Bacaan Popular

Sabtu, 13 Oktober 2012

Siapa Di Belakang Demontrasi Jalanan "Yang Ganas"


SEMOGA SELEPAS KITA MEMBACA INI AKAN TIMBUL KESEDARAN KITA
UNTUK MERAPATKAN JURANG FAHAMAN POLITIK MASING2,
MEMBINA UKHWAH ISLMIAH YANG KIAN HANCUR
UNTUK MENGHADAPAI MUSUH NO 1 ISLAM
YANG SEBENAR - US.


Perhimpunan demi perhimpunan. Demonstrasi demi demonstrasi. Protes demi protes. Perkara ini di lakukan oleh segelintir rakyat sesebuah negara umat Islam kerana menuntut apa yang mereka kata “ Hak” melalui slogan “Human Right” yang di pelopori  oleh US.

Bila sebut US, saya yakin semua orang kenal tentang pergerakkan CIA mereka? Mereka yang membuat tuntutan atas nama hak asasi atau “Human Right” yang biasanya berbentuk “provokasi” melalui demonstrasi jalanan tidak menyedari atau sengaja buat buat tak sedar bahawa mereka sedang bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA.

CIA sudah berjaya menghuru-harakan beberapa banyak negara Islam dengan mencetuskan kekacauan saperti menghasut dan mengapi-apikan pemimpin-pemimpin anti kerajaan sesebuah Negara tersebut, samada secara sulit atau terang terangan, supaya mengadakan demonstrasi jalanan besar besaran atau pakatan sulit. Kerja ini lebih mudah bagi mereka sekiranya kerajaan kerajaan tersebut memang sedia pun bermasaalah dengan pihak anti kerajaan atau pembangkang. Pada setiap demonstrasi mereka akan hantar ejen-ejen mereka dari kalangan rakyat tempatan melakukan provokasi dan seterusnya akan tercetuslah huru hara yang biasanya tidak ada kesudahannya. Mereka sudah berjaya mencetuskan beberapa siri huru-hara dan peperangan di dalam negara Islam saperti Afghanistan, Iraq, Palestin, Mesir,  Libya, Yemen dan lain lain. Organisasi-organisasi dan pemimpin pemimpin tempatan terutama yang non Muslim yang anti Islam tidak mustahil ada kaitan dengan strategi CIA ini. Yang sepatutnya kita ambil peduli dan perhatian terhadapanya.

Adalah penting bagi kita umat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran yang sangat jernih lagi tajam tentang pergerakan CIA dan kumpulan-kumpulan atau individu individu yang menjadi keldai tunggangannya. Kita perlu jangan taksub dan emosional terhadap fahaman politik kepartian masing-masing. Buka minda kita dan berfikir dengan lebih tajam lagi untuk melihat dan menilai agenda di sebalik setiap tuntutan yang mereka tuntut. Mudah untuk di kesan sebenarnya, apabila sesuatu tuntutan itu sengaja di buat melalui cara demonstrasi jalanan sedangkan jalan mudah di atas meja bulat atau undang-undang luas terbentang.

Adakah kita mahu terus jadi golongan yang benar-benar mahu menyokong tajaan mereka (CIA) dan diperalatkan tanpa sedar dan mahu tunduk dengan strategi mereka ?



Nota:

Anda mesti baca buku ini “CIVIL DEMOCRATIC ISLAM – Partners, Resources & Strategic” yang di tulis sendiri oleh ajensi US – The National Security Research Division. Mengenai ajenda dan strategi US melalui CIA dengan memperalatkan gerakan gerakan Islam untuk menghalang dan menghancurkan kebangkitan Islam di seluruh dunia .

Semoga selepas membacanya akan timbul kesedaran kita untuk merapatkan semula jurang fahaman politik masing masing, membina semula ukhwah Islamiah yang kian hancur untuk menghadapi musuh No 1 Islam yang sebenar – US.


kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan