Bacaan Popular

Jumaat, 1 Jun 2012

Tayamum



Pengertian Tayamum

Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.

Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَڪُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِ‌ۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبً۬ا فَٱطَّهَّرُواْ‌ۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٌ۬ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآٮِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِڪُمۡ وَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُ‌ۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجۡعَلَ عَلَيۡڪُم مِّنۡ حَرَجٍ۬ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمۡ وَلِيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ


“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Surah Al-Ma’idah, 5


Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.


Sebab Yang Membolehkan Tayammum

Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.


Syarat Tayammum

Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.
Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
Hilang najis terlebih dahulu.
Masuk waktu sembahyang.
Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.
Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.


Anggota Tayammum

Muka.
Dua belah tangan hingga siku.


Rukun Tayammum

Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka.
Niat tayammum adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ التَّيَمُمَّ لِاسْتِبَاحَةِ الصَّلاَةِ لِلهِ تَعَالى


Maksudnya:

“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

Menyapu muka.
Menyapu kedua-dua belah tangan.
Tertib.


Sunat Tayammum

Membaca basmalah iaitu lafaz.
Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.


Perkara Yang Membatalkan Tayammum

Perkara Yang Membatalkan Tayammum

Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
Murtad iaitu keluar dari agama Islam

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan