Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Khamis, 18 Ogos 2011
Misi Nabi Isa as di Akhir Zaman
Nabi Isa al Masih, ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam menjelang datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah disusupkan ke dalam ajaran Islam.
Padahal terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam. Apa yang akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit? Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti?
Suatu perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam kelak bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu ajaran dienullah Al-Islam.
Nabi Isa ‘alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca: Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan menjadi KESEMPATAN TERAKHIR bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.
Bila mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan sebagai saudara seiman Nabi Isa ‘alaihis-salam dan segenap kaum muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa ‘alaihis-salam berhak untuk membunuh mereka.
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin menshalatinya." (ABUDAUD - 3766)
MEMERANGI MANUSIA DAJJAL
Di samping itu, Nabi Isa ‘alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di atas Nabi Isa ‘alaihis salam bakal memerangi segenap manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).
MENGHANCURKAN SALIB
Selain itu Nabi Isa ‘alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa? Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam tidaklah mati di tiang salib. Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)
Lalu kemana perginya Nabiyullah Isa ‘alaihi-salam pada masa kejadian itu? Kembali Al-Qur’an menjelaskan dengan jelas: “Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa 158)
Jadi, apa yang telah dialami Nabiyullah Isa ‘alahis-salam mirip dengan apa yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi’raj. Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad saw di-Mi’raj-kan oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang Fajar. Sedangkan Nabi Isa ‘alahis-salam di-Mi’rajkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi ini.
Beliau hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan). Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
MEMBUNUH SEMUA BABI
Selain itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang mengandungi najis berat.
Namun di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrab dengannya. Cuba lihat berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati). Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.
“Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor.” (AL-An’aam 145)
Sesudah memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan hatinya.
Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya".(BUKHARI - 2070)
“Bersedakahlah kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan diberikan berkata: ”Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi.” (HR Bukhary)
Kemudian Nabi Isa ‘alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.
Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad saw dan segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa ‘alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin.
kredit: eramuslim
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan