Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Selasa, 2 Ogos 2011
20 Tahun Syaitan Berusaha Merosakkan Amal Ibadah Manusia
Sedarkah kita bahawa ada syaitan yang gigih berusaha merosakkan amalan manusia walaupun memakan masa berpuluh-puluh tahun?
Imam Nawawi rhohimahullahi ta'ala ada mencatatkan dalam kitab Bustanul 'Arifin (Taman Orang-orang Yang 'Arifin Beliau) satu perkara berkaitan usaha syaitan untuk merosakkan 'amalan manusia biarpun masa yang diambil adalah tidak singkat.
Berikut ialah catatannya:
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu 'anhu berkata:
Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli 'ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli 'ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).
Catatan penulis:
Tahap kedudukan syaitan yang datang menyerang dan menghasut manusia adalah bersesuaian dengan tahap iman dan amalan manusia tersebut. Jika manusia yang digoda itu ialah seorang 'alim dan kuat imannya, maka syaitan yang ditugaskan untuk menghasutnya bertahap "jeneral" / pegawai atasan.
Bagi manusia yang lemah imannya, cukup sahaja jika sebiji bola digunakan untuk memperdayakan mereka. Sebagai contoh, manusia seramai satu stadium meninggalkan solat wajib kerana semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.
(Penulis merujuk kepada contoh yang diberikan Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah) Mudah-mudahan kita semuanya dipelihara Allah daripada segala tipu daya syaitan.
Rujukan: Terjemahan kitab Bustanul 'Arifin Imam Nawawi r.t. terjemahan dilakukan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.
Doa kita bersama:Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.
kredit: ikhwanzhaki
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan