Bacaan Popular

Khamis, 24 Mei 2012

Jangan Terpengaruh Dengan Luaran Sahaja




Telah berkata salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah:

"MANUSIA DIPUJI DAN DICELA MENGIKUT SYARIAT ALLAH, JIKA DIA SELARI DENGAN TIMBANGAN SYARIAT MAKA DIA DIPUJI, DAN DICELA DENGAN TIMBANGAN SYARIAT
(Jika dia bercanggah dengan syariat)".

Jangan mudah kita memuji seseorang hanya kerana zahir dan luarannya semata-mata.

Terdapat sebahagian manusia sentiasa dipuji dan dipuja,
dikatakan alim dan mahir dalam ilmu agama akan tetapi pada hakikatnya
mereka tidak sehebat mana,

dikatakan seorang yang hebat beribadah,
akan tetapi pada hakikatnya biasa-biasa sahaja,

dikatakan wali yang tinggi kedudukannya,
akan tetapi pada hakikatnya amat jauh sekali,

dikatakan ikut sunnah padahal pada hakikatnya tak ikut apa-apa
langsung bahkan banyak melakukan benda-benda yang
bercanggah dengan sunnah,

dikatakan banyak berguru, akan tetapi pada hakikatnya
hanya berguru dengan buku, cd, komputer
dan internet sahaja,

dikatakan banyak sanad-sanad dan ijazah-ijazah dalam ilmu agama
padahal pada hakikatnya satu kitab agama pun dia tidak memahaminya,

dikatakan hebat dan mantap dalam dunia tarikat,
akan tetapi ilmu fadrhu ain pun tidak memahaminya,

dikatakan pengikut ahli hadis padahal pada hakikatnya
menyelewengkan makna hadis,

dikatakan berpegang dengan akidah Ahli sunnah
padahal banyak pegangannya bercanggah dgn Islam.

Itulah ia kehidupan di atas muka bumi ini, macam-macam jenis manusia.
Ada yang menitikberatkan dengan kemasyhuran dan kemewahan
dengan menggunakan nama ilmu agama,
dalam satu masa mengambil kemewahan dunia
dari keuntungan orang lain.




Jangan mudah terpengaruh dengan luaran semata-mata.

kredit: emri el wahab


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. assalamualaikum tok...memang benar tu jangan mudah terpedaya dgn daya tarikan luaran sahaja kajilah daya tarikan dalaman nyer plak semoga kita tidak mudah terpengaruh nanti...:)

    BalasPadam