Bacaan Popular

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bersyukur Kita


Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan juga meninggalkan segala laranganNya, Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Firman Allah swt yang bermaksud:

''Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesunguh-nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An-Nahl:18)

Dari ayat tersebut jelas menunjukan bahawa Allah swt telah mengurnia-kan berbagai-bagai kenikmatan kepada hamba-hambaNya di dunia ini, nikmat kesenangan, kemakmuran, keselamatan, kesejahteraan dan bermacam lagi nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tetapi apakah kita mensyukuri nikmat tersebut,


Firman Allah swt yang bermaksud:

"...Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." (An-Nahl:114)

Syukur adalah merupakan pujian, ingatan dan terima kasih kepada Allah terhadap pengurniaan nikmat kepada hamba-hambaNya, Sebagai tanda syukur, seseorang hamba itu hendaklah taat mengerjakan segala suruhan dan perintah Allah swt serta meninggalkan dan menjauhi segala larangan dan tegahanNya, kita sebagai hamba hendaklah sentiasa reda dengan qada' dan qadar Allah.


Amalan bersyukur kepada Allah itu hendaklah dilakukan melalui tiga perkara:


Pertama: Melalui hati, dengan cara mengiktiraf dan mengakui sepenuhnya bahawa semua nikmat-nikmat tersebut adalah kurnia dan pemberian dari Allah swt.


Kedua: Melalui lisan, iaitu menzahirkan di dalam kehidupan seharian dengan memuji-muji Allah serta memperbanyakkan mengucap syukur kepadaNya.


Ketiga: Melalui perbuatan iaitu berlaku taat kepada Allah yang mana menggunakan segala nikmat-nikmat yang dikurniakan pada tempat-tempat yang diredaiNya.

Allah tidak akan mengubah segala bentuk nikmat yang telah di-kurniakan kepada hamba-hambaNya di dunia ini selagi nikmat tersebut digunakan pada jalan yang diredhaiNya, Nikmat itu akan berkekalan selagi mereka taat dan bersyukur kepada Allah, tetapi sebaliknya jika mereka kufur nikmat, menderhaka dan meninggalkan segala suruhan dan perintahNya dan melakukan segala larangan dan tegahanNya, maka buruklah balasan di dunia dan juga di akhirat.


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Balasan yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal:53)

kredit: Asdiana 85


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan