Bacaan Popular

Selasa, 16 Oktober 2012

Tiga Golongan Yang Lebih Awal Masuk Neraka




Bahawa pada hari kiamat nanti, Allah s.w.t. akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim”, orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah S.W.T.

Allah s.w.t. bertanya kepada orang alim itu,

”Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasulKu?” 

Orang itu menjawab. 

“Benar,wahai Tuhan.” 

Allah s.w.t. kembali bertanya. 

”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” 

Orang tersebut menjawab, 

”Dengannya aku beribadat kepadaMU di malam hari dan siang hari” 

Malaikat berkata kepadanya, 

“Engkau berdusta”. 

Allah s.w.t. berfirman 

“Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah S.W.T berfirman, 

”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. 

Orang itu menjawab, 

”Benar wahai Tuhan”. 

Allah s.w.t. kemudian bertanya, 

”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?” 

Dia menjawab, 

”Dengannya aku bersillaturrahirm dan juga bersedekah.” 

Allah S.W.T berfirman kepadanya, 

“Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. 

Allah berfirman, 

”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. berfirman, 

”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” 

Dia menjawab, 

”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalanMU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” 

Maka Allah s.w.t. berfirman kepadanya,

”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” 

Allah S.W.T berfirman, 

”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.

“Kemudian Rasululluah s.a.w. menepuk lututku sambil bersabda, 

”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan