Bacaan Popular

Selasa, 2 Ogos 2011

Pintu Langit



Wilayah Zhanjiajie, Wilayah Hunan, Cina menyimpan suatu panorama alam yang sangat menakjubkan yang digelar ˜Pintu Langit'.


Ia ialah merupakan sebuah lubang raksasa di atas puncak gunung Tianmen.'Pintu langit' ini berukuran ketinggian 131.5 meter, selebar 57 meter dan sedalaman 60 meter. Mulut pintu ini menembus puncak gunung, sehingga nampak seperti lubang raksasa yang indah. Kawasan yang dibuka pada tahun 2001 ini, kini mulai dibuka untuk pelancong asing.




Untuk menuju lokasi tersebut ialah menggunakan kereta gantung sejauh 7.3 kilometer yang ditempuh lebih kurang setengah jam perjalanan.



Di perjalanan para pelancong akan melalui deretan pergunungan yang bersalji pada musim sejuk namun sebelumnya, akan melalui perkampungan penduduk dengan hamparan sawah dan kebun yang begitu luas.



Untuk sampai ke lubang Pintu Langit itu juga terpaksa menaiki puluhan ribu anak tangga di lereng-lereng pergunungan yang curam.







Selain itu, masa ini juga sudah selesai dibangunkan jalan raya baru yang mendekati puncak. Namun pada musim sejuk jalan tersebut dilarang untuk dilalui.





Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan