Bacaan Popular

Jumaat, 8 Julai 2016

Masjid UFO

Inilah wajah sebenar Masjid Zaid bin Thabit di Kuala Lumpur.

Nama sebenar masjid dalam gambar diatas ialah Masjid Zaid bin Thabit r.anhu terletak berhampiran Terminal Bersepadu Selatan dan Stesen LRT Tasek Selatan. Disitu juga terdapat stesen KTM Komuter serta stesen ERL untuk Transit KLIA 1 dan KLIA 2. Jadi dengan kedudukan masjid tersebut ditempat yang terlalu hampir dengan terminal segala macam jenis pengangkutan darat pasti masjid itu menjadi tempat orang ramai mengadu nasib apabila ditimpa kesusahan.

Maka ramailah yang terpaksa bermusafir kemasjid Zaid bin Thabit selain untuk mengadu nasib sambil mendapatkan simpati jemaah disitu. Memang Allah ta'ala hantar mereka kemari untuk menguji kita samaada kita hendak tolong orang ini atau kita saja nak membuat andaian buruk atau berburuk sangka walhal Allah ta'ala perintahkan kita sentiasa berbaik sangka dan tolong menolong. Namun jika kita masih berburuk sangka konon orang itu menipu saja nak kumpul duit entah betul nak balik Kelantan tak ada duit entyah tipu saja nak cari duit.

Maka kita membaca al Quran tapi kita tak dapat amalkan apa yang Allah perintahkan dalam al Quran. Maka kita pun sama macam kaum Yahudi yang tahu kandungan Taurat dan Injil tapi tak amalkan maka Allah ta'ala menyindir kita sekali lagi dalam al Quran dengan perumpamaan kaldai yang membawa kitab namun tak tahu kitab apa yang dibawanya. Sudah qatam berkali-kali tapi masih tak faham agama.

Wajah sedih yang bukan palsu dapat kita cam apabila sekali pandang (pandangan pertama) dan kitapun pasti dan pasti dia ini memang dalam kesusahan dan patut sangat kita tolong. Tengok dari jauh pun dah dapat rasa memang orang ini patut ditolong. Dan ada juga yang tidak patut ditolong kerana memang bukan dalam kesusahan. Contoh tiga bulan dulu wajah yang sama itu pernah datang kemasjid ini dan merayu nak balik Kelantan tak ada duit sebab sudah kena tipu lalu kita pun ting-tong sorang sikit bagilah pada dia agak-agak cukupuntuk beli tiket bas balik ke Kelantan.

Bila dah dapat duit dia pun suka dan terlontar kata-kata dari mulutnya 'tobat dah... len kali tak mau datang KL lagi'. Tup-tup minggu lepas datang sekali lagi dengan ayat yang sama. Rupa-rupanya dia lupa bahawa tiga bulan lepas dia pernah datang kemasjid ini menggunakan ayat dan cerita yang sama lalu kitapun bertanya. 'Tiga bulan lepas awak sudah datang kemari dengan ayat danj cerita yang sama dan janji taknak datang KL lagi, guanooo...' Dia pun serta merta menunjukkan wajahnya yang terperanjat. 'Takperlah... awak masih muda masih sihat pergilah cari kerja yang sesuai dan berhentilah dari pekerjaan meminta-minta ini. Assallam mualaikom.'

Haa... itulah sebahagian dari kisah orang yang datang mengadu ke masjid Zaib bin Thabit ini. Masjid Zaid ini juga dikenali dengan nama Masjid UFO dikalangan pemandu teksi sebab apabila malam hari bila semua lampunya dipasang ia kelihatan seperti sebuah piring terbang @ UFO. Suara azannya dapat didengan sehingga jarak 2 batu, dan jika berdiri diluar masjid ini ketika azan dilaungkan selepas 4 saat bunyi yang sama akan berpatah balik selepas bunyi itu merempuh bangunan-bangunan besar yang berada disekelilingnya. Jikalau ikut jarak bunyi ialah satu saat boleh mencapai kelajuan 1 batu, ini bermakna selepas jarak 2 batu bunyi itu melanton dan dapat didengar semula selepas 4 saat.

Lagi satu kisah yang agak rumit yang kita susah nak faham ialah satu orang Makcik bawa banyak beg besar-besar seperti orang Petani nak masuk berniaga ke Malaysia. Dia sampai kemasjid ini lebih kurangsejam sebelum waktu berbuka puasa. Soalan pertama yang terpacul dari mulutnya ialah, 'Ruang solat wanita dimana?' Kita bagitahu dia sebelah atas, bahagian bawah ini untuk majlis berbuka puasa. Awak dari mana?'. 

Laa.. dia tanya kita kita dah jawab, bila kita tanya dia pula dia buat tak tahu, macam taknak layan. Bila waktu berbuka hampir tiba semua yang ada mengambil juadah masing-masing dan duduk depan berdepan pada hamparan tikar panjang. Dua hamparan untuk kaum lelaki dan satu hamparan untuk wanita. Kita bagitau dia perempuan duduk kat tikar itu, dia buat tak tahu juga.... akhirnya sampai kesudah dia duduk sorang-sorang makan sorang-sorang tepi tiang masjid.

Esoknya baru tersebar berita tentang Makcik misteri itu, bukan aku tanya saja yang dia buat taktahu, orang lain tanya pun dia buat tak tahu juga. Tapi nampak muka dia memang sedang menanggong susah. Namun susah yang bila orang tanya tak amu habaq lagu mana kita nak tolong. Orang perempuan tanya pun lagu tu juga. Agaknya orang ini jenis yang sangat memerlukan bantuan tapi malu untuk meninta-minta.

Oleh kerana masjid UFO ini terlalu dekat dengan tempat transit dalam negeri maka ada baiknya Jawatankuasa Masjid memikirkan bagi mendapatkan dana bagi meraikan orang-orang musafir ini. Ada yang MyKad pun hilang bersama-sama duit serta tiket bas. Ada yang duit langsung habis, ada yang kena tipu kena pukau dan macam-macam lagi. Ada juga jenis yang tidak ada rumah atau gelandangan dan sentiasa mundar mandir antara bangunan TBS dengan bangunan Masjid UFO ini. Mereka jarang meminta-minta, apabila menjelang tengahari mereka akan berbaring dimasjid menanti azan zohor dan selepas zohor mereka bekerja kembali sebagai pembawa barang niaga atau membantu orang berniaga dan pada sebelah malan selepas jam 10 malam baru masing-masing cari pot masing-masing bentang kotak dan tidur. Tapi baiknya mereka ini sebelum jam 5 pagi mereka sudah bangun tidur dan menyimpan kotak masing-masing.

Dalam ramai-ramai itu ramai juga yang hadir solat suboh berjemaah. Alangkah baiknya jikalau masjid UFO ini boleh menyediakan sarapan pagi untuk orang gelandangan ini. Aku pasti sekali mereka datang mereka akan war-warkan kepada gelandangan yang lain untuk hadir solat suboh berjemaah di Masjid UFO kerana selepas solat suboh ada sarapan percuma.

Aku harap ada tangan-trangan yang ajaib akan mula menghulur. Duit serta harta kamu yang banyak itu akan dapat kamu bawa mati jika kamu mula hulur dari sekarang. Hulurlah sehingga kamu tidak punya apa-apa lagi.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan