Bacaan Popular

Sabtu, 12 Mei 2012

Perbezaan 2 Pendapat



Bila melihat gambar foto diatas ini pasti kita teringat demontrasi BERSIH 3.0. Memang benar gambar itu ialah dari demontrasi Bersih 3.0 tajaan Dato' Ambiga.

Demontrasi itu sebenarnya diadakan kerana terlalu banyak soal tak puas hati dari orang ramai (rakyat juga lah tu) terhadap pemerintah. Antara perkara yang mereka taak puas hati ialah cara pilihanraya diadakan, cara pengagehan kekayaan negara, cara memberi tender besar yang berjumlah ratusan baahkan berbillion Ringgit Malaysia hanya kepadaa orang-orang tertentu sahaja.

Dan diantara banyak-banyak rasa tak puas hati itu muncul juga fitnah, yakni perkara yang tidak di adakan telah di ada-adakan. Perkara sebegini lazim berlaku sejak zaman dulu lagi. Bilaa dah tak suka pelbagai perkara yang dibuat semua tak manis dimata (berbulu dimata). Tapi waktu suka dulu kentut pun takper katanya.

Bagi kebanyakan orang yang tidak meenyertai demontrasi tersebut mereka tergolong dalam dua keadaan yakni yang percaya bahawa kerajaan ini sudah terlalu teruk dan perlu ditukar kepada kerajaan yang baru dan satu gulongan lagi yang percaya bahawa demontrasi tersebut diadakan untuk menjatuhkan kerajaan padal kerajaan masih bagus. Ringkas cerita dua pihak ini ialah yang menyokong para demontrator dan mereka yang meenyokong kerajaan.

Kalau Tok Wan kata dalam {pasukan Polis Di Raja Malaysia pun ada dua puak ini jangan terkejut. Bahkan Tok yakin dalam PDRM pun ada yang pro kerajaan dan ada yang kontra. Mengapa ini terjadi? Ini kerana pendapat masing-masing tiada siapa pun boleh menghalang, jikalau seorang anak sudah suka dengan pasangan pilihan hatinya apa yang orang tuanya boleh lakukan untuk menjodohkan dengan orang lain? Jumpa bomoh?

Sewaktu Tok Wan menulis 'HAK JALAN YANG SELALU KITA LUPAKAN' dalam facebook dan blog ini ada juga orang pro demontrasi yang marah-marah pada Tok Wan walhal itu cuma pendapat sebelah pihak. hari ini jikalau tok menulis lagi yang cara tulisannya condong kepada demontrasi mesti ada yang pro kerajaan marah pula. Ini biasa berlaku, lebih-lebih lagi dalam dunia maya ini. Dan perbezaan pendapat ini berada dimana-mana sehak zaman-berzaman, bahkan di zaman kegemilangan Khalifah Ali k.w. perkara ini berlaku.

Saidina Ali k.w. adalah seorang yang pintar. Dia adalah menantu kepada Rasulullah s.a.w. Pintarnya dia dapat menikah dengan Fatimah ialah kerana membaca Surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali sedangkan sahabat-sahabat yang lain dok pulon baca sampai 20 surah dan ada yang sudah 10 surah, si Ali k.w. dengan tenang tapi akhirnya menang. Dan Tok Wan nak bagitau secerdik-cerdik Khalifah Ali k.w. selaku pemimpin (Khalif) dizaman kegemilangan Islam, boleh berlaku peperangan antara orang Islam dengan orang Islam sendiri.

Perang tersebut dinamakan Perang Siffin. Ini adalah perang antara kerajaan Pusat (yakni dipihak Saidina Ali kw) dengan Muawiyah bin Abu Suffian r.a. yang hanya merupakan Gabenur, kalau di Malaysia sekarang ini lebih kurang Menteri Besar Negeri ..... atau Ketua Menteri .....

Jikalau anda berada dizaman tersebut anda hendak menyokong sebelah mana? Sebelah Ali k.w. atau sebelah Muawiyah? Kalau tok sendiri jawab tok sokong sebelah Ali k.w. sebab 'tongkat Ali' mengambil sempena namanya dan nama isteri beliau yakni 'kacip Fatimah' memang sehingga hari ini orang Melayu gunakan, apa macam?

Ramai yang menyokong tapi ramai yang tak tahu mana yang benar mana yang bathil. Dalam sejarah pun sama sehingga walaupun Muawiyah sudah menanda-tangani perjanjian damai namun anak Saidina Ali dibunuh juga oleh kuncu Muaawiyah. So dimana beza hak dengan bathil? Dan jika Ali k.w. betul benar kenapa pula daripadanya muncul pecahan serta fahaman Syiah? Dan menurut fahaman Syiah setiap ahli sunnah wal Jemaah macam kita di Malaysia ini wajib dibunuh kerana darah kita bagi mereka halal.

Begitu jugalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan perhimpunan bersih 3.0. itu haram. Mereka diberi hak untuk membuat fatwa. Dan benarkah merokok itu juga haram? Ramai antara kita yang merokok, mufti dan ulamak memang tak merokok. Ramai juga antara kita yang pergi menyertai perhimpunan bersih 3.0, ulamak dan mufti tak pergi tapi ada juga ustaz dan ustazah yang joint sekali. Kalau kita joint sekaali pun takder masalah, cuma yang agresif yang kemudiannya jadi WANTED.

Kalau fatwa untuk perhimpunan bersih yang bertujuan merebut kuasa pemerintahan negara telah dibuat bagaimana pula fatwa untuk perhimpunan di Gua Musang yang tujuannya untuk merebut kuasa pemerintahan negeri Kelantan?

Soal hak dan bathil pun sepatutnya diambil kira juga, kalau dah seorang pemimpin berlaku curang dalam pertadbiran maka ia harus dikenakan hukuman. Zaman cyber begini berbagai maklumat boleh beredar dengan cepat serahsia manapun rahsia tersebut. Jikalau kita menjadi pemimpin hendaklah menjadi peminpin yang tidak memihak kepada mana-mana pihak tetapi berpeganglah pada tali Allah.

Hari ini politik di Malaysia masih memihak kepada kroni, jikalau kroni yang harus dihukum maka hukuman itu seboleh mungkin mahu dielakkan. Termasuk kalangan pemimpin diperingkat atasan.

Sempena ulang tahun UMNO ke 66 hari ini tok nak beri dua perbandingan parti politik yang sudah lama dan yang masih baru.

Yang lama kata 'Aku makan garam dulu daripada engkau' katanya dengan sombong, lalu dibalas oleh yang muda, 'Tapi garam yang ko makan mula-mula dulu garam kasar, kami sekarang makan garam yang halus'. Teknoloji maklumat sangat luas sebab langit frekuansi untuk wi-fi terbuka. Potong wayar pun tak guna juga.

So bagaimana sekarang. Kalau mau memihak kepada kerajaan takper dan kalau memihak kepada pembangkang pun takper asal jangan membuat huru-hara sehingga PDRM mencari kerumah. Dan apa yang lebih penting jangan sampai berlaku syirik (baik kecil atau besar) terhadap Allah.


Salam Ukhuwah..~

4 ulasan:

  1. tok. buat parti lain la. nnti gua follow. kakakaka

    BalasPadam
  2. Setuju (: tapi apple pro-gov. . Apa pun kena solat istikarah dlu sbl0m mengundi. . Hehe. .

    BalasPadam
  3. Apa2 parti pun tk pe la Tok.. Asalkan 'ABU'..

    BalasPadam