Bacaan Popular

Selasa, 22 Mei 2012

Pantun Bulan Rejab


Waktu berjalan rasa sekejap,
hari ini sudah masuk 1 Rejab;
buat amalan bukan ikut sedap,
tapi ikutlah kita punya mazhab.


Dalam internet banyak hadith palsu,
apalagi berkaitan Rejab dan Sya'aban;
Islam kita tujuh puloh tiga hala-tuju,
tersalah amal sia-sialah badan.


Ada yang mengaku Rasul Melayu,
pun ramai yang angguk ramai setuju;
tak kurang hebatnya anak bangsaku,
sampai hak dan bathil jadi keliru.


Kononnya Rejab bulan Allah,
Sya'aban pula bulan Rasullullah;
jika tergelincir cepatlah berpatah,
agar tidak merosak aqidah.





Terjemahan bahasa dialam maya,
jangan terus percaya jika rasa curiga;
kerana Islam bukannya kita sahaja,
tapi datangnya dari serata dunia.


Dari Arab sampai Siberia,
Islam berkembang terus ke Amerika;
dialam maya ustaz dan wali pun ada,
tapi bolehkah kita percaya semua?


Imam perempuan makmumnya lelaki,
muncul disana entah mazhab apa;
inilah bueh yang diumpamakan Nabi,
nampak banyak tapi nilainya tiada.


Amal satu gandanya beribu,
perawinya kabur pasti maudhuk jawabnya;
kita pun pulon berminggu-minggu,
bila jumpa ustaz hadith palsu rupanya.







Banyak amal sengaja diada-ada,
sengaja direka orang dulu-dulu;
baiklah kita berjaga-jaga,
selalulah kemasjid mencari ilmu.


Khatib jemputan pun tersilap bicara,
cereka Syiah kekadang terlepas juga;
khusuk kita tanpa usul periksa,
rasa nak bersembunyi didalam gua.


Melencong cabang Sunnah al Jama'ah,
lenconglah haluan ke neraka jahanam;
gigitlah ajaran guru ke jalan Allah,
api jihad Rasulullah jangan dipadam.


Akhir zaman fitnah bertaburan,
ulamak keliru berpecah dua dan tiga;
jangan tertipu kesah Rejab dan Sya'aban,
tanyalah ustaz dimasjid sana.


Dalam internet pun bukan palsu semua,
ada yang berguna boleh diambil kira;
panduan yang elok silalah ambil masa,
Ustaz Maulana 'Asri Yusuf ada bicaranya.



Ambillah masa ambil di mata,
pasangkan telinga bukalah minda;
barangkali dapat ia membantu kita,
sekurang-kurangnya menambah ilmu di dada.



sebelum suboh 1 Rejab 1433


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan