Gambar sekadar hiasan
Memang tajuk kali ini belum pernah muncul dalam blog ini. Tajuk ini berkait dengan masjid. Sepertimana kita semua tahu bahawa masjid tempat sujud. Huruf 's' dengan 'j' menjadikannya maksud sujud. Jadi dimana ada sujud secara berjemaah disitulah dinamakan masjid walaupun signboard diluar menyatakan ianya surau atau madrasah.
Kebanyakan masjid di Malaysia juga mempunyai beberapa amal. Antaranya ialah amalan taklim yakni pembacaan hadith setelah selesai solat fardhu. Ada masjid yang buat taklim lepas solat suboh, ada lepas solat asar dan ada buat lepas solat isyak, bergantung kepada keperluan jemaah disesuatu tempat.
Amalan lain adalah amalan ziarah atau gash dalam bahasa urdu dimana beberapa orang jemaah dari masjid akan pergi kerumah kaum muslim yang berhampiran masjid dengan niat berziarah sambil menjemput tuan rumah atau mana-mana lelaki yang akal baligh dari rumah tersebut untuk datang kemasjid bagi tujuan muzakarah perkara iman dan amal yang biasanya diadakan seminggu sekali selepas fardhu maghrib.
Amalan lain ialah zikir harian, bacaan al Quran, solat-solat sunat dan lain-lain yang lebih secara infradi (peribadi) dan bukan secara ajmain (berjemaah bersama-sama).
Kekuatan rohani sesebuah masjid boleh dipertingkatkan lagi dengan mempertingkatkan segala usaha tersebut terutama usaha secara berjemaah dan sebagai tambahan disini Tok Wan nak bagi syor kepada orang-orang masjid termasuk jemaah usaha agama untuk menambah lagi satu amalan yakni apa yang dinamakan 'Amal Maktab'.
Amal Maktab hampir-hampir atau mirip dengan DTI (Dakwah Taklim Istiqbal) namun pendekatannya lebih halus yakni kita pergi mencari anak-anak muda diluar masjid dan ajak mereka kemasjid pada waktu bukan solat fardhu dan buat saringan untuk mengenal pasti tahap kefahaman agama mereka. Pasti dan pasti jika usia mereka antara 13 hungga 17 tahun dalam sepuloh yang datang ada 3 tak dapat baca al Fatehah dengan betul lalu ini tugas kita memperbetulkan bacaan mereka agar solat mereka jadi sah dan mereka pun yakin dengan benar-benar yakin bahawa solat mereka itu sah dan diterima oleh Allah. Dengan adanya mereka bermakna kita ada kerja, jadi kita patut bersyukur kerana ada kerja yang perlu kita buat.
Dan dalam ramai-ramai itu pasti pula kita jumpa yang tak tahu kalimah syahadah, ini pun kerja kita untuk mengajar mereka kalimah tersebut kerana kalimah tersebut adalah kunci kepada syurga dan bukti keislaman mereka. Kita beranggapan mereka yang tidak datang solat dimasjid bukan kerana tak mahu datang tapi malu kerana mereka tak tahu solat, tak tahu wuduk dan tak tahu nak baca al Fatihah.
Dalam pengalaman Tok Wan sendiri pernah jumpa lelaki yang lewat usia hingga 40'an masih tak tahu mengucap kalimah syahadah. Ada juga lelaki yang seusia dengan Tok Wan namun masih tak tahu cara wuduk yang sempurna. Jangan sekadar istighfar untuk diri sendiri sahaja tapi bantulah mereka. Kasihanilah mereka, mereka juga menginginkan syurga dari Rahmat Allah.
Antara ramai-ramai lelaki yang sudah akal baligh yang dapat kita bawa kemasjid bawalah pula untuk halaqah quran. Pasti ramai yang tak qatam mengaji, kita ajak mereka mengaji hari demi hari dan pastikan kita ada pembantu dan pengganti sekurang-kurangnya 3 orang supaya apabila hari dimana kita tiada masih ada orang lain dapat menggantikan kita agar maktab itu berjalan terus.
Dinamakan maktab kerana disini kita memperbetulkan kalimah shahadah setiap mereka, memperbetulkan bacaan al Quran, memperbetul sambil mempertonton rukun-rukun solat dan menyampaikan kefahaman agama kerana terlalu ramai lelaki yang sudah akal baligh yang tidak faham agama. Bahkan lelaki yang sudah bergelar ayah dan atok juga ada yang tak qatam quran, tak tahu berwuduk dan tak tahu solat. Lalu urusan kerja ini bukan urusan Imam masjid dimana kita berjemaah tapi urusan kita. Bawa mereka datang kemasjid jamu mereka makan dan minum dan dedahkan perkara apa yang mereka perlukan. Mana-mana yang kita sendiri tak tahu boleh rujuk kepada Imam dan jikalau Imam pun tak berani nak beri pencerahan boleh rujuk kepada alim.
Dengan adanya satu lagi cabang kerja dalam usaha dakwah dimasjid kita pastinya masjid kita lebih kuat dari masjid-masjid yang lain. Masjid yang kuat bukan kerana cerucuk yang ditanam oleh kontraktor semasa pembinaannya tetapi adalah cerucuk amal yang dibuat didalamnya. Lihatlah Masjid Abdul Rahman di Banda Aceh yang tak terjejas walaupun tsunami membadai Aceh tahun 2014 yang dulu. Allah ta'ala menzahirkan kasih sayangnya terhadap masjid itu. Kita mahu Rahmat serta Khir dari Allah turun kemasjid kita seterusnya menyebar masuk kedalam rumah-rumah disekitar kawasan masjid bahkan jika kuatkan lagi usaha pasti Rahmat tersebut akan melimpah sehingga ke kampung atau taman yang berjiran dengan kampung dan taman perumahan kita.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan