Bacaan Popular

Sabtu, 27 Ogos 2016

Ziarah

Bergambar dihadapan Masjid Raya Baiturarhman, Banda Acheh.

Kali ini aku tak dapat pos untuk hari jumaat sebab hari jumaat aku masih di Acheh. Jadi inilah posting pertama yang dibuat pada hari sabtu. Sabtu pun sabtulah asal ada posting mingguan. Gambar diatas aku bergambar depan masjid Raya Baiturrahman dan disebelah aku itu seorang perempuan yang tiada kena mengena dengan aku rupa-rupanya selesai bergambar dia minta tolong tengokkan penyakit yang dihadapinya, lalu sebotol air dibacakan beberapa surah untuk penawar. Mudah-mudahan dengan bantuan Allah penyakitnya kembali sembuh.

Sepanjang 3 hari 2 malam berada di Banda Acheh aku dan kawanku (kami berdua) iktikaf di Masjid Mosalla Muhajirin di Jalan Paya Lhok, kira-kira 3 km dari Masjid Raya Baiturrahman. Pada mulanya bukan tujuanku untuk iktikaf disana, namun ketika kami berziarah ke Kapal Apong (gambar dibawah) berbetulan masuk waktu asar kami singgah dimasjid yang berada berhampiran Kapal Apong lalu Imam masjid tersebut menyarankan aku ke Masjid Mosalla Muhajirin lalu bertemulah saudara suusaha atas iman dan amal.


Tiba di masjid Mosalla Muhajirin kami disambut bagai saudara lama yang sudah berpuloh-puloh tahun tidak bertemu. Malu rasanya dilayan begitu dan lebih malu lagi kerana usrah kami tak setinggi usrah mereka dan memang patut masjid mereka mereka namakan Mosalla Muhajirin.

Memang perjalanan melihat puing-puing tsunami yang masih ada terasa sangat menyedihkan. Bekas tapak rumah yang tidak dituntut oleh sesiapa diambil oleh orang yang dulunya bukan mangsa tsunami dan berlaku pertukaran tuan yang mengaku8 mangsa tsunami lalu selain mendapat lot tanah mereka juga mendapat dana untuk membangun semula rumah mereka yang konon sudah musnah dek tsunami. Begitulah cerita yang aku dengar sendiri dari penduduk tempatan yang merupakan penduduk diperkampungan itu sebelum dan selepas tsunami.

Dengan belas berbaur simpati aku membujuk hati mereka, di Padang Mahsyar nanti mereka kan dihisab satu persatu tentang apa yang telah mereka kerjakan semasa didunia ini, bahkan sisa daging yang terlekat pada tulang ikan yang sudah tidak mahu dimakan juga akan dihisab.

Dalam berziarah itu sempat juga aku bertemu dengan Puan Abasiah yang dikaitkan dengan bot nelayan yang tersangkut pada rumah jirannya (gambar dibawah).


Puan Abasiah menjual makanan ditepi sungai berhampiran rumahnya pada pagi hari kejadian tsunami itu, setelah jam 8 pagi itu dia kembali kerumah sekejap dan ketika hendak ketempat jualan dilihatnya ombak hitam sudah datang lalu tanpa memperdulikan barang jualan dia terus lari semula pulang kerumah. Dalam berlari itu dia terjatuh sedang ombak hitan yang tinggi semakin dekat, dia bangun sambil meminta pertolongan Allah. Menyedari rumahnya rendah lalu dia menjerit meminta semua jiran-jirannya naik kerumah orang kaya yang berada dihadapan rumahnya. Dalam keadaan panik itu seramai 59 orang berjaya naik ketingkat atas rumah besar itu.

Seketika berada diatas rumah ditingkat atas dalam beberapa minit air dilantai tingkat atas juga dinaiki air yang bewarna hitam. Air semakin tinggi.... semakin tinggi, cerita Puan Abasiah sambil memandang aku. Air mataku mulai berlinang, kawanku sudah memalingkan muka dari Puan Abasiah kerana tak tahan air-mata yang sudah merambu keluar.

Akhirnya air sudah sampai paras tengkok. Lalu tiba-tiba datang sebuah bot nelayan lalu melanggar rumah itu. Rumah itu bergoyang akibat hentaman kuat oleh bot nelayan itu. Puan Abasiah menjerit memberitahu kepada semua yang berada dalam rumah itu bahawa ada bot datang untuk menyelamatkan kita semua lalu meminta semua mereka naik atas bot.

Semua mereka naik atas bot, namun bot itu bukan datang dengan dipandu oleh manusia melainkan ianya dihantar oleh Allah untuk membantu mereka yang seramai 59 orang. Setelah air surut mereka semua ingin turun dari bot tersebut namun mereka tak berani turun kerana dibawah bot itu terdapat seekor buaya yang amat besar. Setelah buaya itu pergi barulah mereka semua turun.

Kini rumah itu dimana pemilik asalnya yang bekerja dengan Pertamina tidak tinggal disitu lagi. Rumah dan bot nelayan itu diabadikan sebagai tanda bencana tsunami untuk diingat oleh setiap generasi yang akan datang.

Semuga Allah meRahmati mereka semua sama ada yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan