Bacaan Popular

Rabu, 13 Jun 2012

Temuduga Sebelum Nikah




Ini ada sedikit tips untuk anda yang bercadang hendak menikah.

Selepas siap mengisi borang permohonan nikah , kedua dua bakal pengantin kena menghantar sendiri borang permohonan bernikah itu ke pejabat kadi kawasan masing masing . Bila dah complete semua borang tu , then dia akan suruh bakal pengantin tu masuk jumpa pegawai bertugas untuk sesi temuduga.

Antara soalan yang kemungkinan akan ditanya .


Mengucap 2 kalimah Syahadah

Pegawai tu akan suruh bakal pengantin untuk mengucap dan sebutkan maknanya sekali.


Surah Al- Fatihah

Soalan : Baca surah Al - Fatihah dengan bertajwid.

Soalan : Surah Al - Fatihah ada berapa ayat semuanya ?
Jawapan : Semua 7 ayat . Ayat pertama ialah Bismillah Hirrahman Nirahim.



Doa Qunut

Soalan : Sila baca doa Qunut

Soalan : Apakah hukum doa Qunut ?
Jawapan : Sunat

Soalan : Jika dalam sembahyang tiba tiba kita tertinggal bacaan Qunut maka perlukah kita buat sujud sahwi?

Jawapan : Sembahyangnya masih sah tetapi kita mengambil pendapat yang afdal bahawa sembahyang adalah perkara yang sangat berat dan penting . Maka janganlah kita memandang remeh sama ada perkara yang wajib mahupun perkara yang sunat yang ada di dalam sembahyang itu . Maka seeloknya buatlah sujud sahwi



Thaharah ( Bersuci )

Soalan : Sebutkan jenis jenis mandi wajib
Jawapan : Mandi kerana keluar mani bagi lelaki
Mandi kerana bersetubuh
Mandi kerana Wiladah
Mandi kerana Nifas
Mandi kerana suci dari Haid



Munakahat

Soalan : apakah hukum asal bernikah ?
Jawapan : Hukum asal ialah Harus

Soalan : Apakah hukum hukum lain Bernikah?

Jawapan : Wajib - Jika seseorang itu takut terjatuh dalam berzina , dan dia juga seorang yang berkemampuan.

Sunat - Berkemampuan untuk berkahwin , namun masih mampu mengawal nafsu .

Haram - Tidak berkemampuan dari segi kewangan , berpenyakit mudharat , tidak mampu berhubungan seksual, menyalahi hukum syarak , kahwin kontrak.

Makhruh - Orang yang tidak mampu dari segi kewangan dan nafsu. Boleh bernikah jika calon isteri rela.

Harus - Orang yang berada di situasi tengah tengah iaitu dia boleh memilih untuk segera berkahwin atau melambatkan berkahwin .Tidak ada sebab mendorong dia bersegera atau menegahnya.




Tanggungjawab Suami dan Isteri

Soalan : Apakah tanggungjawab seorang suami / isteri ?

Jawapan : Memberikan didikan agama kepada keluarga , anak dan isteri.
Memberikan nafkah
Dan lain lain.



Ini antara soalan fardhu ain dan kifayah favorite yang biasanya akan ditanya . Janganlah kerana semata mata nak bernikah baru tu nak mula betulkan bacaan tajwid la , bukak kitab sekolah agama la. Hakikatnya mendirikan rumah tangga adalah suatu tanggungjawab yang besar dan tidak boleh seseorang itu melangkah ke alam berkeluarga dalam keadaan jahil .

Namun demikian bakal pengantin janganlah tertumpu kepada menghafal jawapan dari soalan-soalaan contoh yang telah diberikan diatas. Sebaik-baik lelaki yang akan bergelar suami ialah lelaki sejati yang dapat memberikan ilmu agama yang baik kepada bakal isterinya kerana isterinya itulah yang akan memberi pendidikan awal kepada anak-anak anda.

Pelajari dan tambahlah ilmu agama dengan hadir ke majlis-majlis ilmu yang selalu diadakan di Masjid dan di surau-surau berhampiran tempat tinggal anda. Biasanya setiap surau maupun masjid akan mengadakan majlis ilmu selepas maghrib dan ada juga yang mengadakan selepas suboh yang disebut 'kuliah suboh'. Lihatlah jadual yang dipamirkan dengan paparan digital yang dipasangkan disebelah mimbar tersebut. Disitulah ilmu yang baik-baik dapat anda cari. Semuga pencarian anda membawa hasil yang baik. Tok hanya mampu mendoakan dan anda sendirilah yang menerokainya.


" Selamat Pengantin Baru "

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan