Bacaan Popular

Selasa, 5 Jun 2012

Suka Menjatuhkan Hukum Sewenang-wenang Bukan Sifat Pejuang Islam




Hukum atau menghukum sudah jadi satu trend dan ‘permainan’ sesetengah ulama,pengikut dan penyokong mereka, lebih lebih lagi golongan yang terlibat dalam gelanggang politik pilihanraya.

Hukuman sembrono yang di lakukan mereka saperti hukuman fasiq, sesat, zalim, kafir, murtad dan lain lain tanpa rasa bersalah, malu dan takut dengan Allah bertujuan untuk menjatuhkan, menghina, mengaibkan dan memalukan seseorang, kumpulan, mazhab atau parti yang tidak sefahaman dan seperjuangan dengan mereka.

Setelah menjatuhkan hukum mereka merasa bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya rasa takut dengan Allah bilamana telah menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Takut kalau kalau hukuman itu tidak adil,TIDAK TEPAT dan tidak betul.

Sebenarnya tindakkan menjatuhkan hukum adalah kerja yang amat takut di lakukan oleh orang mukmin sejati. Orang mukmin apabila dia terlanjur dalam menjatuhkan hukum terhadap orang Islam lain dia akan rasa amat takut, keluh kesah dan sangat menderita. Takut kalau kalau tersilap hukum hingga hukuman itu kembali menimpa muka dia sendiri di dunia ini lagi dan Allah akan tempelak di Akhirat kelak.

Para Hakim dan para Mufti yang mukmin sendiri walaupun mereka ada kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukum sangat takut untuk menjatuhkan hukum terhadap sesuatu kesalahan orang kerana bimbang tersalah hukum. Saidina Abu Bakar As Siddiq ra sendiri kalau dia rasa percakapan dia sudah menyakiti orang Islam lain (tak menjatuhkan hukum pun) akan tergesa gesa berjumpa Rasulullah saw minta dirinya di jatuhkan hukum qisas.

Begitulah iman orang mukmin yang memperjuangkan hukum hukum Allah sangat takut dengan Allah. Kerana itu mereka sangat takut dalam menjatuhkan hukum.

kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan