Bacaan Popular

Jumaat, 2 September 2016

Orang Masjid

Gambar sekadar hiaan sahaja.

Biasanya orang masjid ialah orang yang selalu berada dimasjid atau Jawatankuasa masjid, mereka yang dalam dua kategori inilah yang kita namakan orang masjid. Jadi dalam kisah kali ini sengaja dinamakan orang masjid sebagai tajuk bukanlah untuk mengata mereka tapi sekadar berkongsi serba sedikit apa yang kita patut buat dan apa yang tidak patut kita buat.

Biasa juga kita dengar majlis akad nikah mahu diadakan dimasjid atas alasan ambil berkat masjid, namun beberapa orang masjid berkata-kata sehingga sampai ketelingaku. Apa kata mereka? 'Alahai nak ambil berkat masjid, tapi tak pernah nampak datang solat kat masjid pun.' Dalam masa yang sama apa juga bentuk pahala yang orang masjid pernah buat telah berpindah kepada orang yang dikatakan tak pernah datang masjid.

Ada juga jemaah yang memang jarang-jarang datang ke masjid namun apabila tetiba setiap lima waktu solat dia sudah ada dalam saf maka berbunyi lagi sekali. 'Dulu tak pernah nampak pun'. Dalam pemerhatianku ada juga yang mengadu kepadaku, yang katanya, 'Orang masjid pandang saya seperti mengemukakan soalan kenapa baru sekarang mau datang ke masjid'. Barangkali itu pendapat dan pandangannya, kerana pendapat serta pandangan tersebut apalagi yang melibatkan rumah Allah akan sentiasa diganggu oleh syaitan laknatullah.

Untuk mengelak dari gangguan syaitan lk.tlh. ini maka orang masjid kena banyak zikir, kena banyak istighfar sebab istighfar dan zikir boleh mematahkan semangat syaitan lk.tlh. bahkan sampai mematahkan tulang belakangnya.

Tapi cuba kita lihat keadaan dalam masjid ketika ada Ustaz yang sedang menyampaikan ceramah, kita akan dapati kebanyakan orang masjid akan berada di kantin masjid. Errr... sebenarnya tiada istilah kantin dalam masjid, tetapi hampir-hampir setiap masjid ada meja diluar masjid yang berdekatan dengan tempat buat teh tarik.... arrrr... yang itulah kantin masjid.

Kebanyakan mereka akan duduk minum teh sambil berbual-bual sesama mereka. Mereka mendengar ceramah tersebut sebab speaker diluar masjid dihidupkan untuk mereka dengar dari kantin tersebut. Bahkan perkara inilah yang banyak terjadi.

Dengan tajuk kali ini sebenarnya Tok Wan hendak memmaklumkan kepada orang masjid rajin-rajinlah memeriksa kesilapan dalam diri kita sendiri, jangan mencari kesilapan orang lain. Jika terlihat ada kesilapan dalam hal labuh kain atau jubah berkatalah kepada diri sendiri aku dulu pun seperti itu juga pakai kain sarung labuh sampai tertutup buku-lali.

Lagi lama kita berada dalam masjid lagi banyak keburukan orang akan kita dapati kerana kita sentiasa mencari kesilapan orang. Lebih baik berlama-lamaan dalam masjid dengan mencari kesilapan sendiri. Kenang semula sewaktu kita kecil masuk dalam masjid berlari kesana kemari dan melintas depan orang yang sedang solat, kadang-kadang main kejar-kejar, atau sembunyi disebalik tiang masjid yang terdapat banyak dalam masjid dan berbgai-bagai perkara lagi.

Aku pun dulu sewaktu baru balik dari umrah atau haji pakai jubah labuh sampai tak nampak buku-lali. Ehhh... samalah dulu aku dengan dia itu.

Mari kita perbaiki diri dengan hanya memandang sedikit kearah orang yang sesekali saja datang kemasjid kita sebab selalunya dia ke masjid lain maklumlah dia seorang pemandu teksi, dimana sampai waktu solat disitulah dia solat berjemaah. Ini kita pulak yang memandai-mandai kata dia itu dah lama tak nampak batang hidung kat masjid, walhal kitalah yang asyik tumpu pada masjid yang terdekat dengan rumah kita. Apabila perlu keluar dalam urusan apa-apa pun pasti kita akan buru-buru pulang kemarhala kita sebab nak bagi nampak batang hidung kita pada makmum yang lain agar tidak dikata tak datang ke masjid. Jadi niat kita kemasjid sudah jadi sebab nak bagi orang nampak kita selalu ada dimasjid.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan