Bacaan Popular

Jumaat, 19 Ogos 2016

Rindukan Rasulullah s.a.w.

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Ramai antara kita mengaku cintakan Rasulullah s.a.w. tetapi adakah kita rindu untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan adakah rindu kita itu sehingga kita merasa tidur tak dapat lena dan makan pun tidak berselera. Dalam keadaan sedemikian airmata sentiasa berlinangan kerana teramat rindu. Jika ini yang ada pada anda pasti andalah orang yang akan mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w. di akhirat nanti.

Sekadar menyebut atau menyanyikan rindunya kita atau cintanya kita kepada Rasulullah s.a.w. tidak memadai. Atau sekadar hadir dalam majlis besar yang bernama 'Malam Cinta Rasul' sedangkan percakapan dan perbuatan tidak menampakkan cintanya rindu tersebut, apalagi cara keterampilan. Jika kita cinta Rasul kita mesti ambil tiga perkara. Pertama keterampilan Nabi s.a.w. kedua cara hidup Rasulullah s.a.w. dan yang ketiga cara fikir Rasulullah s.a.w.

Pertama keterampilan Nabi s.a.w. yang kita kena ikut ialah raut wajah. Nabi s.a.w. menyuruh para Sahabat r.anhum memotong misai mereka setiap kali datangnya jumaat dan memelihara janggut kerana menyimpan misai tanpa janggut samalah kita dengan penyembah matahari dan penyembah berhala yakni kaum Majusi. Tutup kepala samaada kopiah, songkok atau serban serta jubah atau baju labuh yang melepasi lutut serta seluar atau kain atau jubah yang tidak terlampau labuh sehungga menutup buku lali.

Kedua cara hidup Rasulullah s.a.w. dari pagi sehinggalah kemalam hari. Dengan kata ringkas kita tiru apa yang Nabi s.a.w. buat dari bangun tidur sehinggalah Baginda s.a.s. tidur kembali. Apakah doa yang Baginda s.a.w. baca ketika bangun tidur, nak masuk bilik air nak makan, nak pakai pakaian sehinggalah doa nak tidur.

Sabda Nabi s.a.w. kepada Abu Hurairah r.anhu, 'Jangan kamu tinggalkan tiga perkara dalam kehidupan kamu setiap hari yakni solat witir sebelum kamu tidur, solat dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat dan puasa 3 hari dalam setiap bulan (puasa putih).

Ketiga cara berfikir Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. sentiasa memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan setiap manusia dari azab neraka. Jadi kita kena buat dakwah, ajak manusia kepada kebaikan dan larang manusia dari perbuatan munkar.

Pada zaman Rasulullah melakukan dakwah di Madinah dan sebelum Masjid Nabi didirikan Nabi s.a.w akan bersandar pada sebatang tunggul pokok kurma (dalam kawasan manjis Nabi pada masa itu) sebaik selesai solat fardhu. Disitulah Nabi s.a.w. menyampaikan ilmu. Para sabahat r.anhum akan berkumpul disekeliling pokok kurma yang telah hampir mati itu untuk mendengar sabdaan Nabi s.a.w. Sehinggalah pada suaru hari salah seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. 'Mahukan Ya Rasulullah aku berikan syor satu tempat yang lebih baik bagi Rasulullah duduk dan sampaikan ilmu.' Maka dijawab Rasululah s.a.w. 'Silakan'.

Maka para sahabat r.anhum selepas bermesyuarat datanglah ilham se[akat mengadakan satu tenpat khas yang mempunyai 3 anak tangga dan diletakkan dihadapan mihrab dalam masjid lalu dinamakan mimbar. Setelah siap mimbar maka pada kali pertama menggunakan mimbar tersebut dan sedang Nabi s.a.w. menyampaikan ilmunya tiba-tiba terdengar bunyi seperti anak kecil menangis. Semua yang hadir dapat mendengar tangisan tersebut dan semakin lama semakin kuat seolah-olah seorang anak kecil yang memerlukan susu atau puting dari ibunya. Lalu Rasulullah s.a.w. turun dari mimbar dan pergi mendapatkan tunggul pokok kurma tempat Baginda s.a.w. selalu bersandar ketika memyampailan ilmu tersebut/

Sampai disana Rasulullah s.a.w. memelok batang/tunggul pokok kurma tersebut, bukan sekadar peluk bahkan Baginda s.a.w. mengusap-ngusap batang pokok kurma yang sudah hampur mati itu dengan telapak tangannya Yang Mulia. Rupa-rupanya tungul pokok kurma itu rindu kepada Rasulullah s.a.w, dan Allah zahirkan pada semua orang untuk tarbiah betapa pokok yang sudah hampir matipun rindu kepada Rasulullah s.a.w. jadi betapa pul;a keadaan rindu manusia yang hidup dizaman itu yang ada peluang untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Cerita ini dirawikan oleh Ubai bin Ka'ab yang hadir pada ketika itu. Setelah tangisan reda maka Rasullah s.a.w kembali naik keatas mimbar dan menyambung sabdaan. Semenjak hari itulah bermulanya masjid mempunyai mimbar bagi khatib menyampaikan khutbah.

Bukti mimbar mempunyai hanya 3 mata anak tangga ialah ada hadith dimana Nabi s.a.w. menyebut 'amin' 3 kali pada setiap kali berhenti ketika menaiki tangga tersebut. 3 kali 'amin' itu adalah sebagai mengaminkan doa Malaikat Jibril a.s.

Jadi berbalik kita hari ini bagaimana rindunya kita kepada Rasulullah s.a.w. Setakat mana cinta kita kepada Rasul. Adakah kita berhak untuk angkat tangan diakhirat nanti bila Nabi s.a.w. bertanya dimanakah mereka yang rindu kepadaku selepas kewafatanku sehingga mengeluarkan airmata marilah kemari aku hendak peluk. Lalu kita tak berani angkat tangan kerana kita sendiri tahu setakat mana cinta dan rindu kita.

Untuk itu mulai hari ini marilah kita tingkat perasaan rindu dan cinta kita kepada Rasullullah s.a.w mudah-mudahan Baginda s.a.w. dapat memberikan lebih syafaat untuk kita.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

2 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam