Bacaan Popular

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bagaimana Anda Tahu Allah SWT Telah Mencintai Anda ??


Bagaimana anda tahu Allah SWT menCintai anda ?

Sesungguhnya Allah SWT kurniakan kepada anda Agama dan Hidayah, maka ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda.

Allah SWT memberi kepada anda kesusahan, bala bencana dan berbagai permasalahan. Ketahuilah Allah SWT ingin mendengar suara rintihan dan doa anda kepadaNya.

Jika Allah SWT hanya memberi sedikit sahaja diatas permintaan anda di dunia.Ketahuilah Allah SWT telah MenCintai anda dan akan memberi selebihnya di Akhirat kelak.

Jika Allah SWT telah meredhai dan memberi segala permintaan anda, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Dia telah memberi kepada anda yang paling cantik dan terbaik.

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda kesabaran, ketahuilah anda telah diCintai oleh Allah SWT kerana telah menjadikan anda seorang yang berjaya.

Jika Allah SWT telah memberi keIkhlasan kepada anda, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana anda telah berjaya menjadi orang yang Ikhlas.

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Ilham, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Allah SWT telah bersedia menunggu kedatangan anda dengan segala Kepujian dan Kesyukuran di Akhirat kelak.

Jika Allah SWT menguji anda dengan kedukaan, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Allah SWT telah menguji anda dengan penuh keimanan.

Jika Allah SWT memberi kepada anda harta, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Janganlah anda kedekut dengan golongan fakir.

Jika Allah SWT menguji anda dengan kefakiran, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT telah memberi kepada anda sesuatu yang lebih mahal daripada harta.

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Lidah dan Hati, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT ingin melihat anda menggunakan keduanya dijalan kebaikan dengan penuh keIkhlasan.

Jika Allah SWT memberi kepada anda Solat, Puasa, Al-Quran dan Bangun Malam atau berjaga malam untuk beribadat kepadaNya, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana dengan perkara tersebut anda dapat beramal dengannya dalam semua keadaan dan zaman.



Jika Allah SWT memberi kepada anda Islam, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda

Sesungguhnya Allah SWT telah menCintai anda, Kenapa anda tidak mencintai Allah SWT ?
Sesungguhnya Allah SWT telah terlalu banyak memberi kepada anda, Kenapa anda tidak memberi " Cinta Anda " kepada Allah SWT ?

Allah SWT sentiasa menCintai HambaNya dan Allah SWT tidak pernah melupai semua hambaNya... Subhanallah.

Jangan kamu menjadi mereka yang buta, berikanlah sebaik-baik Cinta di hati anda kepada Allah SWT, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda. Jangan anda menjadikan diri anda, diantara manusia yang akan dibinasakan oleh Allah SWT.

kredit: Nadzirah Hamidi


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. time kasih tok wan...post yg terbaek....byk yg Allah tlh berikan kpd kita,tetapi kita alpa dgn dunia yg hanya sementara...

    BalasPadam