasa adalah lebih afdal dan dalam sebahagian keadaan yang lain sedekah lebih afdal. Perbezaan ini juga kerana keadaan orang yang terlibat bagi sesetengah orang puasa adalah lebih afdal.

Apabila puasa sunat yang dikatakan sebagai penghalang daripada api neraka berada pada kedudukan terakhir dalam hadith ini maka apatah lagi membaca al Quran, yang disebut pada kedudukan pertama, pasti lebih hebat lagi.

Pengarang kitab Ihya'-'Ulumuddin telah meriwayatkan daripada Hazrat 'Ali r.a. bahawa sesiapa membaca al Quran ketika berdiri dalam solah akan mendapat seratus pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al Quran dalam solah dalam keadaan duduk akan diberi lima puluh pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al Quran di luar solah dalam keadaan berwuduk akan mendapat sepuluh pahala dan sesiapa yang tidak membaca al Quran tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf.

Begitulah Maha Pemurahnya Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. sebab itu jugalah di katakan bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman adalah pembawa berita gembira. 

Soalan tok kepada anda sekalian, adakah anda berasa gembira mendengar berita gandaan pahala yang di sebutkan ini? Jika anda gembira bererti anda telah memahami tujuan kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman. Jikalau tidak atau sebagai tidak ada apa-apa rasa maka anda harus perbaiki diri anda sendiri dulu, mungkin ada silap di mana-mana, seperti kereta yang tidak dapat berfungsi sebagai sebuah kereta dan harus di lakukan pemeriksaan mana-mana bahagian yang tidak sempurna kedudukan atau fungsi atau perlu alat-ganti yang lain.

Assallam maualikom w.b.t.

kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan